Wednesday, December 29, 2010

Ini Bukan Untuk Santa, Ini Untuk Ayu

Salam...

Wahhhhhhh....lama gila tidak menaip sebarang coretan yang berbaur "lagha". Selalu punya waktu untuk hal "lagha-lagha" (Cop! Kau tau ke apa dia Lagha nih?)...seketika waktu ini kelihatan macam tiada kesempatan yang boleh disempatkan untuk me-lagha.

Mungkin jari sedang "annual leave" untuk menaip di blog. Aku yang approved cuti dia. Sebab terasa badan penat untuk membuka segala macam cerita yang terdetik.

Tapi...walau sudah lewat dari 25 December 2010, ingin juga lah aku tenyeh kan sedikit cerita buat memori. Eceh!

Bosan siot ayat-ayat atas ni. Maafkan saya, saya blur. Hilang akal mungkin. Atau memang kena makan kismis untuk bagi otak gerak laju-laju. Huhuhuhu

Macam semua satu dunia tau...25 Dec - Hari Natal = Pulic Holiday = Yahoooooooo = Joget sekarang sebab cuti..

Tapi semua orang tidak tahu itu yang tarikh itu mungkin:

1) Hari Lahir kamu
2) Hari Ulangtahun perkahwinan kamu..phewwwiittt
3) Hari Kamu Jadi Raja Sehari..phewwwitt lagi...

Hari Sabtu jatuh 25 December itu, saya telah menghadiri majlis perkahwinan Ayu + Miee di Tampin, Negeri Sembilan.

Ayu merupakan gadis sekelasku yang memegang tukul besi di bengkel seperti gambar di entry ini: AYUKETOK

Alkisah, majlis sebelah Ayu diadakan di Ipoh. Tapi tidak dapat la kami nak ke sana kan. Tu pasal memasing decide nak ke belah laki aje,

OK, saya bertolak dalam pukul 11.30 sampai sana dalam 1.30. Pengantin sudah selamat sanding-sanding. Makan beradap pun macam sudah siap.

Ingat dapat le bertemu dengan rakan-rakan sekelas lain. Tapi khabarnya last minit masing-masing ada aral pula. Tak apa. Utamakan yang utama, k? Sudahnya..nampak gaya macam saya seorang saja di sana. Huhuhuhu. Tidak apa. Jadi wakil rakan-rakan.

OK...Macam sokmo, sila lihat dalam kuali. Eh..lihat photos. Gambar boleh bercakap seribu perkataan untuk menggambarkan keadaan berbanding aku yang akan cakap bukan-bukan buat pening lepas itu langsung tidak tergambar...

Saksikan:

On the way...sesak..huhuhu..nasib baik lah penyabar drivernye...bagi upah coklat sikit...nah..hahaha

Tengok...sampai pun pengantin laki sudah angkat punggung pergi beramah mesra bersama peminat. Pengantin perempuan aje yang ada. "sanggul kau nak tecabut lah Ayu"...aku cakap kat dia...hehehe

Time nak balik...begambar la bersama pengantin - Ayu + Miee. Thanks hantar ku sampai ke bawah...Weh...makanan sedap...saya suka...aummm!

Love..love..love...eceh!

Lepas kekenyangan, apa lagi? Balik lah...alang-alang sudah border Melaka, singgah la kejap kunun mahu cuci mata sikit. Pergi la AEON kunun-kunun nya...Jumpa ini:


Ha...Encik Snowman Botol dapat award kau....

Acu zoom lagi, nampak tak botol-botol?

Nampak?

Lepas itu konon mahu lah lalu Ayer Keroh ke kebenda semua. Lepas itu Malas. Hujan turun. Jalan jem... (Oh! Mengapakah banyak trafik light di sini? nehi..nehi)

Sampai KL semula jam 6 petang dengan jayanya. :-)



Photo: Songlap FB Ayu...

~ SELAMAT PENGANTIN BARU AYU + MIEE ~

No comments: