Monday, February 14, 2011

Cerita Tak Gempak, Itu Pun Nak Share?


Ha ah...I nak...I nak share juga. Awak taknak tahu, tak apa. Awak duduk dekat kerusi hujung sane eh? :-P

Ini bukan berlagak tau...tapi saya happy....happy juga tau menang pertandingan. Maklum lah...saya bukan seorang yang selalu berpeluang untuk menang pertandingan. Hatta cabutan bertuah pun belum tentu dapat. Dari zaman kecik hingga ke remaja hingga la level remaja purba nih. (purba? macam Flinstone jek rasa). Pendek kata bukan termasuk dalam golongan yang bernasib baik dan terpilih lah.

Seiring dengan semangat yang saya sudah list kan dulu, saya pun menyahut sendiri semangat itu supaya tidak kelihatan macam "cakap tak serupa bikin". Doakan saya ya? Kita sama-sama doa semua apa kita mahu dimakbulkan, OK? Perkara ini berkadar langsung juga dengan entry Yoyo-O ini.

Gebang kuat-kuat. Habuk pun tak citer. Bile nak start citer weyy?

OK lah..ok lah...sebelum semua angkat bangku angkat kerusi baling dekat aku..Aku bukak cerita sekarang. Nanti kau dah tahu, kau jangan menyesal ek? Siapa cakap "Ek elleh...itu jek?"...aku marah dia. Eceh! Lantak ah..apa aku kesah, kan?


KAsi tempek sikit dulu...
(itu yang lambat published...sebab nak tunggu dia load kat web dia dulu...huhuhu)
* Baru edit balik..buat malu...aje (biar aku aje yang tau kenapa...huhuhu)

Sebenarnya saya terpilih sebagai salah satu peserta bertuah dalam pertadingan SHELL nih lah. Alhamdulillah sangat-sangat. Melompat-lompat keriangan macam budak dapat gula-gula kapas atau lollipop atau I-phone dari ibu untuk makan? Eh? Sorry...saya bukan gila gadget. Kalau tak mesti tiap minggu sekurang-kurangnya aku menukar gadget terkini lagi tercanggeh terutamanya sekali aku fikir, tentulah telefon bimbit, kan? Telefon bimbit orang cakap menunjukkan gaya dah kecanggihan pemikiran seseorang itu kan? Sorry...saya bukan suka membuang duit ke arah berbentuk itu. Hahahahah..Kedekut ah minah nih weh! Jom blahh!

Eh...eh..

Nanti, aku belum habis cerita lagi.

Walaupun kau boleh klik link di atas, aku suka juga nak ulang secara ringkas tentang pertandingan itu.

1) Ada sebanyak 904 tempat kosong untuk kau grab

2) Hadiah yang Walla:

- 1 x RM30K + Exclusive Ferrari Key-Ring set
- 3 x RM3K +
Exclusive Ferrari Key-Ring set
- 300 x RM300 +
Exclusive Ferrari Key-Ring set
- 600 x RM50 Shell Voucher

* apa? nak kereta Ferrari? Oh,,,takde ah...tapi OK lah...tapi aku rasa PETRONAS ada buat contst juga kan?

3) Ha? Amacam? Lumayan tak? Zass aje la. Janji kau isi minyak/beli pelincir/any product trtentu minimum RM30, kau layak joint contest nih dah. Jangan buang resit. Attached sekali dengan borang dan jawap satu soalan yang kau tak payah bukak mata luas-luas. Senang jek

4) Yang best, tak payah slogan bagai...OK kan? Tak payah kau kerah otak, OK kan? :-)

5) OH...cepat grab weh....last duedate sampai 06th April 2011.

6) So kau lantik diri sendiri, offer diri sebagai "tukang isi minyak" kereta/lori/van/MPV /Beca (?) kat mak pak akak abang adik sepupu dan sebagainya. Nanti dapat resit, kau tempek nama kau, amacam? Tapi mintak ah duet diorang...kalau tak kopak kau...hahahahah!


P/S:
1) LAst contest lagi cun. Dapat RM30K + Tengok Abu Dhabi tak silap aku. Ha..amacamm?Syiok takk?

2) Errr...untuk pengeluar minyak..apa kata U all bagi hadiah mantap-mantap selalu? At least sesiapa yang kecewa dengan harga kenaikan minyak yang suka naik secara comel-comel boleh mengubat luka. Hahahah..amacam?


No comments: