Friday, May 27, 2011

Diam-diam..Dah Lama Kita Bersama Rupanya...



"Sayang, I macam mimpi. Macam tak sangka yang kita da stick together lama macam ini. Macam mimpi U know?"

"Rasa macam baru semalam je kita sama-sama. Tup-tup anak-anak kita dah besar. Dah kerja. Tapi hati I rasa macam mereka seorang budak yang comel yang perlu dilindungi selalu."

"Betul tuh Bang. Kejap saja masa berlalu kan? Harap kita akan bersama dunia akhirat nanti"

Kata Abah kepada Mama. Kata Mama kepada Abah.

OK. Tipu. Saya mana tahu Abah cakap macam mana dekat Mama. Mama cakap apa dekat Abah kan?

Yang pasti, dialog mestilah tak berbunyi macam "I, U, Sayang, Darling-darling, bla..bla..bla..". Ayat style mereka lah - Kecek Qlate. Tapi membawa maksud sebegitu lah. Tak pandai nak cakap hal-hal romantik-romantik ni.

Tentulah saya pasti harapan mereka seperti pasangan-pasangan yang lain juga. Berdoa untuk bersama-sama sehingga hujung nyawa. Malah dipanjangkan terus jodoh ke akhirat. Kalau saya pun, saya mahu macam itu. Kamu? Mahu tak? (Angguk sekarang! cepat!saya suruh!)

OK, tak ada hujung pangkal tiba-tiba buka dialog. Sebenarnya 25/05/2011 hari tuh, merupalan Ulangtahun Perkahwinan Mama dan Abah saya yang ke 29 tahun. Alhamdulillah. Hingga saat ini mereka masih bersama. Mempunyai jodoh yang sama. Semoga kekal begini juga, Ya Allah. Aaamiin.

Seperti biasa lah. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami-isteri. Tak gitu? Banyak pancaroba dan cubaan melanda. Alhamdulillah mereka tabah menghadapinya.

Anak-anak pun dah besar panjang lebar segala sudah. Syukur Alhamdulillah.

Memandangkan anak-anak semua jauh-jauh entah ke mana. Eh tak...anak-anak sibuk dengan hal masing-masing (seperti belajar & kerja) maka hari istimewa ini pun mereka sudah tak sedar dah. Jadi! Untuk menggamit memori dan mengingatkan masa-masa mereka bersama, saya sekadar membeli sebiji kek saja.

Uhuk! Memadai lah buat mereka. (Yang aku beli kek buat apa...dah tahu mereka kencing manis! aiseh! Tak apa, buat ubat.)

Time bawa kek Mama blur-blur. Dia duduk tanya kenapa ada kek. dia cakap.

"Hari jadi Kak Long bukan bulan ni. Hari apa nih? "

Saya tanya Abah pulak.

"Abah tak boleh teka ke hari ni hari apa?"

Dua-dua buat muka blur. Saya cakap:
"Hari ni hari Mama & Abah nikah lah. Lupa?"

Mama pun sambut...

"Ha ahhh la Bah. Eh...hari ni baru 24 haribulan lah. "

Tengok Mama saya. Tarikh dia dah back dated dah rupanya. Aiseh.

"Mama, hari ni la 25 haribulan. OK, Selamat Ulangtahun Perkahwinan. Semoga panjang umur, murah rezeki. Jodoh panjang. Sihat-sihat selalu."

May 1982, rasmi sebagai suami-isteri


Ingat nak cium mereka. Tapi apahal pulak aku nak bercium-cium depan customer dekat kedai tuh. Kedai dah la busy. Ini pon celebrate ala koboi jek. Bukak kotak kek, potong-potong, distribute sikit dekat pekerja-pekerja. Siap! Tak ada nak tiup-tiup lilin ke pulut kuning ke kenduri kendara.

Simple. Sahaja.

Harap Mama & Abah happy selalu. Kami cuba menjadi anak-anak yang terbaik buat mereka.

Oh! Adik saya blur dalam FB baca status. Menyampah dia ni tau. Pick-up lambat la tuh! :-P


Boleh blur-blur pulak dia....


Penaja kek...eceh! Sejak bila ada tajaan. cuma nak cakap kek ada Offer 20% diskaun jek..hahah


Kek Sambutan...

Pak Cik Ghani & Mak Cik Nah. Merangkap Mama & Abah kami. Saja-saja menggunakan kata ganti nama sebagai "Ibu Bapa" dalam status FB saya...Yuyu! Tolong jangan blur..okeh..sekeh kang!

Sekelip mata baki yang tinggal...

Assalamualaikum Mama, Abah,

Kak Long dan adik harap kalian suka dengan pemberian tak seberapa ini. Walau ada anak-anak yang jauh nun di sana, tapi ketahuilah dalam hati anak-anak, di dalam minda anak, Mama & abah selalu dalam ingatan.

Terima kasih telah menjaga kami sebaik mungkin. Kerana kalian kami jadi seperti kami yang sekarang.

Anakanda semua cuma mengharap kan yang terbaik buat kalian. anakanda memohon restu dan keredhaan dari kalian sebagai bekalan menyelusuri kehidupan mendatang yang entah apa rupa dan gayanya.

Insya-allah, kami akan jadi anak-anak yang Soleh & Solehah.

Ampun maaf dipinta seandainya selalu membuat kalian terasa hati atau mungkin menitis air mata. Di hati kami tidak terdetik pun untuk menyakiti hati kalian. Dan terima kasih kerana memahami dunia remaja anak-anak mu juga.

Sepatutnya kalian tidak perlu lagi untuk bekerja berhempas pulas. Tetapi apa daya kami. Doa kan lah kami jadi KAYA-RAYA tiba-tiba supaya kalian boleh berehat dan bersenang-senang sahaja. Hahahahah! (boleh mintak doa nak kaya menang RM1 juta ke?)

OK, sebelum warkah ini kelihatan ayat mengarut, Kak Long wakil adik-adik memohon sejuta kemaafan sekali lagi.

Tiada kata dapat diluahkan untuk mengungkap betapa kalian istimewa buat diri kami. Kalau mahu digambar tentang perasaan ini, tak ada satu pun boleh menyamai perasaan kami terhadap kalian.

We Love You

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke - 29 tahun..."


Mama + Abah

Noktah...

* patut nak tempek gambar Mama & abah Kahwin, Tapi gambar dekat rumah satu lagi. Nanti Insya-allah akan lekat sekeping untuk nostalgia...

No comments: