Tuesday, August 7, 2012

Pesta Durian Berzaman tapi tiada gambar durian


Salam.

I free hari ini. Bukan hari ini. Tapi saat ini. Puasa kan. Jadi mari kita bagi jari sahaja yang makan. Makan apa? Makan kibod jek mampu. 

Sebab makan kibod, maka ada baiknya akak awak ini menempek sesuatu yang pastinya lagha dan tak berfaedah. Tapi sebab jumpa gambar bukan-bukan dan macam-macam yang tak diketahui kenapa snap...maka ini lah tempat yang sesuai nak tempek..


Watak yang terlibat yang makan durian...
- Kepala Anem.
- Yang cangkung kiri ke kanan: Daniel, Mie
- Yang diri kiri ke kanan: Arab, Bathok, Asni Gomez & ehem2.. :-P

Cerita lama dah ni. Masa zaman musim durian tahun ini. Ada kawan-kawan murah dan baik hati meng-sponsored durian. Dekat Selayang nun. Kawan-kawan kelas juga lah yang  jadi sponsor.

Nak harap diri ini pergi sendiri ke Selayang? Confirm tak pergi sebab utama 1) Seorang diri 2) Memang tahap tak tahu jalan. 

Tapi nasib menyebelahi aku. Anem dan suami merangkap rakan sekelas masa belajar dulu-dulu offer diri. Apo lagi...eden ambil la offer tersebut. Lagi pon berteman. Aku ni bukan apa..kalau nak joint apa-apa bukan kisah sangat dengan event nya. Tapi lebih nak jumpa kawan-kawan. Sebab? Mesti teringat time waktu belajar-belajar dulu.

Gelagat, tragedi, kenangan segala mesti teringat. Lepas tuh buat bahan gelak je..

Terima kasih la dekat member yg jadi sponsor tuh. 

Gambar buat perangai...

Kan dah cakap. Tak ada gambar durian. Nak merepek sepam-dua jek..buat sedap kerongkong..

Bye


No comments: