Monday, December 6, 2010

Today SAya Cuti lah!

Helloooo...

Ini entry yang di scheduled. Sengaja dibuat macam warkah seorang kekasih kepada kekasih lagi satu. Eh? Kekasih lagi satu? Ada berapa kekasih tu?

Ah...abaikan..aku pun pening kenapa keluar perkataan itu. Malas mahu ubah.

Kira aku buat draft sebagai tanda pengganti diri di kala ketiadaan ku disisi mu. Eceh! Bajet ada orang mahu baca.

Esok kan Selasa PUBLIC HOLIDAY (wiiii!!!!Wiiii!!!) sempena Awal Muharram. SO!untuk menikmati hari lebih panjang, saya cuti lah hari ni.

YES!!! ada masa 4 hari untuk disia-siakan. Hishh! mana ada aku sia-siakan. Macam2 aku boleh buat.

Jaga anak-anak, jaga suami, basuh longkang, tumbangkan pokok, menjahit baju, membuat kek, membuat triffle, roti jala... dan macam-macam lah! (Eh? betol ke aktiviti aku mahu buat ini?)...Kau baca pun kau tahu tipu. Ke kau tak tahu? Tak apalah, tak penting pun. Saja je mahu cakap panjang-panjang.

Aktiviti hari ini:
1) Ke KL, ambil IC abah
2) Ke MBSA, pergi buat urusan bayaran
3) Ke Pejabat Tanah
4) Ke TNB PJ
5) Ke SS3 meng-folo-up urusan tertentu
6) Ke kedai-kedai membeli barang-barangan
7) Menjadi gadis di kedai makan - Anika Selera, Kelana Jaya. Jemput datang...boleh makan..nyum nyum!
8) Terus menerus menjadi gadis lap meja sampai ke malam. Beres

* Aktiviti mungkin dipinda mengikut kesesuaian...tapi yang pasti aktiviti semaksimum mungkin akan dilakukan. Tiada planning mahu tidur macam Puteri Beradu yang tunggu Putera Raja bagi kiss baru bangun. Nehi! Masa itu emas. Kene guna betul-betul...

OK..chow yuen fatt!

OOOOOOOppss! Chow Chin Chauuuuuuu


No comments: