Monday, January 24, 2011

Piala-piala Kemenangan Suatu Masa Dahulu..Eceh!


* Ini kisah minggu sudah...lupa nak published...tengok-tengok sangkut dalam draft...ceit!


Alhamdulillah...terima kasih..terima kasih semua sebab mengundi saya. Tanpa anda semua siapa lah saya. Saya akan lebih berusaha lagi di masa akan datang. Peminat-peminat semua begitu bermakna buat saya dalam meniti arena seni antarabangsa ini...Kemenangan saya adalah kemenangan kamu juga..

Eceh! Ucapan tak boleh blah. Klise punya ayat kalau orang menang anugerah...hahaha!

OK! Taknak cerita banyak-banyak. Ni kejadian selongkar stor hari minggu tuh. Terjumpalah benda-benda ini...berbungkus dalam plastik macam barangan untuk dibuang ke tong sampah. Kesian..

Sudah la usaha gigih, perit jerih dan segala macam aksi menjadi galang ganti. Akhirnya diperlakukan cam ni. Tak aci betul bila dilayan sebegini rupa.Kan piala?

Tak sangka ada piala-piala kemenangan walau piala masuk air dalam botol sekalipun...Ia tetap dipanggil piala juga.

Mari kita lihat sepintas lalu apa piala yang ada. Nak? Jommmmmmm.

Oh! lupa nak minta maaf awal-awal. Kualiti photo amatlah tak memberangsangkan walau di capture menggunakan camera phone yang bermegapixel 2.0. Gejala ini dipercayai berpunca keadaan telefon bimbit yang semakin hari semakin kurang siuman. Ini juga menunjukkan langkah sewajarnya perlu diambil dengan segera. Sila bertindak!

Ah..crap!

Kau layan aje lah photo ni..kalau aku mengarut sampai sudah photo tak tempek!


Ini piala-piala yang dimenangi oleh Abangah sewaktu di sekolah rendah...eh..saya tak tahu pula dia ada banyak piala.

Antara acara yang dimenangi:

1) Lari berganti-ganti Lelaki berkumpulan (50m)
2) Membawa masuk bola dalam guni berkumpulan (lelaki)
3) Lari berliku-liku berkumpulan (lelaki)
4) Memancing botol
5) Tak dapat dipastikan - aku lupa, zoom blur pulak nak baca

* dipercayai dimenangi waktu sekolah rendah, tahap 1. Hahahaha..comel-comel pulak pertandingan macam ini..huhuhu

Ini piala-piala yang dimenangi oleh Abah sewaktu berkhidmat

Antara acara yang dimenangi:

1) Johan Hoki
2) Naib Johan Dart Beregu
3) Menang snuker
4) AJK hiburan
5) Jasamu dikenang
6) Tah hape tah lagi..ku lupe

* eh? Abah saya ke ni?Abah saya ke nih?

OK, memang saja letak aku punya last. Malu. Aku jumpa 2 ketul saja. Mana tah pingat-pingat. Agaknya bawah katil atau dalam kotak bebungkus kot

Memenangi piala kerana:

1) Johan Bola Jaring (Perempuan)
2) 400m perempuan -Kelas 2

* Dipercayai dimenangi sewaktu Tingkatan 3

* OK..Tamat. Malu nak tunjuk piala lapuk! Ceh! Ada banyak yang aku jumpe. Nanti kite share. eceh! Kite - kite pulak aku cakap. Tak brutal langsung!

2 comments:

mizzura said...

bawak bola masuk guni pun ada pingat eh...kira sekolah aku kedekutlah tak bg pingat, bg hadiah saguhati jer..haha..weh..pingat teknik takdak ka..? haha..

Azira...Nozie...Kechik said...

huhuhhu...tuh la pasal..
tak sangka sekolah adik aku baik bagi piala kasi seronok budak-budak sikit kan..

Teknik? aku rasa macam takde bayangan pingat langsung. Tak aktif langsung. Sijil juga macam tak berapa nak ada...Sijil Pengakap Darat adalah...hahahah
Malu


Ces!