Wednesday, April 13, 2011

Raya Tak Lama Lagi & Skill Kurang 45minit

Apa kaitan nya nih? Memang ada kait sikit..eceh...kalau taknak kaitkan pun tak apa.

Jangan salah faham yang 45minit dari saat anda membaca entry ini ada kuasa magis menukar suasana keliling anda seperti sambutan Hari Raya. Tiada. Eh...kau paham ke bahasa aku nih?

Baiklah...terus cerita lain lah...

(tukar suasana mode)

Huiyo! macam nak tepuk dahi nak garu kepala nak geleng kepala. Bukan sebab pening atau gatal ke apa.

Cuma...ye lah..tak lama lagi kan nak raya (bak kata mama)...Eh..ye ke Mama? Oh iye lah...tolak bulan April kire-kire dalam 120hari lagi nak raya. Maka, last week kedai mama cuti. Jadi maka haruslah saya membawa ibu bapa ronda-ronda. Jangan nak pergi tempat canggih-canggih. Mama kata lenguh kaki nak jalan.

So! Bawak ke Carrefour jek..terus Nagoya..tak main nak Jalan TAR ke apekemenda. Mintak mahap!

Kurang dari 45menet mama menggunakan skill memilih kain sebanyak 10pasang untuk dibuat baju! Bukan 10-10 tuh mama punya, OK? Ingat Mama saya mak datin ke? Kekekek

Dia pilih untuk Yuyu dan saya. Sebab? Kalau suruh saya pilih, maka tak terpilih la saya sebab pening banyak sangat kain. Sampai dah tak boleh beze kain corak cantik ke tak...corak nenek-nenk ke gadis sunti ke tak...Saya dah nampak sama saja.

Maka saya serahkan pada mama.

Zap!Zap!Zap!Zap!

Cukup 10 pasang, bayar dan terus pergi makan walau sebenarnya perut dah makan dekat rumah. Saja nak rasa-rasa makanan orang

Kami makan dekat Jom Bali jugak....

Kuew Teow Beef "silang"

Mee Kari


Mama & Abah

* Jadi..siapa-siapa yang macam terlupa nak tempah baju raya, sila bertindak sekarang. SEKARANG! hahaha
* Yuyu...kain kamu cantik-cantik juga tau..Kak Long + Mama pilih. (pelik...pilih untuk orang senang...untuk diri sendiri sampai tak pandai pilih..mengada!)


No comments: