Monday, May 2, 2011

Cakap Salah Nada, Orang Belanja?

Hahahaha!

Alkisahnya...hari tuh..erm..Ahad. Kak Long berniat nak belanja pekerja makan sikit-sikit. Takde la apa sangat. Saja-saja belanja suka-suka bagi mereka seronok sikit.

Pastuh mula-mula cadangnya nak beli KFC, lepas tuh ada pulak pekerja yang tekak memang hidup-mati tekak Indon taste, KFC tak pandai makan. Hmmm...lepas tuh ingat nak beli Mc D Burger, pun ada yang tak pandai nak makan.

Last-last...apa je Kak Long beli?

Jeng jeng jengg!! Kak Long beli sate. Haaa...amik kau...nak bagi semua boleh makan. Mudah.

Plan nak beli dekat depan rumah, tapi lupa pulak. Hari Ahad tak buka. Aisehh! Baru terbayang-bayang ke-best-an dia. Terus kepala ingatnak try kedai WAFA yang dekat pasar tani tuh. Tiba-tiba melintas Subang Perdana. Baru otak berfungsi betul sikit. Apasal tak usha Subang Perdana jek? Ceh! Brilliant..brilliant...tak payah aku terpusing-pusing sana sini. Hahahah!

Ronda la ke Subang Perdana. Alang-alang terus boleh gerak ke Kelana Jaya pujaan hati ibu-bapa. Ewwaahh (?)

Jumpa!

Terus datang kedai tuh order-order.

"Bang, bagi sate ayam ..erm...50cucuk ye. Nanti saya datang ambil"

Bro tuh:- "OK!"

Malam tuh hujan lebat. Tapi dah reda. sikit. Agak renyai-renyai. Kak Long mana la suka sangat nak pakai payung-payung bagai ni. Redah je la.

Lepas order yang sate 50batang tuh, usha-usha tepi jalan sana. Nampak ada asap-asap.

Gua syak tuh tempat jual Chicken Wing! Pekena sedap gak beli untuk pekerja nih. Tapi rupanya syakwasangka ku salah lah wehh! Tuh pun jual sate. Aiseh..memandangkan sudah sampai ke tempat kejadian. Saya pun beli la juga...boleh try compare mana best. Boleh beli lain kali. Kan?

"Bang..sate ayam berapa sebarang bang?" dengan muka curious habis!

"50sen jek dik"

"Apa? 50sen? Erm...OK...bagi 10batang je la bang" -- Sambil belek-belek wallet

Time tuh ade seorang encik pun order sate sebelum Kak Long. Time dia nak bayar

"Bang, berapa semua bang? Kira untuk adik ni sekali ye"

Kak Long terkesima! Eceh! Siap terkesima bagai. Sebenar nya tak terkesima ke apa. Dalam kepala "Apahal pulak encik nih nak bayar?"

Nak tunjuk budi bahasa bukak ah wallet hijau tuh nak bayar balik kat Encik tuh. Segan lah den. Mana boleh belanja saya wehh! Dia terus cakap :

"Takpe, saya belanja".

Kak Long takkan nak buat perangai keras-keras nak tolak walau hati taknak kan? Berat hati cakap jugak

"Terima Kasih la ye Encik"

Encik tuh balas

"Tak ape. Saya belanja" sambil senyum. Kak Long buat sumbing jek.


Sambil dalam kepala duduk fikir apa-apa kemungkinan yang mendorong beliau membelanja Kak Long yang baik hati nih (eh..saja puji perasan diri)

1) Apa aku nampak macam budak-budak ke? Innocent ke?
2) Apa nampak aku macam tak ada duit kah? Tak cukup duitkah?
3) Apa Encik ni duit terlebih ke? Kalau nak belanja, kenapa tak belanja dengan orang yang order selepas aku?
4) Apa aku cun sangat ke pakai baju macam nak pergi annual dinner? Mana da. Seluar jeans dengan baju labuh lutut. Selipar jamban jek...haihh! Muskel!

OK, senang, bersangka baik lah ye. Kamu jangan nak buat gossip Encik tuh nak berkenalan ke nak mengorat. Sebab dalam kereta Citra dia ada budak-budak OK. Entah-entah sebelah ada perempuan merangkap isteri. Naik MPV Citra- Kan berciri lelaki berkeluarga tuh?. Makna kata lain, Encik itu sedang baik hati dan bermurah hati untuk bersedekah. Bukan kah tangan yang memberi lagi mulia dari tangan yang menerima. Hanya Allah dapat balasnya. Hari ini dia bagi banyak ini saja, mana tahu lain kali berbalas berkali ganda, ye tak?


Nak tahu apa sebenarnya?

1) Yang ayat "
Apa? 50sen? Erm...OK...bagi 10batang je la bang". Aku syak aku dah salah nada time tuh. Sebenarnya nada aku macam terkejut sikit. Aku terkejut bukan sebab sate tuh mahal Tapi sebab murah dari kedai yang 50batang aku beli tuh. So, salah saya kah? Mungkin sebab itu Encik tuh belanja Kak Long.

2) Yang Kak Long belek-belek wallet tuh, bukan sebab tak ada duit. Tapi cari duit kecik. RM5 jek. Sebab suspect dalam wallet ada duit RM50 sekeping-sekeping jek. So, Kak Long syak Encik tuh ingat Kak Long tak cukup duit lah. Huuhuhu...Dia tak tahu, Kak Long sebenarnya dah order dekat kedai sate 50batang yang depan sana tuh. So, salahkah aku?

Anyway, KaK Long still nak ucap jutaan terima kasih dekat Encik Kereta Citra Biru bernombor pendaftaran WQ_ 6434 tuh sebab bermurah hati belanja saya. Heheheheh

Tuh jek.

So tak tahu apa moral cerita ni. Mungkin:-

1) Jangan cakap salah nada. Nanti orang salah faham. Kalau tak nasib baik, orang tersalah fikir atau kecil hati. Atau kalau ternasib baik (alhamdulillah) macam saya, tak pasal-pasal orang belanja. Hehehehe


Ini lah sebahagian sate-satenya...lain kali kita pekena lain pulak...

4 comments:

mizzura said...

wahaha..rezeki tuh...10 batang boleh arr dia belanja..kalo lebih dia buat donno jer kot...huhuhu..

|Tak sempat.. |

aina said...

nasib awk baikla nozie.... org memberi, kita merasa ajerla.. hehehhehehe

M.A.M.A said...

bestnye klu ari2 mcm ni...aku pon igt nk wat2 terkejut la klu beli sate nnti.hahahaha

Azira...Nozie...Kechik said...

Zura: Ha ahh...mungkin kalau tahu kena mintak 30 batang...tapi terburai perot nak menghabsikan kang...dah rezeki takat 10 batang..cukup le...

Aina: Alhamdulillah...rezeki waktu hujan

Sue: Hahahha..Sue..jangan kata sate...mungkin boleh cuba yang lain juge..hahah