U Ols!
Aidilfitri just around the corner. Wooopss! Sorry beb, kau ingat nak raya saja eh? Puasa pun belum lepas, OK?
OK. * shy
Anyway, sebut pasal puasa, mesti dia berangkai dengan Aidilfitri kan. So sini I nak promote kuih muih hasil air tangan I lah. Hahahah. OK, aku tipu. Banyak la cekadak aku nak ambil order, buat pun selalu OUT jek tengok. Tapi tak apa. Kejayaan bermula dengan kegagalan dulu, baru lah kita menghargainya, kan?
OK. Skip!
Untuk yang masih tercari-cari segala macam barang kuih-kuih kek, Saya nak share lah. Sebab hari itu saya tak semena-mena meneroka kawasan lalu terjumpa dengan satu kedai yang menggamit kamu yang suka nak mem-baking dan membakar-bakar. Untuk orang yang tak minat, jangan tengok. Hahaha
Ada satu tempat di kawasan U13, Dekat dengan
Opppss..nak masuk area shoplot ni Make sure anda tak melepasi Burger King & KFC di sebelah kiri kamu!).
Macam-macam ada. Kalau kau nak cari kain baju ke tukang jahit baju Raya kamu yang lambat tempah tuh, tak dapat la "BAGUS" tolong kamu ya...I'm sorryyy (versi Amir Raja Lawak)
Deretan segala tepung. Tepung gandum, tepung jagung, tepung Hong Kong, Tepung Semolina, etc... Yang instant nak bancuh pun ada tau. Tapi tepung gomak ke tepung pelita atau TEPUNGI lah tawar tiada. :-P
Deretan bekas-bekas acuan pelbagai bentuk. Pelbagai perisa dekat bekas-bekas acuan ni tiada lah.. :-P
Deretan pelbagai bekas-bekas dan kotak untuk menyemarakkan hari anda yang mendebarkan. Eceh (apa kene mengena??)
Deretan segala mentega dan margerine, segala cream cheese dan whipped cream dan entan apa-apa lagi tah. Bole tercongok depan peti tengok semua harga.
Banyak kamu-kamu boleh jumpa. Segala serbuk-serbuk ada. Serbuk untuk masak western pun ada! Rosmarry daun basil entah apa-apa lagi tah. Pun ada. Jom terjah!
Oh! Lupa. Lupa nak snap. Kedai ni ada buat kelas belajar buat Macaron RM30 untuk bukan ahli. Kalau ahli RM25 sahaja.! U all usha-usha la, OK?
OK. Bye! Jangan lupa datang telek-telek barang kuih raya se-pam dua , OK?
Nak habaq jugak. Kelas-kelas lain pun ada tau. Jom la. Bawak geng-geng suku-sakat. OK ape. Lain kali nak, buat saja? Kan? Untung-untung tak pasal-pasal jadi bidan terjun orang nak order. Boleh la tambah duit poket (kalau rajin). Kalau tak pun, untuk perut sendiri pun dah OK dah. :-)
Nak usha resipi pon boleh beb!
OH! Lupa! Lebih bagus kalau usha di BAGUS sendiri.
* Tak lama lagi nak puasa, puasa yang lepas sudah ganti ke?
2 comments:
psstt buat kuih banyak2 ye, pastu leh bagi kita rasa :p
hahahha...Ak Kak ni perli kite nih...entah kuih apa rupa yang keluar dari oven saya tuhh...
semua nya aneh-aneh nampak
Post a Comment