Sunday, February 13, 2011

Errr...Ramai Orang Bercakap Tentang ITU

Er..tak boleh jadi nih..tak boleh jadinya. Everybody everywhere orang bercakap tentang ini. Sana sini. Sana sini sinun orang-orang plan how to celebrate the day. Apa lagi kalau bukan Valentine Day.

Udah-udah la anak-anak ye. KAmu ni mudah sangat terpengaruh macam chikaro makan dodol tau. Kamu sudah besar. Sudah pandai berfikir. Kamu juga sudah tahu asal usul V-Day itu. Tapi masih mahu follow.

Yang lagi tak berapa nak comel kalau kamu Muslim. Jangan lah terikot-ikot sangat budaya lagha ni. Tak nampak pelik ke yang setahun kau 365 hari untuk menunjukkan kasih sayang tak berbelah bahagi, tapi kau cuma pilih tarikh 14 Feb sahaja sebagai hari untuk extra kasih sayang?

Apa ni..apa ni...kasih sayang patut kamu tunjuk hari-hari. Okay? Dan tak perlu lah kamu berhabis duit hanya kerana hari tersebut untuk membeli bunga-bungaan yang harganya pasti berganda-ganda mahal dari biasa itu. Tak berbaloi ah...

Ya..ya...saya tahu kamu romantic...yayaya..saya tahu kamu suka bila BF kamu bagi hadiah begitu. Siapa tak kembang semangkuk idung kembang kempis kan. Siapa tak bangga ada orang sayang kamu kan? Saya pun pasti bangga + terharu kalau ada orang sayang saya. Macam saya cakap...kamu jangan lah terpengaruh bebenau...

Valentine adalah HARAM disambut. Kenapa dia haram? Sila Google eh...

Jadi, apa kata kamu raikan setiap hari kasih sayang kamu? LAgi cun wehhh! Hari-hari muka berseri-seri. Auuwww! Dan tak perlu membuat pembaziran pun... :-)

Amacam? gugur jantung tak? hahahahaa
(klik image untuk pembesaran image yang lebih nyata)

* Lagha..lagha...lepas tuh keluar surat khabar kena tangkap khalwat. Kantoi pesta s*x dan sebagainya...udah-udah la tuh ye.. :-)


No comments: