Wednesday, May 4, 2011

Wishlist Yang Muncul Tiba-tiba...


Ehem...

Tiba-tiba I ada wishlist pulak. Tapi nampak macam normalnya, menjelang nak tengah-tengah tahun, I akan terhegeh-hegeh cari apa yang nak. Walau sebenarnya tak dapat, tapi selalu wish dalam hati. Kot-kot dapat..Wish come true ke...uhuk!

Secara rawaknya, saat menaip ini, saya ada fikir ini:

1) Menghabiskan masa untuk mencuba masakan (apa-apa menu). Tapi saya mahu ada orang teman saya. Bantu saya habiskan apa saya masak. Nak komen? Memang sangat dialu-alukan. Dan harap maklum - jangan mempunyai expectation tinggi terhadap masakan saya, sebab mungkin menyesal. Maklum lah...hampir boleh pasti kesemua yang dicuba adalah dibuat kali pertama oleh tangan saya. Hahahahah!

2) Mahu gatal-gatal nak cuba buat tiles untuk bilik bawah sendiri. Tapi saya hampir pasti dengan kemampuan diri. Mungkin saya kecundang dengan hasilnya. Maka menukar fikiran untuk memasang tiles secara upahan. Amacam? Keekkekeke. Kalau lah pasang tiles semudah menempek setem di sampul surat, memang aku teringin nak buat.

3) Saya merasakan, bonet depan hijau saya perlu diberi muka baru kerana kelihatan banyak "tahi lalat" persis artis terkenal. Ini gara-gara kerana kemungkinan di cat hanya satu layer sewaktu claim insurans dulu-dulu tuh. So sekarang permukaan bonet adalah terkopek-kopek. Isk..Oh!

4) OK, part ni nampak lebih realistik barangkali. Telah digegar banyak kali dalam blog ini. Tapi tak ada lagi sampai sekarang. Membeli handphone. Hahahaha! Tapi saya fikir boleh ditangguh-tangguh lagi sebab yang ada masih berfungsi lagi.

5) OK, FINE. Saya mengaku dulu. Kehendak/cita-cita yang ini berciri kehendak ibu-ibu yang tidak bekerja mungkin. Saya nak menang kitchen cabinet! Eric Leong Casa Impian atau apa-apa rancangan sewaktu dengannya...boleh tak pilih saya secara tiba-tiba? Plsssssss... (tak malu)

No comments: