Monday, January 17, 2011

Aku Di Sini Aje Ha...

Ini lanjutan dari entry mereka yang pergi sane tuh... Aku cuma ada di kawasan sama. Tidak ke mana-mana pun. Hujung minggu di rumah. Menanti kepulangan cucu-cicit sambil membawa buah tangan dengan pakej ketawa riang tidak terperi kerana gembira bertemu nenek yang cantik. (? Apakah kau cakap nih??). Memang macam orang tua aku. Uhuk!Uhuk! Cucu, boleh cucu teman nenek dekat sini tak?..hehehehe

Jadi? Apa yang saya bikin di hujung minggu yang shahdu nih?

Berikut adalah diarinya. Boleh skip. Sebab memang aktiviti separa ibu + nenek sahaja. Aku ajak mesti kau tak nak joint. Boring!

Sabtu:

1) Membeli barang pesanan mama macam biasa dan menghantar ke lokasi pengambaran. OOpps! Ibu saya bukan director lah! Sebenarnya hantar ke kedai di Kelana Jaya sahaja. Kekekeke.

2) Mencuci hijau kesayangan ku..Oh...Tapi kedai ini cuci tak best lah..ala kadar jek...hmmm..RM10 pulak tuhh...tipah tertipuuu...nehi..nehi...

Hijau dimandi-mandi...

3) Pergi ke rumah saya untuk mengelap dan mengemop atas bawah. So jadi Cinderella. Erm...ada sape-sape jumpe sepatu saye tak? :-P

Ini sandal yang saya beli lebeih kurang 5 tahun dulu. Ya puan-puan. 5 tahun dahulu sewaktu zaman kegilaan apabila virus jualan gudang melanda. Sepasang Rm10-20-30 sape tak gila? Tapi aku tak pakai pun. Tebiat! Sooo bad... * malu*

4) Memotong lalang. Memang berkeringat macam tengah menampi padi ke ape tah. Keringat masin punya! Yanng stok mengalir macam petani betungkus lumus kerjakan tanah tuh. (poyo). Yang kau kerjakan lalang tengah -tengah hari buta apa pasal? Errr....ada mood nak buat tu time tuh kot.. Cina belakang rumah tengah buat kerepek raya dia. Tapi aku tak sempat habis kerja lalang tuh. Sebab aku perasan ada jiran sebelah rumah (seberang lorong) duduk usha-usha. Apa diorang ni, ingat aku bibik ke. Aku bukan pakai bikini cam Fasha ke ape. Aku pakai seluar, baju dan tudung. Terus aku tinggal lalang tekontang kanting. "Esok je la" dalam hati.



Banyak gila kan? Aku tengok pun naik gila sahaja..Oh...aku pening....

5) Menggeledah stor. Jumpa dah stok gambar nostalgia lama. Terus bawa keluar (nak bawak balik rumah parents).

6) Ada TV..tapi aerial takde! Wahhh! Aku kesunyian. Nak bukak PC dengar MP 3 malas. Nak bukak radio HP, charger tak bawa. Kang naya pula HP mati. JAdi duduk diam-diam.

6) Main hantar-hantar SMS. Looser betol. Nak cek saman pun salah SMS aku! Ces! Ingat ni, type SMS "Saman WWW 8888" send to 32728 (DAPAT). Ok, set, tiada saman.

7) Menyanyi sorang-sorang macam langsuir sambil kemas bilik abangah sikit-sikit. Eh? Macam nak pergi karaoke lah...Tapi??

8) Sangat-sangat lah lapar. Tunggu kawan tapi takde pulak. Jadi kene tunjuk kepakaran Ke-Chef-an aku macam selalu. Bajet aksi macam pemenang Master Chef musim keberapa tah!

Teka...apa dia nih? Siap pakai hand wish bagai...

Dah dapat teka ke? Chef masak mesti hebat punya...hahahaha!

x
.
X
.
X
.
X
.
X
.
X
.
X
.
X
.
X
.
.
.
.

Tara!!! Lempeng aje mak mampu buat untuk lapik perut..uhuk!uhuk! Jemput makan nak..jangan malu-malu...

9) Tunggu sampai lepas Maghrib.Nak buat rutin harian. Yang tak pernah miss melainkan aku tiada di dalam negara (eceh!). Apa lagi? Pergi kedai, tolong ibu bapa, jadi mandor lah! Kekekekeke...Lantik diri sendiri jadi back-up masak. Dah....kau tak payah cakap "terer nya dia masak". Hakikat - aku buat simple-simple punya menu aje. Satu lagi tukang masak balik kampung. Itu yang turun dapur tuh...

Ahad:

1) Bangun sangat pagi. Semalan tak boleh tidur. Ada hati mahu pergi Bazarena Stadium Shah Alam. Tapi last-;ast tak pergi. Duduk diam-diam macam arnab dekat rumah. Basuh-basuh baju. Mestilah pakai mesen. Apakah gunanya teknologi kalau bukan aku yang ambil kesempatan ke atas dirinya yang tidak pernah berdosa?! kekekeke!

2) Offer diri sendiri untuk beli ape-ape barang dekat mama. Sebab kebosanan sangat tiada aktiviti. Teman seperjuangan tiada, So pergi lah saya ke pasar PJ nun bersama Ibu.

3) Di kedai, pinjam dapur kejap, masak-masak sikit. Buat bekalan. Terfikir tentang seseorang.

Apakah motif gambar ini? "Please...ambil lah saya masuk rancangan memasak..."...bluekk! baldi ada hujung sane..ok?


OK..bekal sudah siap. Supaya tidak mati kebuluran dan kelaparan macam semalam. Harap sedap. Ahhh...tak sedap pun aku telan lah..jangan cirit sudah...

* Apakah nama makanan ini?
* Rendang?
* Oh...tetzzz..salah!
* So?
* Padpik - makanan Thai (Ni lah akibat bergaul dengan tukang masak Thai...kehkehkeh)

p/s: Info- dia macam rendang, tapi takde santan, then letak kacang panjang..hehehehe


4) Terus ke rumah saya. Singgah beli aerial kejap. Boleh adjust TV tuh.

5) Ingat nak sambung kerjakan lalang belakang rumah yang terbengkalai. Tapi tiada mood untuk itu. Layan feeling kejap. Terus bukak dapur. Bajet nak try "Butter Prawn". Tapi bila buat nampak macam tak mencapai piawaian imaginasi aku plak. Sorry to say...tak nak tunjuk pada kamu. * kecewa * sebab tak pandai.

6) Duduk tengok TV sambil tegolek-golek...Tak tahu apa yang ditengok kan tah. Tapi yang saya ingat dalam pukul 6 lebih saya tengok "Just For Laugh ----- yes...laughter is the best medicine.

7) Mop-mop dapur, sebab dah main kecah-kecah tadi. Habis lantai bertapak-tapak bunga selipar.

8) Bungkus segala sampah masyarakat.


OK lalang...tolong jangan tumbuh laju-laju lagi...mati terus pun takpe...i like..

9) Tunggu maghrib. Mandi. Main lalang kan...then terus Bertolak terus ke Kelana Jaya. Walau aku sikit masa macam mana pun, aku kena jejak juga kaki ke sana. Then sebab satu lagi tukang masak tak de, maka dengan itu, aku pun melantik diri jadi Master Chef! Yeahhh! Huhuhuhu...


Bosan kan?


Nah...penangan lalang. Tuh la kau..orang suruh la orang laki buat. Ni yang kau bajet terer macam Pak Mat kenapa? Kan dah gatal-gatal. Huhuhuhuhu...

* Yo lah...aku cari lah "Pak Mat" sorang untuk aku ye...hmmm


No comments: