Thursday, January 27, 2011

Oh...Romantiknya....



Sambungan Dari Prakata

Petikan gazet terdahulu:

Actually aku masih memikirkan tentang ini. Macam mana aku nak klasifikasikan Romantik itu. Oh! Asyik dari tadi-tadi lagi sebut "Romantik". Sabar sajalah aku. Kau boleh kira berapa perkataan itu disebut? Aku belanja..hehehe

OK..aku rasa macam nih:

1) Bersifat humor. Spontan. Sebab? Aku ni memang tak kelakar langsung. Tapi suka benda yang kelakar-kelakar. Aku mungkin boleh cramp muka sebab gelak tak boleh kecutkan otot muka. Mungkin boleh nangis juga (nangis yang mensukacitakan, bukan mendukacitakan okeh?). Tapi humor tak bertempat adalah tidak comel. Please lah..

2) Alert. Orang yang macam boleh "menghidu" apa jadi dekat aku. Boleh teka mood aku (lepas ni mesti ada orang teka aku suka moody cloudy kemenda tah kan? Actually mood aku selalunya macam "pokok tak bergoyang" melainkan angin tiup). Then bila dia "bau"...dia tak boleh buat perangai. Umpama macam kalau dia dah bau aku kentot...dia tolonglah jangan kentot sekali. Sebab akan menambah busukkan lagi. persekitaran kami. Paham ke tuh? Maksudnya...seseorang yang boleh mengawal keadaan. Contoh kalau aku gelabah...dia tolonglah jangan gelabah sama. Nanti serabot! Dia tolong lah bertindak macam pendinding ke dahan pokok untuk aku paut. Bagi rasa selamat. Eceh! Macam monyet pulak aku terpaut-paut sane sini ye? KehkehKeh!. Tolong jadi macam "ubat penenang" kot. Errr.."pil khayal" boleh? Aku ingat taknak lah..sebab khayal ni tak kosentret. Mimpi kuat! :P

3) Mengingati tarikh-tarikh penting. Sebab aku rasa macam boleh nampak dia selalu mengingati sesuatu yang penting buat dirinya sendiri. So...kalau dia boleh ingat tarikh-tarikh contohnya : Hari lahir @ ulangtahun perkahwinan, kita nampak yang dia memang take note macam "Ini penting untuk aku". So nampak lah diri kau tuh penting di list hati dia. Tak kira sesebok mana, seleka mana, se-enjoy mana dia akan tetap ingat. Tapi tak acilah kan dia ingat, tapi kau satu pun tak ingat. Apa nih?? Yinnadeyy?

4) Bertoleransi. Memahami. Caring. Sensitif. Macam lagu "Kanda-Dinda" dendangan Atilia + Monoloque. Sebab apa aku cakap macam nih? Sebab sebenarnya dua-dua kena faham, kena tahu, yang masing-masing ada keinginan dan kehendak. Ada cita-cita, ada tanggungjawap. Jadi macam tidak aci kalau Dia sajaaaaaaaa yang ikot cakap kau...atau kau sajaaaaaaa yang ikot cakap dia. Tolak kewajipan/tanggungjawap yang lain ke tepi.

Sila bincang comel-comel untuk kesejahteraan bersama. Sebab? Biasa kan..mungkin akan timbul pergaduhan yang berciri merepek-merepek tak bertempat. Macam kanak-kanak riang yang nak kena sekeh kepala lepas itu ikat dekat pokok biar kerengga gigit. Padan muka.. Padahal tak berbaloi langsung nak buat macam itu...tak boleh menang piala Thomas pon! Tahu? Piala Suzuki pon tak!

Maksud keinginan/kehendak itu adalah sesuatu yang elok dan tidak salah lah. Kalau keinginan pasangan kau semacam jek macam dia cakap

"Sayang, I tengok awek sana cun lah. I teringin nak mintak facebook address dia. Nanti boleh add dia then hang out dengan dia bila u busy. But don't worry, I cinta u saja...".


Kau lempang jek dia. Mungkin dia termakan pil khayal.

Contoh yang memahami dan sabar macam nih kot:

"Sayang...sorry kita kena keluar lambat sikit. Tadi my mum baru cakap dia ada kenduri. So I kena teman dia. Lagi pun siapa yang nak hantar dia. Mama bukan pandai memandu pun"

So BF cakap

"OK sweetie. No problem. U settle semua dulu. Then later we dating, k? Tanggngungjawap u kena utama dulu. I tunggu, OK?"

Ohhhhhhh..makwe pun jatuh terjelepuk sebab ada jatuh hati dengan pakwe yang sooooooo steady. (tak tahu lah kan BF dalam hati maki marah2 cakap "Nih bengang nih..kata dah janji..sabar..sabar...tak dapat lagi kena la sabar")..hahaha

Hope sangat kena saling memahami. InsyaAllah Success.

Point seterusnya sila Rujuk Entry (klik jek ah!) : Romantik Ialah.. (Bahagian 2)

No comments: