Tuesday, June 14, 2011

Alhamdulillah Untuk Setahun Lagi...


Salam semua... :-)


Semoga kamu-kamu semua berada dalam keadaan baik dan sentiasa di bawah lindungan keredhaan Allah yang Maha Pengasih hendak-Nya.

Sewaktu membuat draft entry ini, saya sedang melayan lagu "Sedetik Lebih". Sayu.

Kepala saya kosong. Kebetulan hari ini saya mempunyai ruang waktu yang berlebihan sikit untuk bermain-main. Ya Allah, curi tulang kah saya ini? *shy..

Entry ini saya karang seminggu awal dari tarikh jangkaan akan di published. Kenapa eh buat awal-awal nih?

Sebab saya mood poyo dan mengambil kesempatan dari waktu yang terluang. Saya dedikasi entry ini untuk diri sendiri.

Pada hari entry ini keluar, merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan saya.. eh..tersasul. Silap. Saja gedik. Hahaha

OK, merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran saya yang genap ke 28 tahun sebagai Khalifah Allah dan seorang anak perempuan sulung kepunyaan Mama & Abah saya. Terima kasih Ya Allah. Sebab mengurniakan satu lagi tahun untuk saya bernafas dan menjalani kehidupan yang penuh suka suka. Tabah menghadapi pelbagai ujian dan godaan.Semoga saya semakin baik dari sebelumnya.

Saya bersyukur saya masih ada di sini untuk menghayati hidup. Memperbaiki dirii. Insyallah. Pejam celik pejam celik saya sudah pun menghampiri hujung 20-an. Errrkk? Apakah??

Betapa banyak nya saat Allah kurniakan kepada saya ya. Betapa banyak perkara yang saya lalui dan pelajari. Berapa banyak ketawa saya dalam hidup? Berapa banyaknya tangis saya dalam hidup? Betapa gembiranya saya lalui? Betapa tabah saya menyelusurinya?

Sangat kejap rasanya. Sangat. Malah leka lagi.

Sempena umur yang Allah bagi pinjam ini, banyak juga pengharapan saya. Tetapi pengharapan saya yang pasti ialah, semoga kehidupan saya bertambah baik dan dilindungi Allah. Selalu berada dalam keberkatan dan kerahmatan Allah. Semoga saya tidak sia-siakan waktu yang diberi pinjam ini.

Saya juga berdoa semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Dikelilingi insan-insan tersayang. Menyayangi dan disayangi. Menghargai dan dihargai. Dipermudah dan dipermurahkan rezeki dari Allah. Tidak jemu mempelajari sesuatu. Dikentalkan jiwa, dikuatkan iman, ditabahkan hati seandainya menghadapi musibah.

Insya-Allah.

Aaamiiin.

Amati lagu ini...suka.... :-)





No comments: