Tuesday, December 14, 2010

Memiliki Hartanah Suatu Kenikmatan...JIKA


JIKA Dimiliki pada waktu yang betul dan tepat dengan nilai yang berbaloi-baloi macam Celcom X-pax (tibe-tibe).


Betul saya cakap, kamu mungkin tidak rugi malah tidak salah jika berasa bangga dengan pencapaian diri. Umpama kanak-kanak, dia rasa sedih bila melihat rakan-rakan sudah pandai membaca, tapi dia terkial-kial terkebil-kebil lambat. Bila main eja-eja, dia paling lambat, kemudian kena ejek dengan rakan-rakan "booooooooo...lambattt...buekkkk!!" Tapi, bila dia sudah pandai membaca, dia mesti rasa bangga dia sudah pandai membaca. Jadi dia pun boleh lah main Saidina ke SAHIBA ke apa tah sebab tak boleh kena tipu. senang-senang dengan rakan (apa kaitan nya nih?)

Sebenarnya macam takde kaitan macam selalu-selalu. Tapi suka main petik-petik situasi je konon-konon bajet perumpamaan lah.

Tapi betul lah. Saya suka lah tengok hartanah ini. Walau bukan ada wang banyak, tapi melihat-melihat sambil memncuci mata sehingga bersih membuatkan saya perlu set di kepala untuk bekerja tekun. Perlu set di kepala apa target yang mahu dicapai. Tidak kira lah hartanah bentuk apa. Rumah ke...tanah pertanian ke..lot pejabat ke...mesti selalu berangan kuat

"kan best kalau ada duet sekarang ni..."

atau tengok mane-mane jualan yang nampak macam berbaloi mesti cakap dalam hati

"Ruginya tak beli".

Tapi haruslah sedar kemampuan diri. -__-.

Aduh...agak-agak bila boleh macam banyak duit tidak tahu mahu buat apa eh? Selalu jika lalu depan rumah besar-besar (Contoh area Kelana Jaya)..mesti fikir

"Eh..orang ini kerja apa ya sampai boleh buat rumah untuk duduk 30 orang tapi hakikat sebenanr ahli keluarga 5 orang sahaja. Tapi ada hampir 10 orang gaji?"

Kalau ada antara kamu fikir..

"Alah...kau senang lah...kau kaya, kau ada duit, boleh lah kau cakap pasal beli rumah. Aku ni jual burger je..mana mampu beli"

Weh! kau jangan lah cakap macam itu. Itu diri dia. Patut kau pun simpan azam macam itu juga. Kau tahu kemampuan kau kan? Jangan lah bajet tiba-tiba mahu beli Istana Birmingham ke ape tah...agak-agak lah. Cita-cita besar dan tinggi itu bagus. Tapi biar lah rasional sikit.

Mungkin juga, antara kamu fikir "Ahh..nanti-nanti lah fikir. Bila mahu kahwin baru beli"

Hakikat time itu kau batang hidung pasangan hidup pon kau tak jumpa. Padahal wang dalam poket kau kiri kanan depan belakang berkepok-kepok tak tahu buat apa. Kau pergi joli-joli. Sayang juga kan?

Tentu kau masih boleh berjoli-joli. Why not kau beli sahaja jika kau mampu?

Saya bukannya apa, cita-cita untuk berkongsi dengan pasangan hidup untuk memiliki dan mencapai impian murni itu bagus. Tidak salah kalau mahu kongsi, tapi apa salahnya jika kamu belum sampai "seruan" itu, kamu saja yang go on beli untuk diri? Perlu ingat, value hartanah ini akan makin meningkat dan meningkat jika properties memang hot spot/ wanted. Jangan hairan kalau kau tengok rumah macam rumah hantu..t. tak terjaga...api value dia jual "WOW".

"Alah..takmau duduk sana lah"

OK..kau sewa. Kau dapat wang. Wang pasif. Kau tak payah buat apa-apa, tengok dalam account ada duit lebih. Kau cuma perlu monitor saja untuk kesejahteraan sarwajagat.

Atau...tunggu masa yang terbaik, kau jual dengan pulangan berlipat kali ganda? Untung kan?

Sebenarnya, tidak kira rumah yang kau beli kecil atau besar, jika kau memilikinya, kau mesti rasa sangat berbangga. Walau orang cakap "Eleh...rumah kecik jek, itu pon nak bangga".

Kau abaikan aje lah. "Hey! ini duit aku usaha ok, kau ada bagi ke?". Orang itu tak paham kepuasan hasil titik peluh jerih perit kau semasa proses kau mahu mendapatkannya. Konon macam umpama kau laki yang kena bersaing-saing secara sengit dengan ramai lelaki yang "fuuyyoo-fuyyooo" demi mendapatkan gadis idaman Malaya yang hot yang dipuja ramai contoh macam HNSZLKH (pretty girl with brain, peribadinya Insyallah bagus juga) untuk dijadikan suri hati kau dan juga rumah kau. (agaknya macam itu lah rasa dia kot..aku teka aje..huhuhuhu)

OK, kalau kamu berhasrat memiliki hartanah. Kau tetapkan dalam hati apa ciri-ciri hartanah itu.

1) Lokasi?
2) Harga? Kemampuan?
3) Prestasi masa depan?
4) Tujuan beli- Utk duduk?untuk sewa? Untuk jual balik?
5) Short term? Long term?
6) Beli rumah kecil..then jual mahal, then beli baru, renovate, jual dengan harga yang mahal lagi, then jual-jual -jual sampai kau boleh ada modal beli banglo?


Ala...gaji aku ciput aje. Mana lah mampu mahu beli-beli ni. Tak apa lah...Lain zaman lah..

OHHHH..KAu jangan lah macam itu. Contoh kan, kau kan suka surf MUDAH kan? Selalu kau surf tengok barang kereta ke gadjet kan. Then suddenly kau tergerak hati mahu belek rumah pula. Time belek-belek tiba-tiba kau macam ada satu seru "Aku nak beli rumah". So kau pon usha-usha mana berkenan di hati. Kau tengok price dia cakap "300 Ribu" (Contoh lah)...

Bila stated price macam itu, kau pun patah hati rendah diri sebab kau rasa gaji kecik. Mana mampu. Kalau mahu beli, buat orang gelak kan kau aje.

Tak apa, tidak salah nya jika kau pergi cek di bank-bank atau hubungi Morgage Planner dan bertanyakan kelayakan diri kamu jika mahu memohon pinjaman wang di bank (Bukan Ah Long si Jerung ok??).

Morgage Planner amat membantu, tahu?

Macam mana kau nak usha berapa banyak kau boleh mohon? Kau tak perlu takut-takut. Itu memang kerja dia orang. If kau gaji kecik pun tapi kau mahu tanya, so what? persilakan aja. Tiada nya diorang ejek-ejek kau cakap

"buekkkk! gaji tiga posen ada hati beli rumah harga enam ringgit"

Jangan risau OK. Tidak tahu macam mana mahu cakap? Kau hafal je ayat lebih kurang begini

"Hello, saya nak tanya, dengan pendapatan saya yang RM**************, berapa maximum loan yang boleh lepas untuk saya dari mana-mana bank?"

Then dia akan tanya soalan kepada kau, kau jawap sajalah dan dia akan kirakan lebih kurang. Then Morgage Planner tersebut akan usha setiap bank offer. Segala term & condition yang sesuai. So setiap bank akan anggarkan nilai maximum lepas untuk kau.

Then lepas dia cek-cek, dia akan cakap kat kau

"Oh...dengan pendapatan kamu yang 18juta sebulan ni, loan yang boleh lepas adalah sebanyak Rm 500Juta"


Tada! So kau sudah tahu...jika kau mahu aim hartanah, kau boleh shoot untuk harga yang hampir maxima RM500Juta. Boleh pula buat bayaran selama 20-30-40 tahun.

40 tahun? Mak datok...Lamanya...tapi memang betol ada bank yang offer till 40 years. So kenapa kau tidak mula sekarang?

Let say kau cakap umur 35 baru mahu beli, cuba kira kalau loan 40 taun? umur kau 75tahun weh! that time sudah jadi granny. Mungking cicit pun ada?

OK..tapi mungkin kau tidak akan langsaikan selama 40 tahun. Sebab kau kerja. Then pencen. Then kau boleh keluarkan KWSP kau yang berjuta-juta tu. Terima Kasih KWSP sebab menyimpan untuk hari ganyut. Eceh!

Paham tak?

So mulai saat dan ketika itu kau boleh niat dalam hati secara murni dan bersih untuk target value berapa dah...

OH! Kau jangan takut dengan morgage planner kot-kot dia mahu cas kau 20juta. Sebab dia memang tidak akan cas apa-apa pun masa kau menghubungi dia. Memang kerja dia membantu kau. Percayalah...

Ok...part yang syiok jika kau sudah memiliki hartanah ialah...kau boleh buat "HOUSE WARMING"..Yeayyy!

OK..Pap! aku nak tempek gambar "house warming" aje terus untuk tatapan mata kamu-kamu. Kejadian ini adalah akhir tahun lepas (setahun sudah berlalu). Ini rumah ex-opimate aku, Sharon nama diberi. Saksikan..

1
2
3
4
5

NAH


Bukan macam itu lah. Siapa ajar buat macam ni? KEcik-kecik suruh belajar masak tak mahu, kan dah terkial-kial..apo ko nak jadi ni kiah ooi...

Sambil cucuk sosej, posing depan kamera pun wajib juga...hehehe

Konon tekun potong ayam yang besar-besar jadi kecik. Senang mahu bakar...

Boleh buat aksi macam ini sementara tunggu ayam diap di BBQ kan...tuh yang berparang bagai tuh...nak tunjuk dia lah susah payah g potong-potong ayam ke?

Sesi bergambar bersama artis di hari BBQ...eceh!..Ha...jangan lupa terbalikkan ayam...karang hangus...kau juga gigit jari datang jauh-jauh tak makan nanti
Tengok kami duduk pusing-pusing depan kamera sampai ayam masak...huhuhu

Kakak-kakak bersama adik Adam. Hahahaha..tidak tau lah kenapa dia selalu boleh terselit dengan gadis-gadis comel ni..hahahah

Kau nak makan ke nak ambil gambar? Apa pasal gigit sambil senyum?

Muka separa kenyang? Botol sos dah sikit isi, coke lagi sikit nak habis...

Belum sudah-sudah makcik makan? Ha..yang baju pink tuh,,bila mahu berhenti makan? Udah-udah lah tuh

Ini muka sudah cukup kenyang ke kenyang nih? Siap ada hulur-hulur air lagi. Kau bertiga ni la perabis ayam nya eh? ---OK...pilih mahu mana satu? AAAHHH..takmau semua... :-P

Again...muka sama di meja makan...OK...tuan rumah ialah yang kanan depan tuh....TQ jemput kami yang suka makan nih..

Ni muka senyum gembira lepas telan makanan banyak-banyak...Apa lagi? Tengok TV la...ingat nak karaoke..tapi luar memang hujan lebat...karang terus tak balik kang (konon-konon jek)
* yang sebelah itu hadiah untuk tuan rumah - coffee table dengan shoe rack saja...itu aje kami mampu...huhuhu

Antara rakan opis yang hadir

Burpp!

Beress!


No comments: