Thursday, December 2, 2010

Satu Tapak Kaki Kau Ke Depan Lagi


Assalamualaikum...Ya Sahabat...

Mari kita mula kan dengan bernasyid. siapa tahu? Mari ikut...

1,2,3...

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan umat Islam

Dari kota Makkah ke kota Madinah


Atas keyakinan dan iman yang teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu

Rela berkorban harta dan nyawa

Demi menegakkan Islam tercinta


Chor:

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan

Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu mari semua

Kita sambut Maal Hijrah

Tingkatkan semangat

Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman

Fuhhh!!!

Semangat habis aku menyanyi bernasyid. Tiada joget-joget. Yang part chorus tu lagi lah. Punya feeling muka. Kau imagine muka kerut-kerut tarik pitching, getar-ketarketar, lepa itu keluar pakai low note high note bagai. Ah poyo je aku. Padahal bernasyid dalam hati sahaja.

Kalau I nasyid kuat-kuat nanti apek-apek sebelah mesti pandang aku semacam. Sudah la saya saja wanita idaman. Eh?tiba-tiba aku claim aku wanita idaman.

Tollllooong lah sikit ye. Dekat atas sana ada amoi. Apa barang pula apek-apek nak tengok aku. Lagi pon tak payah perasan kuat-kuat, semua married man. Hampa. eceh! (tadi kau kata tidak hairan, yang kau sebok-sebok mahu hampa cam hampagas kenapa?)

OK lah.. :-(

Topik Utama bukan di atas...yang atas itu mukaddimah pembuka tirai sahaja macam selalu.

Ni ha yang UTAMA:

Aku rasa, aku sangat pasti bahawa kamu semua sangat lah familiar akan bait-bait lirik di atas, betol? Ah tipu lah kau tidak tahu. Ini aku rasa sangat glamer di sekolah rendah apatah lagi di sekolah-sekolah agama.

Jangan kata sekolah rendah, sekolah menengah pun sama! Yang duduk asrama laaaaagi lah, pasti warden-warden sudah meng-plan agenda untuk sambutan ini. Malah siap angjurkan pertandingan nasyid antara dorm! Ha! tidak ke membuak-buak semangat ke-dorm-an kau tuh? Siap plan dan mengeluarkan segala kreativiti. Siap bertema-tema bajunya pula!

Lepas itu, siapa pemenang, dapat lah hamper untuk dikendurikan secara berjemaah beramai-ramai bersama rakan-rakan yang disambut secara sakan. HA...time tuh kau tengok lah, baldi pun boleh ditukar jadi kompang!..

Ini salah satu ahli dorm yang wujud pada ketika tahun 1999-2000...
Tak payah cari muka saya. Sebab ni gambar dorm lain.
Cilok dekat FB macam sokmo


Oh!rindunya saya...sayang saya tidak dapat tempek photo. Sebab semua photo tersemat di dalam kotak di dalam store di rumah satu lagi. Satu usaha keras pula mahu geledah dan mencari. Patah hati sebab tidak dapat menatap photo bersama-sama.

Sroott!Srooot!

Antara memori terindah di zaman sekolah ialah sewaktu tinggal di ASMARA. Eh? Asrama la weh!

Setiap kali sambutan Awal Muharram, ini lah lagu yang berkumandang.

Di kala orang-orang sebok cakap "Weh! new year korang ronggeng mane? lepak mana?"

Tetapi terlupa, yang next week (7th December) merupakan tahun baru mengikut kelender Islam). Erti kata lain ialah, ia merupakan bulan pertama di dalam kalendar Islam.

Semua taksub dan alert dengan 01 01 2011 sahaja. Eh?comel la tarikh ni. Ada sesiapa mahu kawen tak? (tiba-tiba)

TETAPI,

Lupa new year dalam Islam... :-(

Dari lirik nasyid di atas, kita sudah tahu apa sejarah kejadiannya. Perpindahan Nabi Muhammad bersama-sama pengikutnya dari kota Mekah ke Kota Madinah. Syiar Islam sedang disebarkan.

Oh! lupa, take note juga ye. Ha..Ini akak-akak ke gadis-gadis mesti suka tak liat mahu buat. Nak jaga badan lah katakan. Kamu juga digalakkan berpuasa sunat pada 9 & 10 Muharram (iaitu pada 15 & 16 December 2010 ini).

Tapi, suka lah saya ingat kan untuk diri saya dan kamu-kamu. Pasang niat di dalam hati biar betul. Jangan kau puasa sebab mahu kurus. Mahu slim sebab lagi 3 hari kau sudah nak naik pelamin dan sebagainya. (Weh!! kau apa pasal 3 hari lagi baru kau diet weh? apa pasal tak buat 3menet lagi mahu kawen? kau ingat yang tepu-tepu yang kau kumpul bepuluh tahun boleh hilang ke...Eh? Makcik ni emo pulak. Maafkan dia ye anak-anak sekelian.)

Ehem!ehem! pulang ke pangkal jalan. Jangan emo. Tak baik tahu?

errr...


Maksud hadis ada juga menyatakan bahawa, Barang siapa yang berpuasa satu hari di bulan Muharram, pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Barangsiapa yang berpuasa tiga hari di bulan Muharram iatu Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tuliskan pahalanya seperti mana beribadat selama 2 tahun.

Ha! Kau tengok tuh...siapa mahu bagi? Rebutlah peluang.

JADI!

Pasang niat kamu betul-betul. Yang tang diet kurus ke ramping ke...itu package. Yang utama niat kamu, OK? :-)


JADI! (berapa banyak jadi nih?)

Apa yang aku boleh buat sebenarnya bila datang tahun baru ini? I tak familiar lah. I macam blurr tak tahu buat apalah.

Takpe..takpe...don't worry.

Mari nenek bagi tahu kamu.

1- Baca doa akhir tahun. Baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk Waktu Maghrib (kiranya hari terakhir pada tahun ini lah) . Lepas Maghrib sudah masuk tarikh lain dah!


Sesiapa yang mebaca doa ini, maka akan berkata Syaitan Nates jahat itu " Kesusahan bagiku dan sia-sia pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah Akan membinasakan aku saat itu juga. Dengan membaca doa ini, Allah mengampunkan dosanya selama selama setahun."

Haaaaaaaa..Kau tengok tuh! NATES patah hati tau! Kau buat lah. Kau patah kan lah hati NATES itu lagi.

2- Kalau sudah tutup, mestilah ada doa membuka tahun baru. Welcome...eh...Saya mahu cakap Arab lah sikit. Ahlan wa sahlan Ya Muharram. Doa ini juga di baca sebanyak 3 kali selepas Maghrib masuk.


Dan dengan frustnya Syaitan akan berkata " Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilka dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"

See..see..tengok la frust tak frust setan tuh, Terima kasih kepada Malaikat di kiri kanan kamu itu. Itu lah..kita kena ingat tahu, jika mahu berbuat jahat ke apa-apa, cepat-cepat lah sedar yang kamu ini sedang diperhatikan. Takut kan mahu buat benda salah lepas itu kantoi? Malukan? :-). Jaga diri kamu baik-baik, ok? Untuk kamu juga kan?

Kalau adik-adik mahu tahu... (eh?tadi anak-anak...sekarang adik-adik pulak? Saya tadi jadi ibu-ibu, sekarang aku mahu tukar jadi kakak lah! Kasi la chance pada saya ini...heheheh)

Perkara-perkara yang lain yang berlaku dalam bulan Muharram ialah:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada 10 Muharram (16 December 2010) pula ialah:

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

So, sekarang berapa lagi saja hari tahun baru menunjukkan "Facebook" dia? Beberapa hari lagi. Jika kamu tertunggu 01 January setiap tahun, siap membuat wishlist dan sebagainya tapi tak sudah-sudah tercapai, apakata kau niatkan untuk Muharram ini? Ok kan?

"Hari ini mesti lebih baik dari semalam"

* Dikatakan sesiapa yang lebih baik dari semalam, dia orang yang beruntung
* Dikatakan sesiapa yang sama je macam semalam. Orang itu orang yang rugi
* Dikatakan sesiapa yang semakin buruk dari semalam, dia orang yang Celaka.

Sampaikan lah oleh kamu walau sepotong ayat. AAAmin..

Wassalam
...

No comments: