Tuesday, May 3, 2011

Bersanggul Tinggi Memang Cantik..Tetapi...


Image boleh diperolehi di google dengan key-word "rambut cantik"

Rambut. Memang anugerah. Tambah ber-anugerah kalau dijaga molek. Bersinar-sinar lembut harum membuat mata yang memandang terpesona. Tak dapat dinafi.

Sedikit cemburu untuk rambut yang kurang menawan. Tetapi masih ada jalan untuk membuatnya cantik. Tapi kurang nasib baik untuk mereka yang 'botak'. Eh? Tapi masih ada peluang. Yun Nam kan ada? Hehehee..

Untuk wanita muslim, adalah bertambah molek jika bertudung. Berhijab. Menutup aurat kan suatu kewajipan. Siapa kata bertudung tidak cantik? :-)

Dulu. Saya seorang remaja. Remaja yang sebenarnya free-hair. Entah apa yang saya enjoy kan tah. Rambut bukan cantik sangat. Langsung memang tak cantik sebenarnya. Hahahah! Serius!

Memakai tudung secara ON-OFF. Ada pendidikan jasmani, kokurikulum habis tanggal. Keluar merewang dengan kawan-kawan ke Subang Parade waktu itu suatu keseronokan waktu tiap kali stayback di sekolah. Betul tak tipu. Berkumpul dengan kelompok rakan-rakan yang memang sekepala memang buat seronok.

Tak ke comel nampak rambut curl-curl nih?huhuh
Image boleh diperolehi di google dengan key-word "rambut cantik"

Eh? Apa pasal melalut saya ni. Nak cerita sanggul ke nak cerita aurat nih?

OK, saya cerita dua-dua lah. Mula-mula memakai tudung secara serius (tutup terus) pertama kalinya apabila saya menginjak ke usia 16tahun. Time tuh masuk asrama. Then dah pandai nak malu segan. Bila balik ke rumah..bila nak keluar tak pakai tudung janggal. OK, terima kasih asrama. Ehem!

Sebelum masuk asrama, mungkin saya tak fikir nak pakai secara terus. Lagi-lagi dengan remaja yang zaman tuh ada macam-macam jenis pengikat rambut, scarf, clip-clip. Head band? Erm..rasa macam bukan zaman tuh lagi. :-)

Image boleh diperolehi di google dengan key-word "rambut cantik"

Pernah Abah sound saya setempek-dua suruh pakai tudung. Tapi saya idak kan jek. Buat derk jek! Dalam otak bajet kalau tak pakai tudung lagi cantik dari pakai. Ceh! Bajet cantek tuh! Isk! Serius malu sendiri bila fikir tentang itu dulu-dulu. Sampai la hari raya time form 3, nak pergi raya rumah jiran-jiran, Abah warning --- tak pakai tudung, tak payah pergi raya! Haihh! Baiklah akur. (Dalam hati! Hishh..penat orang beli getah rambut cantik-cantik, tak boleh nak gayakan) - gila daif pemikiran time tuh.


Dan again. Nasib baik saya masuk asrama form 4 di mana tudung adalah wajib ke mana-mana.

OK...sekarang nak skip. Melalut dah entry. Entah ke mana cerita sanggul saya nih? Adei!

Sebenarnya saya nak share info. Sekarang sedar tak sedar, majority wanita muslim di Malaysia bertudung. Lagi-lagi sejak fesyen bertudung dilanda dan digasak dengan macam-macam style yang cool.

Tudung dah la cun habis! Cute! Corak cute! Murah! Up to date pulak! Trendy! Tengok pun geram! Lagi-lagi memang cara pakai pun stylo habis! Ranggi! Fuh! Walau nampak berbelit-belit dan mungkin yang melihatnya rimas, Well..the fact is..Itulah fashion. Sila geleng-geleng kepala kalau tak faham kenapa jadi fenomena ini. Hahaha (saya pun tak berapa nak faham).

Ramai awek bertudung. Ada yang nampak lagi comel dari sebelumnya. Terpukau uuuuu!

Semakin ramai bertudung. Suatu yang positif dan patut disokong.

Image boleh diperolehi di google dengan key-word "rambut cantik"

TETAPI!

Kita perempuan-perempuan, wanita-wanita, gadis-gadis fashionista mungkin lupa atau terleka sikit.

Ehem! Secara jujurnya, saya sendiri pun tak terfikir tentang ini. Ya Allah. Leka dan alpanya rasa. Terima kasih kepada majalah SOLUSI keluaran ke 30 kerana mengingatkan.

Edisi terkini - 30

Saya cuma mahu memetik sedikit info di dalamnya. Untuk peringatan diri sendiri. Dan tidak keterlaluan untuk berkongsi dengan kamu-kamu yang sudi.

Dipetik dari halaman 58:-

"Malah rambut wanita yang disifatkan oleh junjungan mulia itu sebagai sebesar bonggol unta sedang berlaku secara meluas dan digaya tanpa rasa bersalah. Segalanya bermula daripada daya tarikan inginkan kecantikan yang ada pada wanita yang mengenakan trend tersebut dalam berpakaian ketika mereka keluar bergelandangan dengan masyarakat. Walaupun sudah mengenakan tutup kepala. Dikatakan, gaya sedemikian dapat menjadikan si pemakai lebih anggun dan menawan. Lebih malang lagi, ada yang tidak memiliki rambut panjang, sanggup memakai sanggul tiruan untuk turut serta memeriahkan gaya terkini lagi ranggi itu. Tanpa disedari, dua kesalahan telah dilakukan. Pertama - Dosa memakai rambut palsu walaupun tersorok disebalik tudung yang dikenakan dan Kedua - dosa tabarruj (berhias dan mempamerkan kecantikan serta keindahan pada wajah dan tubuh badan kepada yang bukan mahram) yang amat dilarang."

OK kawan-kawan, apa tabarruj, boleh Google ya... :-)

Juga dikongsi ilmu dari Web Ini.


* Leka dan alpa kan saya?
* Sama-sama lah kita ye..moh le kite...renung-renungkan...

2 comments:

shuhada said...

bagus artikel ni norzie, berdakwah dalam tulisan...

btw, part yg ko tulis pas abes sekolah lepak subang parade buat aku teringat kenangan lama...tulis la lg byk2 psl nih...

Azira...Nozie...Kechik said...

mahu aku tak ingat kenangan kite2 dulu...tengok gambar jek ingat...tak pun kadang2 terlintas boleh sengeh sorang