(patut published 2 hari lepas, tapi....macam biasa, tak sempat habis satu entry, kerja banyak pula)
Gambar yang tiada kene-mengena sangat...
Gambar yang tiada kene-mengena sangat...
Assalamualaikum semua.
Apa khabar tuh? Hari ini kamu makan apa eh? Ewwah ewwah...saya tanya makan-makan ni macam la saya chef yang akan mempersembahkan sesuatu juadah yang menjejehkan saliva kamu. Sorry. Belum ada. Dan pasti kamu takkan terliur punya, tapi saya yang terliur mencuci mata dengan makanan yang kalau boleh saya cekup dalam screen....aduhai best nya rasa.
Hari ini saya tiada waktu sangat sebenarnya. Tapi memandangkan sikit lagi lunch hour muncul, kebetulan pula sisa kerja tinggal sedikit, maka saya terlintas tentang sesuatu yang berlaku sepanjang saya menimba pengalaman bekerja.
Memasuki alam pekerjaan merupakan sesuatu fasa bagi setiap orang yang meningkat dewasa. Tidak kira lah pekerjaan apa, hatta kamu jadi suri rumah tangga pun dikira sesuatu pekerjaan juga. Satu profession juga. Jika kita menjaga anak-anak orang pun dikira suatu pekerjaan juga. Satu profession juga. Ada pendapatan juga. Ya tak?
Tak kira lah apa sahaja profession kita, dari serendah-rendah atau setinggi-tinggi kelas, semua ini menuntut komitmen sebenarnya. Sifat komited perlu ada dalam setiap mereka yang mahu meningkatkan kemahiran dan pengalaman tentang sesuatu bidang. Dengan meningkatnya kadar kemahiran dan ilmu yang ditimba, Insya-Allah kualiti taraf hidup dapat dipertingkatkan lagi kerana pendapatan hasil titik peluh kita sudah bertambah. (Senyum cepat, dan jangan lupa terima kasih kepada Allah, OK?).
Sepanjang saya bekerja, pelbagai masalah saya jumpa tentang attitude pekerja. Ada yang bagus, ada yang sebaliknya.
Sekarang saya cuma mahu sentuh satu tabiat sahaja - Tabiat berhenti kerja dengan tidak berkhemah.
Hahahaha. (aik? apa pasal kau gelak Zira?)
Bukan maksud saya berhenti dengan penuh kurang ajar (menghembur kata-kata tak sepatutnya) tetapi melangkah pergi meninggalkan syarikat dengan tidak sopan. Tanpa kata-kata, alih-alih dia ghaib. Bak sang kekasih meninggalkan kekasihnya tanpa pesanan. Ha..boleh imagine?
Saya mendapati tabiat budak-budak sekarang gemar meninggalkan syarikat tempat dia bekerja dengan cara----->
Dapat gaji, ghaib terus!
Atas alasan? Dapat better offer lah, dapat sambung pengajian lah, etc. Banyak la dia lari macam gitu tanpa ikut protokol kan? Langsung tak comel. Kalau betul lah memperolehi melanjutkan pelajaran sekalipun, percaya lah tak kan lah syarikat sangat kejap cakap dekat kamu
"Berani kau sambung belajar, sekarang kau nak lari ye? Aku nak kau bayar balik pampasan kat kitorang."
Tak de punyaaa. Kalau jadi begitu, namanya penindasan, lepas itu tak ikot law nama dia. Jadi kalau kamu dapat offer, cakap dekat company, Insya-Allah mereka akan memberi sokongan siap ucap tahniah dekat kamu lagi. Dan kebiasaaanya, syarikat kamu akan beri pelepasan awal untuk kamu. Takkan lah kamu dapat surat offer hari ini terus daftar esok? Ye tak? . Don't worry.
Seseorang sebenarnya jika memperolehi peluang pekerjaan yang lebih baik pun, dia seharusnya mengikut tatacara yang sopan juga - sebagaimana sopannya dia sewaktu dia hadir untuk temuduga dengan harapan mendapat pekerjaan. See..see..see...
Tidak kira atas apa jua alasan, perlu lah ada cara yang betul. Dengan cara meng-ghaib-kan diri, ia menampakkan seseorang itu tidak memiliki sifat komited terhadap kerja-kerja yang akan dikerjakan olehnya dimasa akan datang. Tiada tanggungjawap. Jika masih bersikap sedemikian, pergi lah ke pekerjaan mana-mana sekalipun, mungkin tidak akan kekal lama. (possibility tak kekal dan melompat-lompat kerja tinggi).
Perumpamaan sikap ini juga boleh disamakan macam attitude yang akan dipertimbangkan oleh seseorang majikan terhadap bakal pekerjanya. Kalau sudah tahu tidak komited, apa perlunya majikan mengambil beliau (beliau?) ? Majikan pun sudah pasti tidak mahu mengambil seseorang yang tidak bertanggungjawap. Sebab akan menerima nasib yang tidak comel kemudian hari misalnya, projek tergendala akibat orang bertanggungjawap melepaskan tangan nya dan membuat aksi 'ghaib'. Jadi masa diperlukan untuk mencari pengganti. Dan pastinya apabila bakal pengganti muncul, dia akan ke-pening-an, ke-kabur-an (blur) menyambung kerja seseorang. (kamu boleh imagine ke tak situasi macam ini ha??)
Pendek kata aksi "ghaib" menyusahkan orang. Jika kita buat secara sopan, pastinya kerja-kerja dapat diagih dan diambil-alih pengganti dengan teratur. Betol?
Jadi renung-renungkan lah sikap kamu apabila kamu mahu terjun ke dunia pekerjaan. Bekerja bukan sahaja membawa makna sekadar duit, tetapi juga tanggungjawap dan kepuasan.
OK, habis dah cakap. Penyeri muka surat, saya tempek gambar yang tak berpatutan tapi boleh la kamu hadap kan. Hahahahah
Style koboi je. Maklum lah perempuan berapa kerat jek...saya je perempuan yang sambut Aidilfitri...uhuk!
Juadah-juadah...
Rendang ayam. Macam tahun sudah, di supply oleh En Man (wife masak)
Lemang & kuah kacang..sponsored by En Din...(beli kedai ajo lah).
Buah by Boss (Mr Lee)
Pulut kuning dan juga kuah kacang lagi. Sponsored by En Dzul (wife buat). En Dzul juga bawa nasi impit...(mana lengkap tiada nasi impit kan?)
Karipap beli kedai juga (En Din).
Saya supply kuah lontong sahaja...dan juga sambal bilis..
Dan juga coklat muffin....nasib la ye...mula-mula buat muffin tak senyum...api tak kuat, air tak didih betol la tuh! - Abangah yang jaga periuk kukus
Bakinya...boleh la bawa ke sesi belah petang- Tea Time...
Kebetulan hari itu jatuh hari lahir Mr Freddy...
Rendang ayam. Macam tahun sudah, di supply oleh En Man (wife masak)
Lemang & kuah kacang..sponsored by En Din...(beli kedai ajo lah).
Buah by Boss (Mr Lee)
Pulut kuning dan juga kuah kacang lagi. Sponsored by En Dzul (wife buat). En Dzul juga bawa nasi impit...(mana lengkap tiada nasi impit kan?)
Karipap beli kedai juga (En Din).
Saya supply kuah lontong sahaja...dan juga sambal bilis..
Dan juga coklat muffin....nasib la ye...mula-mula buat muffin tak senyum...api tak kuat, air tak didih betol la tuh! - Abangah yang jaga periuk kukus
Bakinya...boleh la bawa ke sesi belah petang- Tea Time...
Kebetulan hari itu jatuh hari lahir Mr Freddy...
* Ini gambar Raya Aidilfitri 2011 di ofis saya. Kami pot-luck saja. Yang Muslim 2-3 kerat ni bawa lah juadah sikit-sikit. Cukup lah untuk kami-kami ber-12 memenuhi perut dengan muatan makanan. Burp!!
* Kejap lagi kami ada birthday party...
1 comment:
mengapa tidak:)
Post a Comment