Friday, April 29, 2011

Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Vanekem, Tocei....



Atau apa-apa sahaja dalam apa bahasa dan isyarat yang membawa maksud yang sama.

Perkataan mudah, pengertian besar. Mungkin senang diucap, dilafaz. Tapi ikhlas ke tidak? Kamu sahaja tahu.. :-)

Semudah ucapan tak semudah ikhlas nya. Ada juga yang berat mulut nak ucap macam ucapan "Sorry, Maaf". Tapi apa ertinya? Mungkin kita perlu belajar untuk menurun ego untuk belajar menyebutnya dengan sepenuh hati. :-)

Ucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang "memberi". Kamu sebagai "penerima" perlu ucapkan bila menerima sesuatu. Dengan senyum pasti lebih manis. Dengan kucupan untuk yang tersayang pasti lebih bererti (mungkin).

Menerima dengan ucapan "Terima kasih" untuk sesuatu yang baik, bagus mungkin lebih mudah berbanding mengucapkan "Terima kasih" untuk perkara yang kita tidak suka, tidak gemari. Tapi apa salahnya cuba belajar? :-)


- Terima kasih Mama, etc
- Terima kasih Cikgu
- Terima kasih Tuan/ Puan/ Encik, etc
- Terima kasih semua
- Terima kasih sayang
- Terima kasih boss
- Thank you team!
- etc...

Walau ucapan begini sebenarnya mungkin tidak cukup untuk menzahirkan perasaan kita betapa menghargai, tapi tak apa.

errrr...gua sebenarnya nak cakap Selamat Hari Buruh to all jek.. :-)..hahhahahah!

Thank you untuk semua yang berkhidmat di dalam apa-apa sektor, dalam apa-apa jawatan tak kire di mana anda berada...you're ROCK! (eh?)



* Dan boleh buat ucapan untuk Mama saya sempena hari Ibu yang jatuh 8th May ni. Anyway, tak kira hari apa pun kena say Thank you juga..

* Terima kasih Ya Allah atas semua nikmat dan ujian mu...Jadikan aku makhluk Mu yang tabah dan tidak lupa menghamba diri pada Mu..


Tempek sikit gambar ... ehemm!


Ini masa zaman tok kadok gila..Boss (Teh KP) belanja kami..
(erm...tahun...2008 mungkin?)



No comments: