Friday, February 11, 2011

Terapi Dalam Kerjaya...




Hai... :-)

* Oh..lama gila tak menulis....eceh! Macam kerja jadi penulis jek aku...cuti pun lama...terus tak publish draft ye?

Sebenarnya...sebenarnya...

Erm...OK..from my point of view lah kan...tak semua perkara kita wish in life will come true. Kadang-kadang, you never wish fot it pun...tiba-tiba saja jadi. Even not all the things U love/like is actually good for you. And not all the things u dislike/hate is not suit with you. Semua benda boleh jadi turn around. We called it as fate, boleh?

OK...kenapakah aku merepek kuat-kuat sedangkan hari cuti adalah sepanjang minggu? Cukup untuk membuat perkara yang berfaedah serta tidak berfaedah juga? Hahahaha...

Actually nak cakap pasal kerjaya. Tapi nak terbeli tiket melencong cerita lain. Shut up Zira! :-P

OK...aku sangat pasti lah kan, kepada kamu-kamu (macam aku juga lah dulu-dulu) yang just graduate jek, sure tanam keinginan/kehendak/harapan tinggi yang akan memperolehi kerja yang kalau boleh "super-wallaa" beserta tangga gaji yang "WOW". Kan? Siapa tak mahu kan? Betol? Kita berhak berimpian macam itu. Tapi sayang seribu kali sayang.

Siapa tak nak? Ada? OK ye semua, duit itu memang satu keperluan....ada tak yang kije cakap "takpe, saya free je kije, tak bagi gaji takpe?"..hahahaha..tapi jangan jadi hamba duit ye...ukur baju badan sendiri..okeh?

Kira macam sesiapa (kebanyakannya lah) yang grad in Engineering confirm bajet cita-cita sampai mimpi-mimpi nak jadi engineer kan? MESTI kerja engineer. Yang grade law nak jadi lawyer/mejistret...yang accounting nak jadi accountant dan sebagainya lah. Tak nak kurang sikit pun. MESTI. Ahhhh... Aku pon tak tahu apa kerjaya yang korang tergila-gilakan. Up to U lah nak jadi apa. Mungkin pelakon untuk filem David Teo? Boleh dapat Bonus berbentuk Semi-D 2 tingkat macam Adnan Sempit dapat tuhhhh...kau ada?. Eceh! (tiba-tiba cerita tersasar)

Pendek kata, bila menjejak alam kerjaya, mesti harapan tak nak pangkat rendah-rendah nih. Mahu dihormati. Nak berpangkat terus siap dengan pakej bayaran gaji lumayan..kan? Then time tuh bole berangan nak beli kereta yang paling gah punya idaman hati kalbu. Ye la, time belajar mana ada income sangat kan? Mak Pak support.

Errr..untuk permulaan, amik BMW 3series ajek dulu lah (amacam? OK ke taste I nih?)...hahahaha..Mimpi kuat-kuat ahh kau...

Well...to be realistik...ia mungkin sekadar mimpi..MIMPI ye adik-adik. Melainkan kalau kau memang turun temurun dari keluarga yang berharta, Insya-Allah, ada harapan. Itu rezeki namanya. Syukur. Walaubagaimanapun, anda masih boleh bermimpi. Bak Rosham Nor cakap dekat Lisda dalam cerita KL Menjerit - "Tanpa mimpi, impian takkan jadi kenyataan". Eceh! Tibe-tibe je petik dialog filem. Ceh!

May be if kau grade 30-40 tahun dahulu...sure sekarang kau memang orang berpangkat dan dipandang sukses di mata masayarakat. Silap-silap kau dah jadi Y.B, dah jadi ADUN atau mungkin ketua parti (eh?).. Sebab dulu "tempat banyak juga, tapi calon pulak kurang". Sekarang "Tempat ciput, tapi calon ramai gila!". So saingan sengit! Kira macam hot habis ah!
1,2,3! Lumba cepat! Siapa dapat? Siapa nasib baik? Siapa pakai cable besar? Zasss! Janji dapat! Best tak best kira lain!Yeah.. :-)

Sebab itu tak hairan kalau ada students yang sukses dalam keputusan peperiksaan, tapi dia "tercicir" tidak mendapat tempat di mana-mana Universiti. Siap kena masuk surat khabar sebab terkilan. Ini mungkin boleh kita panggil sebagai "rezeki". Sebagai "tuah". Sebagai "Saingan". Mungkin?

Dan sebenarnya..ramai juga "bangkit" dari mimpi dengan sifat realistik dalam menempuhi hidup ini. Sebab itu ada juga kita lihat para graduate yang tidak berkira dalam kerjaya. Yang terpesong bidang pun tak kurang juga. Tapi they are still success walau mungkin kerjaya tersebut bukan kerjaya idaman.


Kira macam kita kahwin dengan bukan idaman hati, tetapi kita bahagia rupanya. Ha! Macam itu lah. Kita kadang-kadang tidak tahu apa yang baik untuk diri kita sebenarnya. Tapi Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kamu.

Ah...skip! Aku otak bercelaru. Ke laut ke darat ke langit semua ada topiknya.

Comel tak?... :-)

If let say..kau baru masuk kerja, kau rasa macam tak "ngam" jek dengan suasana atau sebagainya. Apa yang kau buat?

1) Cari kerja lain?
2) Terus esok taknak datang?
3) Stay dulu, absorb environment
4) Kau adjust life kau kasi suit dengan environment?
5) Atau apakah?

Untuk menyukai sesuatu yang mungkin kau tidak suka adalah susah. Tapi demi sesuap rezeki, kau perlu menjadi kuat, yakin dan berfikir secara positif. Dan jangan lupa IKHLAS. Bukan Takaful Ikhlas, OK?

Pilih nak mane? Rosak CPU banyak benar magnet, ye?... :-)

Kau perlu cari apa istimewanya kerja itu, best nya kerja itu dan sebagainya. Cuba berfikir melawan sesuatu perasaan. Kalau kau tak cungkil..kau tak tahu apa seronok dia...

Pupuk la hobi sikit ke. Lagi untung kalau kau bekerja yang terdiri dari syarikat yang ramai pekerja. Fuuuhhhhhhh...kau boleh cari orang sekepala dengan kau. (aku bukan suruh kau buat puak, tapi buat geng seia sekata bak kata orang lah). Orang sekepala juga membantu untuk kau menyukai sesuatu kerja itu, tahu? Walau stress, menyampah tak suka, kau still boleh stay sebab ada rakan di sisi. Rakan untuk menangis dan ketawa. Tempat kau luahkan perasaan dan tanya pendapat serta untuk mendapatkan sokongan, mungkin?

Saye suka magnet..magnet comel ;agi suke. Ni beli 3 RM10 jek...huuhuhu


Cari minat atas sesuatu kerja itu. Dengan berkat kesabaran, keyakinan, ketekunan, keriangan, kau akan seronok! Betol aku cakap.

Serabut otak boleh tengok barang comel-comel kejap...



Well...walau kau suka kerja itu, kau kena get ready bila-bila masa yang mungkin rezeki kau bersama syarikat tersebut tidak lama. Mungkin atas sebab tertentu yang berkaitan pada waktu itu membuatkan kau harus beralih arah. Eh...eh...bukan curang beb...tapi kata namanya cari rezeki. Mungkin ada peluang yang lagi besar,, lebih flexible? Pelajaran yang baru buat kamu juga. Atau mungkin kamu perlu mengurus diri supaya bersesuaian dengan gaya hidup yang anda mahukan. Siapa tahu? Kau saja tahu. Time itu selamat tinggal kawan, selamat tinggal pujaan, selamat tinggal kenangan. Tapi tak apa. Life must go on. Betol? Tentang rakan-rakan, kau tidak perlu khuatir. Takkan terputus silaturrahim jika saling mengingati dan bertemu sekali sekala. Takkan korang semua nyanyuk cepat sampai tak ingat kot? :-)

Souvenir dari majlis kawen-kawen pun saya suke...auwwww

* OK dah..malas nak tempek...konon nak share gambar ex-office...tapi lain kali ah...lain zaman..heheheheh

No comments: