Monday, December 20, 2010

Hallamak! Baju dia Koyak Kat Ketiak...Macam Mana Nak Cakap?


Salam...hohohohoho Salam biru-biru dari ku buat kamu...kamu warna apa hari ini? Hep! Bukan spender kau lah..tapi mood kamu lah! Blues ke?

Ehem...tiba-tiba saya mahu memesong kan kamu yang membaca Dulu, time zaman tidak berapa mahu berilmu...ada main teka teki dengan kawan... Kawan dekat sekolah belom berapa mahu matang bagi soalan teka teki yang berbunyi:

"OK...teka..spender aku hari ini apa color?"

Tet! Masa iklan tamat!


OK...habis cerita dah...mahu ajak kau terpesong kurang 1/3 cerita sahaja... :-P

Sekarang saya bawa kamu kembali ke pangkal jalan. Tapi tidak tahu pangkal yang mana satu. Saya juga tidak tahu ada berapa banyak pangkal dalam cerita ini. Tak mahu kira. Kau mahu kirakan?

* geleng-geleng*

OK, good. Jom sambung cerita.

Hari itu, saya pergi kenduri kahwen anak kawan Abah saya punya (apa pasal macam complicated saja bunyi?). Memang boleh kawan dengan Muthu kau ini. Tapi tak apa lah. Kita kan 1 Malaysia? Heheheehe...

Majlis sangat lah sempurna saya kira. Sebab makan best. Ade dory dalam menu. Buffet pula. So ambil banyak sikit sebab bukan selalu boleh jumpa dlm majlis kahwin yang menyediakan standard menu. Kek coklat moist juga ada. Walla.

Dory...dory...

OK..beres cerita dalam dewan. Luar dewan ada pula cendol, ais krim, buah-buahan dan kuih muih melayu. dan bubur dan teh tarik. Dan tidak lupa, ada Char Kuew Teow! eh! Sukanya saya. Walau hanya jadi peneman ibu bapa merangkap supir tidak kenal siapa-siapa, tapi aku zass sajalah. Tunggu abah pung pang pung pang dengan rakan-rakan yang dikenal sejak zaman ex-AFATS (abah intake 4 woh!) ...puluhan tahun purbakala dahulu. Aku biarkan aja lah. Mesti dia excited jumpa kawan-kawan macam aku excited jumpa kawan-kawan time reunion. Padahal CONFIRM gebang-gebang hal sama. Kenangan lama. Lepas itu gelak-gelak. Puluhan kali ulang cerita sama pun tak mengapa. Termain-main depan kepala dahi masing-masing duduk mengimbau kenangan. Memang Syiok!

OK! again..aku sudah sasarkan perhatian kamu semua ke cerita tanpa dirancang.

Aku mahu cerita baju koyak. Koya! Koyak!

OK...Focus sekarang...Macam biasa, kalau focus aku kene kerutkan muka. Kalau tidak akan terbengkalai ke lain cerita.

OK...masa biarkan Abah dan rakan-rakan berseronok pung pang pung pang gebang...aku dengan Angah duduk mengadap bubur, char kuew teow dan segala macam yang ada lah. Memang duduk mengunyah aje. Lepas itu syiok-syiok makan...Abangah tiba-tiba...

"Alamakkkkk"

Aku sedap mengunyah makan char kuey teow. Ingatkan dia ternampak awek cun cantek ke apa...

"Apa pasal kau ngah?"

Abangah cakap

"Aduhhh...akak belakang kita ni baju dia koyak la kat ketiak. Macam mana nih?"

Aku pon pusing membuat 'imbasan' keseriusan tahap kekokayakan tersebut. Adeh! Parah juga..besar. juga. Erm...macam mana ni? nak bagi tau? Akak tuh duduk jauh dari kami. SEdang syiok makan sambil berborak pula tuh!

Aiseh...ketiak koyak...seksi ke?huhuhu

Nak kena cakap macam iklan "Your zippperrr" ke? Duduk fikir-fikir. Kang tak cakap malu dia, kang cakap malu dia...
Sedang duduk main kira-kira dengan Ngah macam mana mahu bagitahu akak itu, Last-last tengok dia sudah blah bangun berlalu. Harap dia ke toilet ke lalu tersedar atau apa-apa sajalah. Malu weh ! ini majlis ramai-ramai. Bukan duduk di dalam bilik seorang diri.

Kalau duduk seorang diri, baju pakai terbalik pun tak ape...kan? Hebat-hebat kucing kau tengok aje. Kau masih cute dipandangan mata kucing mu...huhuhu

Sudahnya, tiada siapa antara kami yang jadi Hero penyelamat...

Mengikut pemerhatian aku lah:

1) Akak itu pakai baju ketat! Untuk kamu-kamu, yang kalau ada baju jenis ini, make sure kau pakai baju ini, badan kau bukan dalam proses pengembangan lemak. Dengan erti kata lain, Kalau berat badan kau naik, jangan pandai-pandai pakai. Kau memaksa baju yang sendat ketat itu mengembang bersama-sama badan kau.

2) Material baju itu sendiri. Kau tau kan trend sekarang, baju kain jarang-jarang itu? Bahaya tau! Kau tak boleh kuak-kuak tangan kau ke punggung kau seluas-luas. Kena main cover-cover. Sebab kain itu sendiri tidak tahann...

3) Seharusnya rakan-rakan di sekeliling nya perasan akan kekoyakan tersebut. Adakah mereka malu untuk menegur? Atau memang tidak perasan?

Tapi yang apsti, point nombor 1 adalah penyumbang kejadian...

Ok..habis cerita..

Kalau kau? kau buat apa?

No comments: