Monday, April 18, 2011

Ini Tak Funny, This Is Not Kelakar


Saya suka membaca. Membaca benda "lagha" pun suka. Hahahah..adeh! Sila serius balik. Ada satu masa yang lama dulu, saya baca secara random. Jadi tak boleh ingat dari mana baca. Malas nak search.

Satu keadaan di mana seseorang perlu memilih seandainya dia boleh pilih HANYA seorang yang terpenting dalam hidupnya untuk hidup bersamanya. SEORANG saja. Siapakah yang akan dipilih?

Erm..ada sesiapa pernah baca tentang saya cakap? (atau kau tak paham apa aku cakap? Tapi tak apa..aku paham, aku tak marah..sebab aku kadang-kadang nak cakap tapi macam susah nak sampai maksud ---> skill kurang kot...Cikgu suruh belajar kau main...hahahah)

Kau imagine, mula-mula kau kena listkan 10 orang yang terpenting dalam hidup kau... kemudian kau PERLU/KENA buang satu-persatu, siapa yang kau akan "buang" dalam hidup kau...

Lets say kau lelaki yang berkahwin, kau list:

1) ibu
2) bapa
3) isteri
4) anak
5) Makcik tipah sebelah rumah
6) Shamsul - kawan rapat gile
7) Damia - Kawan baek
8) Esfahan - geng gile-gile (weh..best pulak nama ni, padahal cilok dari nama jalan dekat KL)
9) Amna - Anak buah paling manja dengan kau
10) Azfar - Officemate merangkap kawan belajar satu masa dulu..

Well..nampak kau dah list banyak2...then kau kena "buang". Aku rasa aku pasti list 5-10 kau mungkin boleh buang tanpa meragui pun. Kau takkan stress nak pilih mana akan terkeluar carta, kan?

So sampai last kau tinggal:

1) ibu
2) bapa
3) isteri
4) anak

Macam nak buang semua dari hidup kau, kau rasa macam "makan mati emak, luah mati bapak" jek. So macam mana?

At the end of the story, cuba teka siapa yang tinggal dalam list lelaki itu?


Jawapan: Isteri.

Sebab?

Isteri dia akan bersama dia dalam susah senang gembira. Dia tak boleh hidup tanpa isteri disisi. Dengan isteri dia mencipta angan-angan dan jadi sumber kekuatan...Penenang jiwa

Kenapa tak yang lain?

1) Kalau dia pilih ibu-bapa ---> ibu bapa sudah jaga dia sampai dia berjaya. Tak pernah dia lupa ibu-bapa. Ibu bapa dia pasti faham kenapa dia memilih isteri bukan ibubapa. Sebab ibu bapa dia tahu, lambat laun mereka akan tua dan meninggalkan dunia ini.

2) Anak? sebab katanya nanti bila anak besar, ada life sendiri. Dan dia akan rasa macam mana ibu-bapa dia rasa sewaktu dia memilih untuk "membuang" mereka. Lagi pun anak-anak tak boleh memintal angan-angan/perasaan bersama dia...

So? apa kau cuba nak sampaikan ni Nozie?


Errrr...aku nak cakap, masa aku baca, aku feeling stress aku nak pilih siapa, sebab aku sayang dan taknak hilang semua. Tapi bukan kuasa aku semua itu, kan? Aku rasa soalan nak buang siapa, langsung tak funny...kau faham apa aku cakap ke?

Sebab itu lah kot, orang cakap, bila kita memilih pasangan hidup, pilih orang yang betul-betul kamu mahu, dan orang itu dengan tulus hati untuk ada di sisi kamu selalu walau dalam susah senang. Yang terima kamu seadanya kamu tanpa kamu perlu berpura-pura jadi orang lain. Hehehe..





p/s:

1) Kalau kau...kau pilih siapa?
2) Dalam tak funny, boleh aku fikir " Macam mana kalau rupanya wife dia ada orang lain?"..Cess! fikir negatif jek...ah..abaika...abaikan kewujudan orang ke-3..takde gunapun...kan?





No comments: