Tuesday, December 21, 2010

Angkat Songkok, Jambul Merah



Satu kisah... Pernah tak kamu didekati budak-budak kecil yang masih bersekolah meminta sumbangan kewangan (sedekah), kononnya untuk membina asrama, kelas dan sebagainya?

Kadang-kadang membawa tisu...atau kismis untuk dijual? Pernah?

Alkisah nya. Lately ini, ada ramai budak-budak mari ke kedai parents aku. Memakai baju kemas, bersongkok. Alhamdulillah...sejuk hati ibu.

Lepas makan akan ke lokasi tertentu, contohnya di pintu bank tempat ATM terletak dan lokasi strategik yang lain. Mereka akan berlegar-legar dan meminta sumbangan.

Semalam malam, ada dua orang budak mari ke kedai untuk makan. Mereka tidak lah meminta sumbangan. Tapi mahu mengisi perot sahaja.

Then salah seorang mahu ke tandas. Kebetulan aku memang lalu lalang dekat bahagian kitchen. Dia bukak songkok dia.

Aik? Hang ada jambul kuning-kuning merah lah...

Bukan dewasa..tapi hanyalah kanak-kanak yang masih bersekolah. Mungkin juga umurnya awal sekolah menengah.

Hmm...

Saya tahu saya tiada hak untuk berkata apa-apa. Tapi macam kepelikan dan kemusykilan melanda. Apa betulkah sumbangan yang diminta benar-benar untuk sekolah?


Burung Namdur Si Jambul Merah - Amacam?Boleh lawan jambul i tak??

RedcapOranda- Glamer nama kau ikan...macam nama Fasha Sandha jek...huhuhu

*Photos ikhlas by "Google"

No comments: