Tak cukup dengan sesi jimba-jima memenuhi perut macam saya cerita kat situ.
Berbekalkan kata pepatah Melayu "Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai pangkal lengan", maka saya telah membawa kesemua kami mencari pekasam untuk diseluk. Eh tak. Tipu je. Buat apa susah-susah nak seluk, beli saja lah. Ye tak Mak-nya?
Terus membawa diri ke I-City sekali lagi. Lagi pun Mama & Abah tak pernah sampai lagi. Yuyu yang duduk ceruk lagi lah tak sampai. :-P. So sebab kan esok Yuyu mahu pulang ke ceruk rantau, masa tak akan disia-siakan terbang begitu saja. Masa kena terbang sekali dengan kami, baru ada faedah. Tak gitu.
Oh! Sudah pandai bawa Mama & Abah jimba-jimba ye?
Nampaknya sudah banyak berubah I-City ni. Dulu begitu. Sekarang sudah begini.
So sesiapa muda belia tak ada membawa anak-anak kecil bergayutan, if rasa nak jimat duit, boleh la berjalan-jalan ambil angin ke pintu masuk sahaja. Bukan nya apa. RM10 boleh beli air mineral kot. Kalau kau jalan-jalan ambil angin, kau boleh sihat. Sahutlah cabaran kesihatan "1000 langkah sehari demi jantung anda". Eceh!
Apa Rm10??
Ya la...Apa Kau ingat elektrik mereka pakai nak mencantik-cantik kan lampu dan meng-happening kawasan ni tak bayar TNB kah? Kau ingat dia bakar arang ke pasang unggun api untuk menjana elektrik demi menghasilkan gambar-gambar yang kau ambil kelihatan cantik? Yanag kadang-kadang macam sonata musim salju? ((apakah kau merepak nih??) Hahahah! Banyak wo lampu! Tah berapa watt, voltage dia tah. Dan pasti mesti belanja penyelenggaraan adalah tinggi juga untuk lampu berciri digital ini ya dik non.
OK MOVE...Kita tengok apa dekat dalam. Dari kejauhan dah nampak lain macam dah. Dah macam ada kanopi ke apa tah.
So, Dekat dalam macam mana eh?
Pun lain juga dah. Ada banyak tambahan. Ada buka tempat orang berniaga-niaga. Nampak ada ada tempat mesen snow macam ais kacang. Ada katak besar yang menjadi pujaan orang-ramai beria-ria nak shoot photo bersama di bawah sinaran lampu. Ada kereta kuda
Tak explore sangat. Sebab? Mama kata tak larat jalan. Hahahaha! Jadi moh la kita balik saja. Jalan tak sampai setengah jam. Tak sempat nak hirup udara dekat situ la umpamanya.
Mama duduk tanya
"Kita nak buat apa sini?"
Saya jawap
"Kita tengok-tengok. Kita jalan-jalan. Ambil gambar sama-sama"
Mama balas
"Itu saja ke?"
OK. Fine. Hahaaha. I-City kena buat fun-fair ke apa lah nampaknya. Mungkin kena buat ala-ala Uptown ke. Kena ada screen besar lepas itu orang melangut berkhelah kat taman lampu warna warni sambil dengar muzik ke apa lah kot. Ada tempat senaman orang boleh joging malam-malam ke? Ada air pancut-pancut ke. Eceh!. Memandai aku request. Ingat ini aku yang punya? Ini Ahmad Albab yang punya lah! :-P
Pendek kata aktiviti sesuai untuk semua golongan. Hatta meng-goreng gitar atau menjadi badut (apa kau cakap nihh??). Baru lah orang kata bayar RM10 boleh buat macam-macam. (Amacam? Bernas tak idea?
Ptuihh! kene marah dengan owner)
Lagipun, takkan la saya nak bawa keluarga terutama ibu-bapa lepak dan makan lagi. Tadi baru lepas makan. Errr..saya tengok KFC ada dah kat situ. Supermarket KK Mart pun ada. 7-eleven pun ada. Restoran yang nampak macam best ala Waterfront, Sabah pun ado!
Yang pasti, I-City ni melabur banyak dah ni. Tang lampu-lampu cantik lah. Mama cakap nak bawa balik satu pokok letak rumah kalau boleh. Hahahah. Eh..macam mana idea kita dua boleh sama ni Mama?
Photo banyak di snap oleh kamera kesayangan Abangan yang bernama Nikki. So sekarang I frust sebab tak ada photo nak tempek nak share dengan U all.
* sekali sekala ajak ibu-bapa/keluarga jimba-jimba jalan sini OK juga. Tapi kalau banyak kali? Errrrr....
* Gua rasa, kalau I-City nak maintain...kene buat something yang buat orang boleh datang. Kalau takat lampu-lampu saja...susah juga...
No comments:
Post a Comment