Tuesday, January 4, 2011

Kenapa Loyaliris?


Ok...Entry suka-suka. Ini masa saya break sekejap. Jadi kena type laju-laju dan menaip apa saja yang meluncur keluar dari otak. (eh? dah makan kismis ke ni?)

Macam biasa...bila kita membuat keputusan untuk memberi nama untuk sesuatu, kita macam perlu "aura" yang mendorong kita untuk membuat pilihan nama. Macam kau lah bila ada tahu bakal menjadi ibu/bapa, kamu pasti ada "aura" berkobar-kobar apa nama yang akan diberi buat cahaya mata pengarang jantung pengikat hati kamu itu. Kadang-kadang sampai berjela-jela list kau siapkan.

Tapi ada juga yang sempoi, tunggu anak keluar lepas itu secara automatik kau sebut saja nama itu. Then terus kau buat keputusan pakai nama itu. Ada juga menamakan anak-anak berdasarkan sesuatu sejarah. Mungkin anak kamu terlahir di Langkawi, kau beri nama dia Mahsuri. Atau anak maku lahir hari Merdeka, kau beri nama dia Nur Merdekawati atau mungkin anak kamu itu lahir di bulan hari raya, kamu namakan dia Fitri sempena Aidilfitri.

Atau kau jumpa kucing matanya kuning-biru jadi kau bagi nama Kubis macam dia INI.

OK..skip-skip...tak boleh lama-lama, saya peruntukan 6 menet sahaja ni.

SAya memilih untuk menggunakan Loyaliris ini sejak di zaman saya belajar lagi. Masa itu baru kenal dunia internet. Puas lah bukak email account tapi selalu tak ingat nama dan password sampai satu masa saya mesti fikir sesuatu yang saya boleh ingat yang macam berkait dengan diri saya.

Jadi saya memilih untuk LOYAL (Setia) dan IRIS (salah satu bahagian anatomi di mata kita, saya suka tengok mata actually..tapi bukan suka lawan mata atau main mata...tapi saya rasa kalau mahu lihat keikhlasan seseorang itu, ianya tergambar di matanya. Perasaan seseorang itu juga dapat digambarkan melalui mata seseorang itu...hehehe..kantoi!). Iris ini lah yang menghasilkan warna mata seseorang itu. Tahu? Mata juga merupakan anugerah Allah kepada kita untuk menikmati keindahan isi alam. Ahhh...Damainya rasa...

Anatomy mata...OK..mari kita belajar dan hafal ye adik-adik...
(Image by Googla lah!)


Mak kau cegil mata dekat kau pun kau faham membawa maksud "Warning", bukan?

JADI! sebagai konklusi nya saya pun membuat keputusan untuk menggunakan LOYALIRIS

Sebab itu email saya:

Loyaliris_036@yahoo.com
Loyaliris036@gmail.com

036 itu apa? Itu nombor matrik kad saya sewaktu belajar. (jadi..kiralah berapa lama saya setia dengan email ini?)


Nah...amik kau, kening serabai lagi serabut!

Thanks..

No comments: