Monday, January 31, 2011

One Day on Saturday Evening...

Sebab tiada apa-apa aktiviti yang memenuhi poket-poket masa...

Tiba-tiba...rakan lama...merangkap geng dari zaman lama dulu...memang member ketat habis lah, since umur 10 tahun kenal. Till now still stick tapi sangat jarang bersua muka. Eceh! Dah mood nostalgia aku ni...

OK FINE.

Ayat konon nak puitis. Tapi dah bertukar macam aku duduk di Katmandhu ke New Delhi ke mana tah!

OK, Hafni ajak aku melepak berama-sama. Dah petang pun masa tu. Adalah dalam pukul 3ptg ke 4 ptg tah. Saja dia ajak keluar. Untuk release tension dan bertukar pandangan. Rasa macam offer dia datang pada masa yang tepat. Kan? So why not? I like! I loveeeeeeeeee to see friends sometimes. Even kalau kau ada teman lelaki si buah hati pengarang jantung pankreas pun, you still need friends. Percayalah. Even U love your BF/Suami pun, u still need AT LEAST a friend. Sebab...sometimes ada benda kau tak boleh nak share dengan pasangan. Betol tak? So kalau kau pendam, mungkin kau sakit jiwa pula...so untuk elak kau dari menghuni Rumah Bahagia..elok kau cari rakan untuk sama-sama gila kejap. Ok kan?

OK..Aku dah merepek dan melencong.

Cadang mula-mula nak ke The Curve. Tapi sana mesti makhluk manusia penuh Ya rabbi. Lagi-lagi orang nak shopping sakan raya cina kan.

Then we thinking to visit Shu di Puncak Alam. Haf pun sampai sekarang belum tengok anak dia. Anak dia nak berjalan dah pun. Aku sendiri masa tengok pun anaknya sudah umur 6 bulan. Imagine? Tapi call dia tak dapat pulak. Rupanya dia demam.

So outing kali ini boleh consider hi-tea. Kami memilih Subang Parade sahaja. Takde nak main PAvillion ke K-Evenue ke ape tah bagai. Lupakan saja semua. Biasa we both bila tensi ke apa, penyelesaian nya makan + perabis duit. Kami berdua sahaja. Geng lain Shu & Zue sudah berkomitmen. So kami yang Jomblo sajalah bawa diri. Eceh!

(Sebab aku tak suka tempat sesak-sesak. Bukan bajet aku Paris Hilton, tapi aku serabut. Nak fikir parking lagi, Nak fikir makan lagi. Nak fikir tengok barang lagi. Tapi Bazarena di Stadium Shah Alam dan segala warehouse sale aku tak kesah bersesak-sesak, boleh? Memang boleh kau lempang aku sekarang! Hahahahah)

Orang lain hi-tea makan light jek..macam sandwich and coffe ke..tapi kami yang muka tembolok macam nak makan gajah ni ambik:


Mula-mula makan ini sama-sama sementara tunggu main course sampai

Haf punya sampai dah. Aku tolong tumpang rasa sekali sementara tunggu aku punya. Lasagna + Speghetti Bolognise

Lama tunggu baru datang fish & chip saya nih...Nice kan? last-last aku tak habis...demi tidak mengikuti amalam Syaitan Nirrojim Durjana, aku tapau bawak balik la...

Then ronda-ronda. Eh...lupa..say thanks to Haf kerana dia bermurah hati dan baik hati membelanja gue. (And suddenly, aku perasan sejak bila Haf minat pink colour?? Ni nama dia dalam hati ada tamann...hahahah)

OK..berbalik cerita ronda. Haf ingat nak beli kasut, usha kasut tapi tiba-tiba bertukar menjadi Handbag! Nice one. Aku? Aku dah kenyang nafsu membeli memang tahap rendah punya. Lagipon otak aku tak fikir nak beli apa pun.

Jenjalan, then balik makan Sundae. On the way hantar Haf, singgah rumah aku dulu.

Lepas itu macam biasa, setiap aktiviti aku mesti di sudahi dengan aktiviti di Kelana Jaya.

OKeh..Habis!

Kalau mood ada, mungkin boleh cerita hal lain..

Thanks again Haf. Ajak aku keluar. Kalau tak mesti jadi tukun aku.


1 comment:

hafni said...

aku pun bakal jadi tukun lau tak lepak ngan ko...hahahahhahaha sesame la kite jadi tukun...