Thursday, November 10, 2011

Bagaimana Mendekati Sang Pemalu...


Huh? Gulp!

Buat muka kesian cepat...


Oh...jangan risau...bukan kamu yang terpilih...sila senyum...Ngeeeee

Salam Aidil Adha buat semua. Maaf kerana sudah terlambat. Sepatutnya entry "Aidil Adha" auto-publiseh tetapi empunya entry buat karangan tersangkut-sangkut tak tahu hujung pangkal, maka ini lah hasilnya. Maka tema entry seakan ikut bertukar juga mengikut emosi (mood) sang penulis yang jomblo itu. (* jomblo = single) - adakah ayat promosi? NO.

Sebenarnya saya telah "on leave" sejak Jumaat yang lepas sehinggalah semalam. Hari ini (Khamis, 10 Nov 2011), baru naik kerja. Terliat-liat juga. Tapi tiada rasa blues macam hari Isnin. Sebab? Naik-naik kerja telah dihambat kerja dan jadual yang bersusun. Jadi pulun la laju-laju semua. Lagi pun esok Jumaat kembali lagi. Hoyehh!

Muka kambing di atas juga tidak terlibat sama sekali dengan korban. Ini merupakan satu-satunya kambing belaan pakcik saya di kampung. Kenapakah ia menjadi satu-satunya? Sebab ianya pemberian seseorang. Lagi pula kambing ini sudah pun tua dan bukan banyak sangat kudratnya seperti mahu menendang atau menyondol orang lalu lalang. Dia pemalu sahaja..Auwww

Hahahahah! (kenapa gelak? bajet kelakar eh?)

Sebetulnya juga, gambar ini bukan dimusim Aidil Adha, tetapi diambil musim Aidil Fitri yang lalu. Jadi moh le kite saksikan "Bagaimana Mendekati Kambing Pemalu"

Mudah sahaja...

Mula-mula dekatkan diri konon-konon macam tak nampak dia..

Dah agak-agak tak gerun (kamu gerun dekat dia atau dia gerun dekat kamu?)...hulur lah salam persahabatan...- dari jarak jauh

Dengan menghulurkan daun-daun...jarak dekat pula

Suap-suap dengan penuh semangat terujaan macam tak pernah ada kawan dengan kambing hensem...

Suap-suap sampai dia jemu berlalu pergi macam nak menyorok, kamu biarkan sahaja lah. Kamu buat aktiviti lain....macam....

Memanjat rumah (ini rumah apa tah belakang rumah arwah atok & nenek saya) - rumah simpan padi? Errr....no idea...

Rumah itu...Eh? Trend orang sekarang kan suka buat photo-shoot kahwin-kahwin? Macam cantik juga scene macam ini. Semula jadi, tak payah deco...

Contoh photo-shoot orang TAK kahwin...

Style menangis tertinggal bas ekspress?

Style "sampai kan hembusan salam rindu dari jauh". Boleh?

Style bergambar dengan burung dibelakang rumah...

Style buat video klip tarik nafas panjang dan hembus...sambil kontrol muka kasi cun..hahahah!

Jadi, kalau style photo-shoot orang kahwin bagaimana? sila bayangkan sendiri. Sekarang saya nak tunjuk siapa sebenarnya yang kena korban.


Ehem...ini gambar dekat Raya Haji itu. Sudah nampak 5 ekor lembu dekat surau berdekatan rumah ibu-bapa...

Salam Aidil Adha buat semua. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengingati setiap pengorbanan yang dilakukan oleh sekeliling kita terhadap diri kita. Dengan pengorbanan yang dibuat...terjadilah apa yang kita perolehi hari ini.

Pengorbanan tidak perlu diberitahu. Pengorbanan perlu diingati dan dihargai....

1 comment:

mizzura said...

uik..pasni ble wat business kambing..hehe..dah berjinak2..