Thursday, July 7, 2011

Dedikasi: Buat Adik-adik I.T.U

Assalamualaikum...

Ehem! (bajet suara boleh merdu kalau ehem-ehem..ptuihhh!)

Buat adik-adik cantik manis gagah perkasa lagi baik hati. Ingat lagi tak kakak delivery yang selau sampai sebelum pukul 11malam ke tempat kamu untuk menghantar pesanan makanan dan minuman sebab kamu memiliki perut yang berbunyi macam "lapar....lapar...lapar" di waktu malam?


Kamu yang sudi menunggu kemunculan akak? Ingat kah? Ingat kah? Tak apa kalau tak ingat. Itu tak penting. Yang penting kamu kenyang, sudah...hahahaha!

Atau pun kamu tak akan ingat sebab kamu tak pernah terlibat dalam arena meng-order-order makanan dengan cara menelefon atau meng-SMS Kak amy atau Cik Nah.

OK, itu lah antara salah satu gelagat customer kedai parents saya. Macam-macam gaya ada.

Di kesempatan ini saya mahu dedikasikan penghargaan saya buat adik-adik yang menuntut di Institut Teknologi Utama (I.T.U) Felda - Sebuah program under Yayasan Felda. Untuk lebih lanjut boleh la cuba jengah sini untuk berkenalan dengan awek cun-cun dan balak kacak-kacak jambu. OK...Aku tipu...mana ade gambar..dia ada informasi jek... :-P. Kau ingat ni lama nfriendster ke My Space banyak gambar gorgeous-gorgeous??

OK..mana dedikasi akak nak cakap tadi nih?

Dah macam jadi jurucakap FELDA pula tiba-tiba.

Adik-adik I.T.U ini rajin mengorder makanan dekat kedai parents saya. Faham-faham saja lah, bila duduk asrama, ada limit mereka boleh keluar ke tak kan. Maka dengan sikap yang agak memahami (sebab saya duduk asrama)...maka ku faham lah perasaan apabila perasaan lapar menyelubungi diri. Macam kalau tengok bantal pun macam rasa nak telan! Hahaha

Nanti kalau keluar lebih masa, akan didenda keliling bangunan 10 round pula. Tak ke lepas lari rasa macam nak minum air paling best paling nikmat dalam dunia? Kalau boleh nak setangki penuh! (apa merepak nih?)

Nak tahu tak. Adik-adik ini saya boleh kategorikan sebagai makhluk tuhan yang paling seksi. OK. Bukan. Makhluk penyabar. Penyabar itu comel tahu? Tapi ada juga yang kurang sabar atau tak sabar langsung - Yang itu akak tak boleh nak tolong lah adik. Sebab kamu kena faham juga, dekat kedai malam-malam keadaan RESTORAN ANIKA SELERA itu macam tak menang tangan nak layan juga apabila customer yang kunjung dan list order kamu-kamu datang waktu serentak. Mana nak layan customer depan mata, yang call order nanti nak ambil sendiri dan sebagainya. Cuma kes kamu saja akak sudi buat delivery, sebab kes terpencil. Kalau customer lain, tak kuasa akak nak menghantar sebab mereka boleh ambil sendiri.. (boleh imagine tak?).

Sebab itu lah saya selalu sarankan adik-adik dekat batch lepas sama ada:

1) Order secara berjemaah yang muafakat bawa berkat, kira ajak geng-geng lain muafakat order waktu serentak supaya saya boleh delivery kesemuanya waktu yang sama. Sebab akak pasti akak tak kan ada masa untuk delivery berpusing-pusing banyak kali semata hantar sebungkus, dua bungkus order sahaja. (boleh imagine? tak...kalau kamu belajar business, kamu mesti tahu apa itu untung, apa itu rugi). Jadi macam agak kasihan lah juga sesiapa yang order awal (contoh 2-3 bungkus) kena lah tunggu lama sebab akak kumpul semua order sehingga titisan terakhir. Eceh! (Imagine kalau order since pukul 7p.m, tapi hanya boleh dapat makanan mereka jam 10p.m. Kasihan kan? Sebab itu digalakkan order ramai-ramai terus, terus boleh dapat serentak, kalau tak kena la tunggu hingga ke point terakhir). So macam mana saya tak puji adik-adik ini sangat penyabar? (walau akak tau, dalam hati ke, dekat katil duduk mengomel "apa ke lembabp benar ni? hantar makanan pun lambat!). Kamu kena faham situasi juga, Ok? :-)

2) Jika boleh dan rajin, dicadangkan adik-adik keluar awal untuk menapau sendiri di kedai. Boleh call and order siap-siap, then collect sendiri. Kami sedia! Ewwahh! Peta macam dalam SINI

3) Bersabar menunggu makanan kamu sebab kalau kamu order 1-1, sikit-sikit, maka kena lah tunggu group-group lain order. Imagine, pukul 8pm order, kang pukul 815 ada order lagi...lepas tuh baru nak angkat order masuk kereta, telefon bunyi lagi nak order lagi. Lepas dah siap semua, ada pula lagi 1-2 tertinggal nak masuk tumpang order. Hahahah! Jadi..macam mana nak bergerak ke tempat kamu cepat-cepat? Belum lagi melayan gelagat customer di kedai. Gitu la kisahnya... Sebab itu akak hantar lump sum semua sekali dekat kamu.

4) Untuk makluman, ah kak ni dik non bekerja di tempat lain sebenarnya. Habis waktu kerja baru lah akak terusssssssss ke restoran tolong Mama akak. Dia mesti penat, siang di kedai, malam takkan nak berjaga lagi. So akak suruh dia rehat. Jadi itu antara sebab kenapa tak boleh delivery awal-awal. Lagipun dekat kedai ni kereta tak ada. Pak cik kamu cuma tahu memandu motor saja. Sebab itu juga lah, Akak dah buat limit untuk sesiapa yang meng-order, sila order sebelum jam 10malam. Lepas itu tutup order. Sebab jam 10malam? supaya kami boleh menyediakan tempahan dan hantar sebelum jam 11malam (gate tutup pak guard/warden tak bagi masuk, berapa kali dah Akak kena warning ngan depa...erkkk??). Lagipun jam 11malam akak dah balik ke rumah dan rehat untuk memulakan kerja akak di lokasi lain pada esok hari. Jadi harap maklum eh...

Adik-adik I.T.U memang patut dipuji. Sebab sikap sabar mereka. Kalau salah order atau order tak ada, mereka pon kontek akak comal-comel sebab perut lapar gila. Jadi kami pun sama-sama memohon kemaafan antara satu sama lain seperti hari raya. Tentulah di dalam berniaga, kita mahu yang terbaik buat pelanggan. Siapalah kami yang berniaga kalau tiada pelanggan, iya tak? Kami pun pelanggan juga. Kami buat yang terbaik yang kami mampu lah.

Adik-adik I.T.U juga peramah tahu? Hahaha. Boleh berborak-borak sementara tunggu group-gruop lain yang lambat collect order.

Terharu gila tau. Time last day mereka dah habis kursus, dah exam, mereka siap SMS cakap cam ni.

"Akak, saya nak order ni. Hari ni last kami order. Kami nak order best-best"

And then time delivery, lepas bagi makanan minuman segala, mereka siap say good bye siap salam Ah Kak yang tua ini lagi tau sebagai tanda perpisahan. Uhuk! Siap cakap minta maaf sepanjang order yang kadang-kadang "berciri khas" mereka. Saya pun tentu kena mohon maaf sebab membiarkan adik-adik kelaparan macam Godzilla. :-(

Berciri khas itu apa? Contoh:

Ada order nasi goreng kampung dalam list, tapi macam-macam karenah nasi goreng yang diminta:

1) Nagi goreng kampung tak nak ayam, nak dageng/seafood
2) Nasi goreng nak pedas/ tak pedas
3) Nasi goreng kampung nak sayur/ sayur lebih
4) Nasi goreng nak pedas gila-gila nangis, nasi nak banyak
5) Nasi goreng kampung tak nak belacan
6) Nasi gorenag kampung belacan lebih
7) Nasi goreng kampung, tapi taknak ikan bilis.
8) Telur mata - nak cair/ nak garing.

Macam-macam versi la pendek kata...hahahah..aduhai! Habis dah cerita "ciri khas".

Yang buat funny dan terharu sikit kan...Beberapa hari lepas they all dah last day kan, tiba-tiba boleh dapat mesej macam ini dari mereka

"Akak...nak order kak?"

Akak kamu yang lurus sikit lagi macam bendul ni boleh blur, terus tanya

"Eh? Nak order ? Bukan dah habis sekolah ke?"

Pastuh replied.

"Hahahaha..orang main-main aje la kak. Rindu nak order. Erm..Mak orang cakap badan orang dah berisi sejak balik kampung ni. Orang senyum jek"

Baiklah...akak tau dah kenapa. Sebab habit makan malam lepas itu order Neslo ais kow punya. Hahaha..apa nak buat? Naluri remaja yang duduk galak nak membesar. Tambah duduk ramai-ramai, sure selera nak mengunyah besar sebab kawan-kawan best banyak! Kan?

OK, nampak nya puan-puan dan tuan-tuan, kita sudah sampai ke akhir rancangan."Ku order, kau hantar". Untuk tak buang masa lagi, untuk adik-adik dari batch seterusnya kot membaca ini entry, boleh lah order dengan Cik Nah lagi.

Terima kasih sebab sudi mengorder dengan cik nah.

Jangan malau-malu nak tahu tentang KEDAI CIK NAH.

Untuk kamu-kamu yang sudah habis belajar, selamat menempuhi alam pekerjaan. Semoga pekerjaan kamu adalah baik dan elok. Untuk yang sambung belajar, belajar sungguh-sunguh ya. If ada masa, datang lah kedai ini. Kot kamu nak hantar mak pak pergi Tabung Haji naik bus untuk ke KLIA sebab nak pergi haji ke...boleh le mai...


Asrama Semai Bakti yang didiami oleh student I.T.U...


Adios.

* Selain itu pak guard juga warden adalah baik hati juga. Sebab bagi saya masuk sampai dalam. Tak ada bagi saya melangut tepi gate tunggu budak-budak collect order

* Warden juga baik hati sebab kadang-kadang bila dia mari makan kedai, dia bawa sekali list budak-budak nak order apa kemudian terus hantar ke budak-budak yang kelaparan di hostel

1 comment:

eLham Hardy said...

Alahai,.. terharu baca post nih. Teringat zaman study dulu. Lebih kurang cmnilah jugak. Just imagine time raya aidiladha, ramai student hostel x balik. Gerai depan hostel tutup. Budak2 yg lapo siap jerit2 panggil tukang masak/ owner gerai yg dok just opposite hostel mintak bukak gerai sebab lapo. Satu gerai pun xde yg bukak time tuh. hehehehe... kenangan.