Monday, July 11, 2011

Bila Dah Dapat...Dan Teknik Derhaka

Bila cinta...tak lagi bermakna...lalallala

(OK, dah lupa lirik! Hahahah)

Bila hadiah idaman hati dikala itu dapat, maka sangat excited dan teruja. Kadang-kadang berkelakuan over-excited yang jelas sampai menyampah mahu tengok.

Macam selalunya, sejak saya bekerja dan belajar mencari sumber kewangan sendiri, setiap kali munculnya hari lahir saya, saya akan menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri. Biasanya hadiah yang dibeli adalah mengikut keinginan di kala itu. Selalunya hadiah yang diidami bukan lah berciri emak-emak. Tapi nampak nya kali ini seperti berciri tersebut pula. Tapi tak apa lah...bila lagi? Kekekeke...

Selamat hari jadi sayang! (kah kah kah! tak bole blah pergi buat ucapan dekat diri sendiri)

Hope you like and love it...

Suka tak? (abaikan props di belakang)

Ada turbo ni.. (apo ke function nya? Macam kereta turbo kah?)

Dan eksesorinya...

Sedia untuk dilanyak

Memandangkan saya sudah terkena sindrom membuat kek yang berciri kaedah koboi (laju-laju, cepat-cepat) maka saya dengan tak semena-mena telah terbeli benda alah ini sebaik saja saya pulang dari Kelana Jaya. Tiba-tiba terbelok ke kedai barangan elektrik, terus tertanya dan ter-nego dan terus terangkat.

Lagipun semangat agak berkobar-kobaran nak buat something sebab Yuyu nak balik Kelantan. So akak yang baik hati kena lah buat bekalan sikit supaya adik rasa macam "eh...baik nya Kak Long ni, rugi siapa tak buat menantu". Hahahahah! Tak ada makna nya Yuyu nak fikir macam itu. Dia baca entry ini rasa nak muntah ada lah!

First time guna Stand mixer ini, gua dah blur-blur. Bajet pandai tak baca manual. Konon imagine apa chef selalu sentuh-sentuh dekat rancangan masak-masak. Oh lupa. Siapa nak beli stand Mixer cap FABER yang 250Watt ni, pergi lah survey-survey 2-3 kedai. So far, untuk rekod saya, semahal-mahal ialah RM189 dan semurah-murah saya jumpa ialah Rm139. Berkat sifat- nego-nego sifat jual-beli, maka dapat la Rm105. Zapppp!!! Saya terus sambar tanpa fikir (sebab dalam hati dah niat nak beli pun, tapi tangguh-tangguh). 1 year waranty. Saya rasa harga yang OK dah untuk saya. Tapi kalau kamu dapat lagi murah...untung lah kamu.

Sebab semnagt poyo ditambah dengan stok sedia ada dalam almari, ayuh hayun langkah! Apa yang boleh dibikin?

1) Kuih Jagung Bakar


Bahan-bahan yang digunakan...

Masuk kan bahan-bahan termasuk pewarna kuning....Sebenarnya, semua bahan yang ada di - blender, tapi sebab I blender pun tak de...balun pakai mixer..boleh? Uwaaaa!


Ini sah derhaka, sebab ada Oat...aku taruk jek! Oat kan baik untuk kesihatan..hahahha


Masuk dalam bekas, dan sebab ada almond flakes, I pun tabur juga. Kekacang kan bagus untuk kesihatan. (iye ke???)


Nah...siap...hangussssss atas...uwaaaaa! (setelah dibakar selama sejam dengan suhu...errr 150 darjah kot? hahahha)


2) Si Baldu (Red Velvet)

* Sebenarnya ini kali ke dua buat Velvet. 1st time Warna ungu macam Pasha dari kumpulan Ungu...hahhaha


Ya puan-puan, bahan-bahan seperti photo atas...

Merahnya mak Nah!

Baru la masukkan tepung dan mentega secara selang seli...Dah cam baldu!

Letak dalam bekas. Saya tak sure adakah adunan nya akan selikat sekental ini?? Saya cuba saja lah....


And again...hangus di atas...Uwaaa!

Masih tak pasti...adakah Red Velvet harus rupa begini? Atau apakah? Moist sangat dekat bawah...sebab tuh den claim tak masak..den bakar lagi!


3) Cookies - Oat Crunchy Munchy yeay! (reka sukati)

* Ini kali ke dua saya buat cookiee. 1st time rasa adalah lain dari yang ini. Saiz pulak ada la macam gedabak alam macam katak puru! Kahkah! Rasa? Sodap jo den raso...adek den cakap sodap...Yang kali ni, den letak serbuk kayu manis sikit...


Dah lupa nak ambil gambar bahan-bahan. Kamu google saja lah..

Dekat satu bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder, tepung jagung, serbuk koko, garam sikit, serbuk kayu manis. Macam biasa, sebab ada oat dalam almari, jadi taknak sia-siakan..

Then amik la bahan yang adun tadi masuk ke dalam bahan ayak dan boleh la menguli...tambah la apa patut, kot basah sangat ke...tambah ah tepung ke oat ke...kehkehkeh!

Lepas itu, uli-uli, gentel kan kecil-kecil. Macam saiz guli atau sesuka hati mu lah! Jangan lupa lapik ye..tak lapik? Aku rasa tak apa-apa kot...ikot kamu lah!


Dengan menggunakan kuasa garpu, kau lenyek la ia dengan comel...then pergi la bakar selama 10-12 menet dengan suhu 140 kah? Kamu adjust la jgn hanguss..huhuhuh


Sementara tunggu yang itu masak, kamu teruslah menggentel bulat-bulat siap. Nanti da siap, teruk bole replace dengan yang ini, jimat masa den!


Siap! tara! Dah macam biskut timbang kilo aku tengok...
Oh...aku lupa, aku pergi letak sikit nescafe dan susu juga...

Apo lagi?

Sekian terima kasih daun keladi. Kamu boleh Google resipi berkenan di hati...dan cuba lah! Nescaya kau pun boleh gembira-gembira bagi/paksa orang makan! Hahahahah

Bye.

2 comments:

mizzura said...

huyoooo..boleh wat niaga ni...hahaha..bagus2...

Azira...Nozie...Kechik said...

hahhaa..niaga idak la...untuk suka-suka, boleh la....da pndai baru bole niaga...ini tgk pon sedeyyy jek