Tuesday, February 15, 2011

Selamat Ulang Tahun Kekasih Ku...


Assalamualaikum semua...

Ehem...ehemmm...

Salam Maulud Nabi buat semua... :-)

Macam biasa. Bila dengan saya kena mulakan apa-apa nyanyian di dalam hati. Sikit pun jadi lah. Sebab kan hari ini special dan tentu sekali amat bermakna buat kita sebagai Umat Islam...apa kata kau (termasuk aku lah) tarik nafas panjang-panjang dan saling menghayati dalam-dalam. Sila ya... (oh! Lagu Broery Marantika - Biar Bulan Bicara tau kau feeling...yang ini pulak mesti lagi boleh patutnya)


1, 2, 3

Eh...eh...siapa yang jadi Solo siapa yang back-up singer nih? Ahhh..balun! Janji kau hayati...

Start!

"Tercipta satu lembaran sejarah
ditanah Suci Kota Mekah
hari yang mulia penuh syahadah
bermulah lah sebuah kisah...

Malam isnin subuh yang cerah
12 Rabiulawal yang cerah
20 April tahun gajah lahirnya Zuriat yang syahadah...

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya...
Riang gembira menyambutnya
Terima Putera yang utama....

Muhammad Nama diberi
gelaran yang terpuji
nikmat ilahi sama disyukuri
terima putera yang berbakti

Keadaan yatim anak muda
Lahirnya bawa cahaya
alam gelita jadi gembira
terima junjungan mulia"




Siapa tak tahu nasyid ini? Memang lah dia ni tau...sangat rugi, u know? Tapi jangan sedih hati..siapa yang baca entry ini mesti dah tahu lagunya. Boleh atas nun sini. Jangan malu-malu segan silu...Tajuk dia "Junjungan Mulia". First time nak attached Video. Kalau tak jadi, kamu KLIK sini lah ye...Ha..KLIK..kata nak tahu?

Untuk akhir kata, saya selitkan satu lagi. Mari Klik

* Terkenang zaman sekolah, siap buat pertandingan Nasyid (suara dah la semua stok comel-comel..) dan macam-macm aktiviti lagi lah. Tilawah Al-Quran a, pertandingan bercerita kisah nabi lah...kuiz lah...ceramah lah...macam-macam. Sekarang tua-tua, hampesss jek. Jangan kata nak poyopoyo muka bernasyid semangat. Ceramah Agama pun susah nak jejak. Sedih betul.

* If rajin, saya geledah tempek muka nasyid. huhuhuh..Tak janji. But saya harap saya rajin untuk itu. (liat sebab kena main scan-scan..huhuhu

Salam Maulidur Rasul Semua. Mari kita sama-sama baiki diri ye. Jangan fikir sudah terlambat buat kamu. Tiada istilah Lambat jika kamu mahu berubah..

Di akhiri dengan serba sedikit tentang Nabi Muhammad untuk renungan kita semua:


Sejarah ringkas Kehidupan Rasul SAW

Nama ayahnya adalah Abdullah dan nama ibunya Aminah. Beliau lahir di Mekkah pada tanggal 12bulan Rabiu al awwal, di tahun yang dinamakan tahun gajah, dan pada tanggal 27 Rajab, di dalam usianya yang ke 40, beliau diutus sebagai Nabi. Rasul SAW hidup di dunia selama 63 tahun dan pada tahun 11 Hijriyah, yakni pada tanggal 28 bulan Shafar, beliau wafat dan dimakamkan di kota Madinah.

Rasul SAW semenjak masa kanak-kanak , telah begitu sopan dan jujur dan benar perilakunya, dan dari itulah, beliau dipanggil al amin (yang terpercaya). Akhlaknya sangat lah baik ye rakan-rakan.

Begitu baik budi pekertinya, dan rendah hati, beliau begitu peduli dan sering kali membantu orang-orang miskin dan memerlukan bantuan, dan beliau selalu melakukan apa yang dikatakan oleh lisannya. Dan lantaran akhlak beliau yang mulia inilah, masyarakat condong kepada Islam dan mereka masuk Islam atas kehendak bukan atas dasar paksaan.


* Nah...mari nyanyi lagi: Ya Rasulullah


Wassalamm...

2 comments:

mizzura said...

salam maulidur rasul nozie:-)

Azira...Nozie...Kechik said...

yayaya...thanks.

untuk kau juge... :-)