Hi there rakan-rakan dan taulan sekelian..
Nak ingatkan U all luar sana dan juga saya. Ehem. Jangan sesekali biarkan diri anda diselubungi misteri. Eh? Bukan. Di selubungi masalah berganda yang boleh mempengaruhi hidup atau mati (eh?). Ya..mungkin...mungkin...
Kan kita di alaf serba nak hujung jari segala nih, nak ingat kan la kamu-kamu yang aktif log in your personal email, JANGAN sesekali lupa nak log-out email JANGAN! Even kamu punye perut macam sakit gila nak tercirit sampai tak tertahan rasa pergi toilet, sila jangan lupa OFF. Bahaya.
Apatah lagi jika kamu log-in di office yang mempunyai sistem network. Bila kamu siap-siap kemas beg, mekap-mekap sembur minyak wangi semua. Tiba-tiba suami call "Yang abang dah sampai...cepat...kalau lambat,,,Abang tinggal" sekalipun, jangan la tiba-tiba terus OFF PC dengan gopoh gapah terus pangkah semua tak sign-out. Jangan lupa sebelum shut-down, kamu off segala mak nenek yang kamu log-in kan.
Sebab?
Nescaya kelalaian anda menyebabkan anda ditimpa bencana. Tak mungkin patah balik...jadi kena nyanyi lagu Zamani Slam "Tak mungkin berpaling lagi". Siapa tahu? Sedapkan?
Eh...tersasar. Sorry.
Ketidakberjayaan anda meng-log-keluar menyebabkan mungkin personal anda digodam dan dicabuli sewenang-wenang nya.
Mana tau ada perisik negara lain nak ambil kesempatan dekat negara kita, lepas itu kita "bukak pintu". Fuh! Macam pucuk dicita ulam mendatang. Dia cucuk jek.
Selamba dondang guna email kau orang sebagai address yang konon nya "customer service" tak pasal-pasal. Kan teraniaya tuh?
So sila hati-hati..
No comments:
Post a Comment