Tapi aku boleh usaha untuk masa depan aku. Apa yang jadi? Terpulang kepada suratan Allah. Dia yang Maha Mengetahui dan Memberi. Dia juga tahu apa yang terbaik untuk aku.
Setiap perkara yang terjadi sama ada kemahuan atau bukan kemahuan kita adalah sesuatu ketentuan. Kita kena terima. Kita tidak boleh kata tidak apa lagi nak marah Tuhan. Siapa kamu nak marah-marah?
Dalam kehidupan, ada perkara kita kena usaha baru boleh dapat. Bila kita sudah dapat, kita tahu bagaimana peritnya nak dapat. Tapi ada juga perkara yang kau tak usaha, tapi tiba-tiba kau dapat. Dapat yang kau tak suka tak mahu mestilah kau marah/stress. Tapi kalau dapat benda yang bagus? Kau tersenyum lebar sampai ke telinga. Mungkin lupa bersyukur. Mungkin kau siap mendabik dada lagi, siapa tahu?
Aku tak tahu apa akan jadi pada masa depan aku. Tapi aku boleh merangka apa yang bakal aku mahukan. Cuma nasib menyebelahi aku tidak tahu.
Dulu-dulu, masa saya kecil, eh, bukan lah budak kecil sangat, tapi orang cakap dah pandai melihat perkara-perkara yang berciri "keperluan" hidup. Aku lihat ibu-bapa rakan-rakan ada kereta. Tapi aku tiada. Pernah aku yang sengal-sengal tanya Abah "
Kenapa kita tak ada kereta macam orang lain. Boleh kita pergi jalan-jalan sama-sama masa cuti sekolah".
Abah diam. Dia senyum. Dia cakap
"Kak Long belajar lah pandai-pandai, nanti kerja bagus-bagus boleh bawa Abah dengan Mama. Abah tak pandai bawa."
Aku yang memang sah banyak tanya selalu berciri sikit lurus bendul (kadang-kadang bila datang ngok ngek nya) sikit tanya
"Susah ke nak belajar?"
Abah senyum.
_____________________________________________________________
Alhamdulilllah, dari kecil aku angan yang mudah-mudah sahaja. Tiada terlalu melangit tinggi. Sebenarnya ada lah terangan-angan, tapi sekadar cukup sahaja lah dulu. (Orang cakap, kena anagan tinggi-tinggi kow-kow, nanti dapat yang koman-koman pun OK! hahahha).Tapi niat tetap ada.
Berjaya memiliki apa-apa yang diidami. Cukup untuk keperluan. Mana tau lepas ini saya menang kereta, boleh jerit macam iklan Power root yang ada pakcik cakap "Saya menang motorrrr"..Tapi aku cakap "Saya menang BMW"...Fuhh~
Setakat ini, sudah ada dua (2) perkara yang saya rasa agak besar sudah tercapai. Saya akan terus memintal angan dan cita-cita. Saya akan melipatganda usaha selagi nyawa dikandung badan.
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan rezeki untuk kita semua. Aaamiiin.
_________________________________________________________
Bila saya sudah dewasa, saya baru faham apa maksud senyum Abah. Saya faham kenapa Abah tak perlu jawap. Mama tak perlu jawap. Sebab kami adik-beradik akan faham sendiri.
Dengan hasil makan gaji Abah seorang, mana lah dia mampu mahu membeli seseuatu yang tidak benar-benar penting melainkan mencukupkan keperluan anak-anak yang seramai tiga oang ini. Tak cukup dengan anak-anak tiga orang, Abah juga menyara adik-adiknya yang seramai 8 orang itu juga termasuk lah ibu-bapanya di kampung waktu itu. Manakan dapat nak bermewah-mewah buat anak-anak isteri? Cukup sekadar perlu.
Dengan sebab itu juga lah, Abah bagi kebenaran Mama berniaga nasi lemak dekat flat TUDM itu untuk tampung-tampung apa perlu. Dan sebab untuk memenuhi semua tanggungan, Abah pilih untuk bersara awal setelah 25tahun perkhidmatan dengan TUDM dan memulakan perusahaan makanan sampai lah sekarang. Masa itu umur saya 13tahun.
Saya juga masih ingat masa Mama berniaga, umur saya lebih kurang 10-11 tahun. Setiap balik sekolah, saya lah pihak berwajib membasuh segala bekas-bekas, periuk, kuali, periuk kukus, segala alatan. Hahahahah! Tapi sayang, sampai sekarang aku masih tak pandai memasak. Hairan. Hahahahha!
Sebab itu juga lah, saya rasa Abah dah lali bermotor berhujan panas -- sebab Alah bisa, tegal biasa.
Sebenarnya, kehidupan aku adik-beradik bukan susah. Tak pernah aku rasa susah sampai tak makan. Sampai baju tampal-tampal ke apa. Yuran tak pernah Cikgu duduk remind tanya "Bila nak bayar yuran?". TAK PERNAH langsung. Tak pernah rasa terbeban memikirkan hal nak duit ke apa. TAK PERNAH.
Sekarang anak-anak Abah & Mama sudah besar panjang. Adik-adik Abah pun semua sudah dewasa. Ada yang sudah memiliki keluarga, ada yang masih bergerak solo.
_____________________________________________________
Untuk kamu-kamu, jangan malu berangan-angan dan jangan malu untuk kejarkan apa yang kamu mahu. Jika kamu berhasrat untuk memiliki sesuatu, contoh:
* Aku akan ada sebiji kereta sstelah 2tahun berkerja
* Aku akan memiliki sebuah rumah dalam masa 5 tahun bekerja
* Aku akan kahwin sebelum 30 tahun dan menjaga keluarga dengan sebaik mungkin
* Aku akan jaga ibu-bapa aku sampai hujung nyawa mereka
* Dalam masa 10 tahun, akan kumpul wang untuk ibu-bapa tunaikan haji..
* Akan memiliki sebuah premis dalam masa sebelum umur 40tahun
* Jika umur dipanjangkan, Aku harap umur 55tahun aku tidak perlu bekerja. Boleh teman suami disebelah meniti hari-hari dan terus memintal impian dan panjatkan doa selalu demia kebaikan semua...
* Nak beli jet pejuang dan kapal selam.
* Keliling dunia dan memeluk kanggaroo dan koala selama setengah jam.
* Nak menang Master Chef dunia..
* Macam-macam ah kauuu...semua apa pun nak...! :P
OK, itu contoh jek....
Jangan malu nak niat. Jangan malu nak sebut selalu. Jangan iri-hati dengan kejayaan orang. Tapi jadikan lah pencetus semangat buat kamu.
Kamu memang tak tahu apa nasib masa depan kamu, tetapi kamu boleh berusaha untuk mempunyai masa depan yang macam mana. Jangan sedih bila ditimpa bencana malapetaka dan sebagainya. Tapi bangun lah sebab masa tak akan pernah menunggu kamu, tapi kamu perlu berlari ke arah nya.
Jangan nanti bila duduk seorang diri duduk terfikir
"KALAU lah dulu aku..........".
Macam tak ada guna nak cakap KALAU-KALAU. Sebab kau asyik sibuk bercakap, tapi tak bergerak...
Bye!

No comments:
Post a Comment