Friday, December 3, 2010

Tahniah! Anda Menang 100....jeng jeng..jeng


Post dari saya...Yeayy!

Uhuk! Kena pelangkung tak pasal-pasal. Ingat mahu bagi 100 hadiah ke, 100 ribu ringgit ke...100 hajat tercapai ke ape...ceit!

Anyway, terima kasih daun keladi sudi membaca. Lain kali boleh buat lagi!

Hep! kau kejap lagi ada orang sekeh sekali pelangkung lepas itu baut-balut kau ikat dekat pokok ada kerengga baru kau tau! MAhu ke?

Eh?Nanti I boleh ramping macam kerengga itu tak? Kalau boleh, i sudi..i rela...auuuwwww!

OK FINE!

Aku tak mahu cerita pasal kerengga ulam raja kau. Sekarang aku nak buat tazkirah. Eceh! Bajet ustazah ke apa ini?

Bukan lah...tadi kan..lunch hour kan saya pergi Kelana Jaya.

Then ada ceramah dalam Radio Suria.FM pujaan hati pengarang jantung dubidu I...

Ustaz itu cakap...

"Sebaik-baik pekerjaaan, adalah kerja yang dilakukan dengan tangan sendiri"

Saya setuju itu. Ustaz itu cakap lagi, kita juga haruslah jujur dan ikhlas dalam mengerjakan sesuatu. Sebab apa? itu lah rezeki kita, itu la rezeki yang diguna untuk meneruskan hidup, menanggung keluarga dan sebagainya. Menjadi darah dan daging.

SO!

Saya pun angguk-angguk untuk diri sendiri tanda SETUJU dengan ustaz tersebut. Walau dia tak nampak, tak mengapa.

Saya sematkan dalam hati, sekarang mahu sematkan kamu juga. Jangan SMART jek...tapi kerja tak jujur dan ikhlas. Allah marah tau! Tau tak kerja itu pahala? Janji jangan lah kau pergi membuat perkara yang dilarang agama. As long as kau kerja...tidak kira lah apa, ada ganjaran buat kamu. Ingat tuh!...

Ada faham Incek?

No comments: