Salam,
Ditulis secara random dalam beberapa situasi.
1)
Mendengar khabar berita rakan-rakan apabila akan menimang cahayamata. Sangat mengujakan. Tak boleh bayang. Rasa macam saya dengan tiba-tiba sebok-sebok juga nak ada anak. Sungguh tak tipu...
Terlalu gembira rasa hati apabila melihat kandungan sihat dan membesar. Bertambah seronok dan teruja apabila pertama kalinya perut kita "diketuk". Wah! Excited gila..Subhanallah..
Kelahiran dinanti-nanti. Baju dah siap satu bakul beli. Siap yang teruja dah beli mainan! Tengok betapa gembira menanti orang istimewa.
Bila lahir di tatang macam minyak penuh. Walau bila nakal kena piat, kena libas, tapi masih disayang. Bila sakit, ibu-bapa gusar rasa nak pindah sakit anak ke diri sendiri. See..betapanya pengorbanan yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata...
Melihat muka anak-anak, ibu-bapa membina harapan dan doa yang tinggi melangit demi kesejahteraan dan keberkatan anak-anak. Betapa tidak pernah putus doa-doa. Dikucup-kucup..
Bila anak meningkat dewasa, ibu-bapa mungkin ada yang merasa anak mereka "masih kecil". Sampai tidak sedar anaknya besar. Lihatlah...betapa ibu-bapa masih lagi berasa seperti "dulu"
Eh...gua syak gua dah syahdu sekarang...stop sebelum meleret..isk..pergi situasi ke dua lah...
2)
Dalam gembira-gembira...ada juga menerima berita sedih. Seperti bayi dilahirkan meninggal sewaktu lahir, ditimpa sakit, atau keguguran. Sedih sangat. Lagi-lagi bila kehadiran dinanti oleh pasangan yang lama sudah berkahwin.
Boleh bayangkan tak muka orang yang lama menanti penuh harapan, dengan sabar, once dapat berita gembira punya bercahaya bersinar and then suddenly berita gembira bertukar duka? Kesian kan?
Sedih hati kan? Yang dikandung kehilangan kan? Dengan harapan besar dihati membina angan-angan serta impian, tiba-tiba diambil semula kegembiraan itu dan diganti dengan kesedihan kan?
Pasrah...
Perlu diketahui, seandainya zuriat kita tidak menjadi (keguguran), itu adalah yang terbaik. Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu dan zuriat kamu. Adalah lebih baik dia "pergi" awal dari mungkin menerima komplikasi penyakit yang menyiksa nya apabila lahir ke dunia, siapa tahu? kan?
3)
Dan tumpang simpati juga untuk pasangan yang tidak jemu-jemu mencuba sekian lama. Walau belum rezeki, belum waktu, tapi mereka sabar menanti. Kagum.
Kadang saya terfikir soalan "lama dah kahwin, bila nak dapat baby?" macam tak wajar ditanya selalu terhadap pasangan. Mula-mula OK lah. Tapi lama-lama aku dapat rasa macam boleh menyentuh hati sang penunggu. Boleh bikin stress wehh...apa kamu ingat orang yang berkahwin tidak mahu zuriat ke? Walau seorang anak pun? I still think soalan tu sensitif untuk pasangan yang kategori "sudah lama kahwin".
Saya tahu betapa mereka mengharap, menghendaki malah bermimpi-mimpi mengenai zuriat mereka...mereka tak putuas usaha.
Tengok, demi satu nyawa...macam mana ibu-bapa menanti dan menerima kita? Jadi apa lah salahnya kita menghargai dan membalasnya selagi mereka ada.ye tak?
Penutup kisah..tengok video...
.........Terjun tingkap.........
Salam Jumaat semua...
* Sayangi ibu bapa kita..walau mungkin ditakdir ada antara kita kurang bernasib baik memiliki ibu/bapa yang kita "benci" kerana sikapnya (mungkin)...tapi adalah kawajipan kamu menghargai mereka...
* Dah..sayang, say thanks to Mummy now... "helloo....mama...i love you"...

No comments:
Post a Comment