Wednesday, March 16, 2011

Supaya Yuyu Jelesss! - Berbali-balian


Hi Yuyu.

Saja sebut nama Yuyu. Hahahah..supaya kami boleh ditatap dari jauh oleh Yuyu. Kami kelihatan comel-comel di sini. Diharap Yuyu comel juga sewaktu membaca ini. Eceh!

Kejadian ini juga adalah sebelum 07/03/2011 juga. Berlaku selepas "kenaikan darah" mama - dalam episod Rambangan siri 3.

Kali ini, Yuyu yang tak ada dalam list. Hari itu, Ngah yang takde. Ala...yang hari itu kite bersenggol-senggolan cubit-cubitan berpenyet-penyetan tuh.

So kali ini kami berBALI-BALIAN..

Kisahnya, sebelum hari konvo Ngah, dia baru terhegeh-hegeh nak cari baju Melayu hitam. Kebetulan malam itu kedai parents saya off-day. Maka dengan itu, mengambil kesempatan untuk bawa semua sekali bersama-sama menikmati keindahan malam. Membawa parents melepak-lepak mengikut rentak anak-anak muda yang mungkin tak berapa nak muda ini bukan lah satu amalan yang baik, bukan? Maka..perlu pengisian. Pengisian tersebut berupa menatap dan merasai makanan secara ber-famili. Ya, ber-FAMILY... I LOVEEEEEEEEE rasa ber-family. Kamu?

(eh? apa kau selama ni takde family ke Nozie?--- bukan, tapi semua sibuk semasa udara boleh disedut hidung lagi.)

So, kembali ke tujuan asal----> menjeleskan Yuyu yang jauh di JELI (hahahaha...awek Jeli..buekkkk!! :-P) -. Maka saksikan. Nanti kau balik kita buat aktiviti comel pulak ye.

Lokasi yang dituju ialah Carrefour Subang Jaya saja. Sebab? Ada Nagoya dekat situ untuk beli baju Melayu Cekak Musang idaman Abangah dihari bahagia. Ewwahh! Bahagia lah sangat tuh!

OK...Lokasi santapan...

Menu-menu...

Roti Bakar - Abah


Lamb Chop - Ngah

Char Kuey Teow - Mama

Kuew Teow Silang - Kak Long
- sebenarnya, time menu ni sampai, kami bajet ini Char Kuew Teow..so mama pun makan lah...
duduk syiok-syiok makan, datang satu lagi Kuew Teow..

kami: ini apa?
Waitress: ni char kuew teow...
Kami: Ohh....

Kekekkeke! rupanya Char Kuew Teow sini jenis kering...kami bajer dia basah-basah...

- OK, habis cerita-


Air-air: I love U & Manggo (err..apa yang aileviu tatau ahh!)
Mama cukup la dengan air suam pujaan hati manakala
Kak Long cukup lah dengan air mata air saje...
Kami kongsi aje air-air atas tuh..


OK...ambil gambar seketul lampu...


Lastly, tataplah muka wajip kau tatap. Amacam? Comel kan kami?..hehehehe

Kak Long & Mama. Mama muka penat kan?

Abah & Ngah

P/S:
1) Segala makanan tiba-tiba telah di"payung" oleh seorang jejaka kacak yang baik hati yang baru dapat gaji. Kehkehkeh..Thanks abang baju hitam ada love..phewwiit!

2) Jangan kesian dengan abah makan roti bakar, sebenarnya, mula-mula dia taknak makan sangat. Tup tup menu kami sampai, dia pulak terus order Kuew TeoW Hong Kong. Lupo den nak ambil gambar, maklum lah, tengah melahapp macam raksasa...

Bye

1 comment:

mizzura said...

loh..ku pikirkan ke bali...makanannya macam tak de sinonim bali jer..hehe..btw...aku dah lama tak g carrefour subang ni...cam waktu kecik2 dulu..