Wednesday, June 1, 2011

Keterujaan Macam Budak-budak

Nak share dengan adik saya yang jauh nun di sana. Juga mahu share dengan kamu-kamu yang minat dan juga ibu-ibu sekelian. Yang jadi baby sitter pun bagus juga tahu.

Hari itu...(lama dulu dalam bulan May 2011 lah). Follow kawan Kak Long pergi meronda dekat Glenmarie Cove. Kerja. Jadi kira Kak Long jadi eskot lah...

Tempat dia cantik. Rumah cantik-cantik. Harga? Hmm....pasti sangat cantik lah...tak mampu nak beli. Mimpi boleh..

Rumah dia style 'open gate'. Kira halaman kamu-kamu semua bersambung macam style kawasan kejiranan mat saleh. Aku boleh masuk laman kau...kau boleh masuk laman aku. Mungkin pembahagi nya cuma pokok-pokok bunga aje. Kau faham ke apa cakap nih?

Tengok gambar:

Nampak rekaan simple tapi moden sikit-sikit. Cuba kau tengok tang pagar dia...itu lah saya maksudkan. Nanti kucing Mak Cik Kiah boleh masuk rumah kamu tiba-tiba, atau puppy comel tiba-tiba jalan poo-poo dekat laman kau. hhaishh!


Contoh rekaan...Suka ada laman ada batu-batu empat segi tuh.

Ada swimming pool. Tahukah kamu (eh..mesti lah kamu tak tahu). OK. Baiklah, bagi tahu, sungai langat adalah sebahagian dari landscape kawasan perumahan ini. Yang nampak macam air-air tuh..sungai langat lah tuh!

Serius kalau kau kaya, boleh beli bot dan ikat dekat jetty. Petang-petang kau boleh ronda-ronda santai. Pakai topi macam perempuan ni. Eceh! Tapi kau tak payah la berbikini bagai. Lagi-lagi kalau kau artis..hot story pulak kau nyahh...


Cantik kan...tengok yang semi-D laaagi cantik. Heheheh...

Makna kata lain, jika kamu mahu membeli rumah yang sedemikian rupa, pastikan jiran -jiran kamu tidak memelihara haiwan yang mengeluarkan najis mughallazah. Kang habis halaman kau kang..Sapo nak jawap?

Hm...macam mana boleh cerita rumah nih? Patut cerita lain. Patut developer kena bagi diskaun dekat saya beli rumah sebab dah promote rumah dia yang cantik-cantik tuh (terutama Semi-D dia). gulp!!

Hari itu pihak developer menganjurkan "Parent's Day" untuk komuniti. Dah nama nya Parent's Day maka tentu lah ramai ibu bapa dan juga anak-anak.

Jadi aku menyelit dekat situ buat apa?

Amacam? cantek? :-P
Budak kecik pun buat lagi cantik dari saya...uhuk!!

Dah lama teringin test benda ni. Usha banyak kali dah.Akhirnya sementara tunggu teman habiskan tugas nya, saya kerjakan benda ini laju-laju. Sempat buat 3 keping..Serius tak cantik buat. Ingat senang je...kena ada skill jugak rupanya...



Ini lah topik utama saya sebenarnya.

Pertama...
Nak tunjuk Yuyu hasil kerja kakak dia yang comot tuh.

Kedua...
Nak kongsi tentang perlunya/kebaikan art/seni untuk anak-anak kamu @ kanak-kanak.

Sebenarnya, kesenian ini tidak semestinya hanya sesuai untuk anak-anak yang mempunyai bakat serta minat melukis sahaja. Semua kanak-kanak perlu di expose kan dengan art untuk membantu mereka membina/melatih penggunaan kedua-dua belah bahagian otak mereka dengan baik. Ini adalah penting sebenarnya untuk kanak-kanak.

Tidak semestinya seni/contengan anak-anak kamu perlu kelihatan seperti objek yang sebenar/betul-betul. Seni sebenarnya bukan semestinya mengajar skill macam mana menghasilkan seni, tetapi menggalakkan anak-anak menghasilkan idea dan kreativiti mereka di mana diinspirasikan dari aktiviti yang menyeronokkan. Tidak kah menconteng kertas itu seronok? Apatah lagi kalau menconteng dinding..ibu nak sakit jantung jadinya lagi-lagi kalau baru je cat dinding untuk Hari Raya. Hahahaha

Waktu emas (golden time) - waktu sebaik-baiknya untuk menginspirasi minda anak anda supaya lebih kreatif adalah dalam umur 3-8 tahun. Sebab? Mereka mempunyai personality masing-masing dengan idea-idea dan kreativiti yang tanpa hadnya. Maka time ni bagi lah anak kamu develope kreativiti mereka. Bagi la buku fun-fun supaya anak-anak anda warna kan katak mereka dengan warna purple...warnakan kek mereka dengan warna biru dan sebagainya..Kamu pasti tersenyum melihat anak-anak kamu seronok riang tunjuk hasil kerja mereka. Dalam hati mesti "rasa bertuahnya ada anak comel dan cerdik ini". (isk! saya pun nak jadi ibu sekarang la)...

Erm...apa lagi ye nak cakap pasal seni kepada budak-budak ni? Oh! OK..OK...mungkin antara kamu memiliki anak-anak yang kurang daya pemerhatian mereka, kurang fokus, susah memahami tentang sesuatu kan...apa kata kamu cuba cara ini?

Tengok perkembangan mereka. time ni sabar sajalah kalau buku nota kamu atau buku teks anak kamu yang besar diconteng oleh adiknya yang kecik..heheheh

-habis-

No comments: