Monday, July 18, 2011

Macam ni Rupanya....


Sana sini sibuk cakap macaron. Dulu-dulu orang sebut pasal macaron, aku bayangkan macaroni. Aku ingat salah eja atau mungkin short form ke apa. Punya la kesian dekat ah kak nan seorang ini. Sangat ketinggalan, U know?

Sampai la Google juga cari tengok apakebenda yang orang sana sini sibuk-sibuk cakap nih? Lama-lama pun tahu lah Makcik nan seorang ni (aku la tuh) bahawa Macaron adalah sejenis manisan. Pada pendapat dan imaginasi awal tentang rasanya, saya duduk bayang biskut. Kelihatan bahan-bahannya seperti biskut pusat/biskut ais krim yang time kita kecil-kecil dulu yang ada warna warni pink, kuning, hijau yang ditempek dekat biskut. Boleh imagine?


Biskut pusat...cikedis yang digemari hampir kebanyakan budak kecil dimana hanya icing dimakan, tapi biskut dibuang...hahahhaa

Sebab daya keinginan tahu, Google dah tengok harga..mak aihh! Tekojut den! Seketol masuk semulut ada orang jual dalam RM2.50 - Rm3.50. Awat mahal benar nih? Why..why?

Tapi tak elok tau sangka buruk awal-awal cop yang tukang jual duduk kaut untung mentang-mentang dia je tahu buat. Sebenarnya, membuat Macaron adalah leceh. Sebab nak menghasilkan nya perlu kesabaran yang tinggi. Bahan nampak mudah. Tapi kalau retak? Dah tak ada Macaron nama dia. Tahu? Cuba kamu buat..senang tak?? (Aku belum cuba lagi, kompem aku cakap susah sebab buat kek lain pun asyik tak mencapai piawaian imaginasi sendiri).

Laaaaaaaaaama gila usha. Even nampak Milkdeal buat pasal Macaron duduk fikir nak rembat ke tak offer dia. Tup-tup tarikh offer pun tamat. Habis.

Antara offer...

Kemudian, kawan saya yang buat business coklat comel-comel macam YANG INI sekarang sudah start business buat Macaron juga. Saya pun apa lagi, terus order. Hehehehe

Dapat dah...

Deretan warna yang melonjakkan hati...sangat comel dan ...erm..tak sabar!

Rasanya? BUKAN macam biskut pusat. Yang pastinya manis.

Jeng-jeng...

Adakah saya rasa sangat menyukainya? TIDAK BEGITU SANGAT. Saya kurang sikit manis-manis sangat. Tetapi saya sangat suka mencuba sesuatu yang baru. Tak adalah nanti, orang cakap Macaron saya bayang Macaroni! Kehkehkeh!

Rasanya rapuh dia luar, lembut di dalam. Di enak dan menarikkan lagi dengan filling di dalam nya. Ada yang letak perisa kiwi, oren, blackcurrent, pisang, kacang, macam-macam lah. Letak cencalok ke sambal belacan, tempoyak, I tak pernah jumpa! :-P


Macaron...Cantik kan melihat dia beratur tunggu turn di ngap?


Macaroni...
Cuba tengok, Macaron & Macaroni, sama ke tak? kehkehkeh!


Jadi...apa kata Puan? Antara Biskut pusat, Macaron dan Macaroni, mana kah pilihan hati?
Erm..I pilih Macaroni lah! Nampak lagi menggiurkan walaupun Macaron ternyata memiliki warna-warna seksi dan mendebarkan...hehehehe


Bye!

* Collect macaron siang di Alam Budiman sebelum ke kenduri di Bangi, tapi rasmi buka dan rasa tengah malam. Huhuhuhu

No comments: