Wednesday, December 29, 2010

Hooray for Malaysia...JUPE bole simpan dia punya....


B.R.A

Nota penjelasan:

OK..saja simpan word B.R.A dalam draft, tidak mahu letak di entry's title. Nanti karang blog aku kena cop "P.O.R.N.O ringan" sebab sebut perkataan itu. Kalau aku sebut "C_Li" (sila isi tempat kosong) pun sama. Namun perkataan "BR_" (isi sendiri tempat kosong) bunyi macam sopan (oh...english word sometime nampak comel dan sopan rupanya..hahaha). Walaubagaimanapun, hakikat menyebutnya bukan lah satu ke-lu-ca-han sebenarnya. Tidak kira kau menyebut dalam bahasa Melayu atau Bahasa Mat Saleh bukan juga lucah.

OK.FINE! Aku faham...gua faham.

Thanks sebab memahami I...auwwww (mula la gedik dia tuh!..huhuh)

OK...sekarang baru masuk ISI entry. Atas semua tuh "Lagha".

Ehem...belum terlewat kan ucap tahniah untuk Malaysia yang tercinta yang cuma ada satu sahaja di dunia ini. (Sebab tuh panggil Satu Malaysia - Siapa cakap tiru acuan negara lain eh? If negara lain mahu buat...buat lah...Satu S*ngap*ra ka,,,,Satu Tha*lan* ke..buatlah...tiada apa-apa yang terjejas kan? Benda baik boleh follow kan? Tak payah la claim idea itu asal dari negara sekian-sekian...kecoh lah...huhuu..apa kau merepek minachi?

Baiklah, saya malu sebab merepek sampai tersasar topik utama.

Saya mahu buat ucapan tahniah untuk skuad bola negara lah sebab menang menumpaskan Indonesia. Oh! Harimau Comel yang ada kuku comel mematahkan sayap Garuda Berasap dalam Piala Suzuki AFF 2010 Caya lah wehh!

Main pun aku rasa berhemah kan. No laser-laser kan? Simpan saja lah kau punya BR_ Laser JULIA PEREZ (JUPE) ooi...Merepek kau ni JUPE. Bola sepak kau nak samakan dengan BR_ kau. Tak aci lah. Siapa dia nih? Kau google sajalah dalam isu tentang perlawanan bola sepak - Malaysia - Indonesia, ok?

Tahniah la untuk semua...

Glory...glory...

Muka gembira sakan Harimau MAlaya menentang Garuda
Photo taken at
UTUSAN

BRAVO..BRAVO...

* Yang lagi best, esok public holiday sempena kemenangan Malaysia. Siapa yang konon "rakyat Malaysia" tapi perlekeh cakap "Eleh...bukan menang World Cup pun...boleh la nak cuti, ni piala apa jekk"....kau boleh apply tahap kerakyatan negara lain la...tolong la sikit...buat rumah buat keluarga atas tanah Malaysia..tapi cakap macam kau duduk atas air ke atas langit tah....iskkk

No comments: