"Maaf cikgu, saya terlambat."
"Apa pasal kamu lambat nih? Sudah jam berapa?"
"Saya tertinggal bus sekolah. Kemudian..err...saya naik bus biasa, saya ingat sempat sampai, tapi saya terjatuh longkang pulak. Kemudian kena kejar anjing. Sebab tuh baru sampai."
"Apa pasal kamu lambat nih? Sudah jam berapa?"
"Saya tertinggal bus sekolah. Kemudian..err...saya naik bus biasa, saya ingat sempat sampai, tapi saya terjatuh longkang pulak. Kemudian kena kejar anjing. Sebab tuh baru sampai."
(OK..kau dah tipu ni. Kau cakap saja lah kau bangun lambat. Hahahaha!)
Kau ingat kau selamat? Kau ingat cikgu tak kenal kenakalan kau? Jangan temberang ehh...
"OK. Kamu ketuk ketampi 50 kali."
Setel! kau pun terkial-kial buat. Siapa suruh tipu? Tak aci.
Ehem..ehem...batuk sikit dulu. Cikgu. Kau buat apa dia steady. Kau dapat jawap soalan dia buat, Cikgu senang hati. Sebab tanda kamu dapat apa yang dia ajarkan. Hilang penat dia ke hulu ke hilir buat segala kelas tambahan demi kejayaan anak-anak murid dia di samping untuk mendapatkan kepuasan dalam kerjaya mulia dia. Tersenyum lebar dia. Cikgu juga akan menjadi antara orang yang orang-ramai kenal sebab dia jumpa ramai orang - anak-anak murid dia, ibu bapa anak murid dia, entah-entah anak murid dia bakal menantu dia, tak pun anak murid dia jadi rakan sekerja dia juga (Cikgu jugak lah tuh, satu sekolah pulak tuh!). Macam-macam ah.
Kalau kamu dapat keputusan teruk, Cikgu macam nak menangis dalam hati. Sebab terasa macam hasil penat lelah dia duduk berbuih mulot pot pet pot pet tidak membuahkan hasil. Rasa terkilan dalam hati. Sebab merasakan dirinya tak membantu mengubah nasib anak-anak muda akan datang. Walaubagaimanapun, tak kisah anak murid itu top 5 yang excellent dekat sekolah atau top 5 wanted sebab segala masalah samseng ada, dia tetap doakan yang terbaik. Even kalau Cikgu itu stok "tak sayang mulot" cakap yang entah apa-apa, percayalah, Cikgu itu masih mendoakan yang terbaik buat kau. Ada kau doa untuk Cikgu-cikgu kau?
Haiyo!
Kerja cikgu sangat mulia. Bukan semua orang boleh jadi guru. Guru kena ada kesabaran tinggi. Guru perlu ada sifat keibu-bapaan. Guru perlu ada sikap steady. Guru perlu sikap flexible untuk memancing anak-anak watan minat belajar. Once melihat kejayaan anak-anak muridnya, dia rasa saaaaaaaaaaangat gembira. Sangat lega. Sangat puas hati. Rasa macam beban yang dipikul berbalas. Terasa ringan bahu. Rasa gian nak buat lagi macam gian main game ke ape tah. U know?
Cikgu perlu kamu hormati. Ilmu diberi kepada kamu olehnya adalah amal jariahnya yang berpanjangan. Mulia betul jadi cikgu. Aku fikir kalau boleh tengok seketol-seketol pahala macam tengok helaian wang RM100, aku rasa ramai gila berlumba nak mengajar. Masing-masing pun ambil inisiatif sendiri macam mana nak bagi anak murid minat belajar. Contoh macam Cikgu Syida yang suka bebenau buat video klip kelakar-kelakar. Hahahah! Funny gila walau sometimes nampak ngok ngek. But It's OK. Cikgu pun manusia kan?
Sebenarnya awal bulan Mei lagi saya dah merangka sikit-sikit apa entry nak buat. Antaranya sempena Hari Guru. Tapi sayang...seribu kali sayang...saya dihimpit masa sampai langsung takda penghargaan untuk Guru-guru sempena hari itu. * kecewa sikit saya.
Terlalu banyak guru-guru yang berjasa kepada saya. Memberi segala ilmu. Kalau nak disebut nama mereka, saya khuatir mungkin tercicir. Banyak juga kenangan di sekolah.
Dari hal berdiri atas kerusi.
Hal kena denda dengan cikgu Math kena rotan dekat tapak kaki berdasarkan berapa soalan congak Math yang salah time darjah 3 Sek Keb Kg Melayu, Kluang.
Hal kami kena penampar ramai-ramai time darjah 4. Macam starlet ah. Berpinar mata. Kena dengan Cikgu mengajar Jawi sebab terlupa bawa buku jawi. Fuhhhhhhhhhh! Nangis ramai-ramai lepas tuh. Siap ada yang terkencing-kencing kena sepak. Imagine? Kami dulu tak la macam budak-budak sekarang, kene jentik sikit, pukul sikit mengadu kat mak pak. Lepas tuh mak pak plak jenis kaya duet banyak siap bawak lawyer nak saman Cikgu. Pelik aku. Macam ah anak kau patah riuk koma ke apa.
Ehem. (emo pulak)
Kenangan lawatan.
Kenangan menjadi ahli dalam pameran Astronomi antara sekolah-sekolah. Time tu saya belajar Sek Men Keb SS17, Subang Jaya.
Hal menconteng kerusi kantin dengan nama geng yang konon gah time tuh. Lepas itu kantoi dengan cikgu seni - Akibat nya kami yang konon geng yang gah tiba-tiba dilantik jadi AJK untuk membuat mural sekeliling sekolah Men Keb SS17, Subang Jaya.
Hal time menulis nota sejarah, saya boleh tertidur sambil buku saye terconteng dengan celoreng-celoreng. Macam adik conteng buku kamu tuh lah...
Kenangan cubaan konon-konon nak buat jahat dekat asrama lah..ape lah..(hish! tak boleh blah aku ada niat macam nih! Hish!)
Hal time menulis nota hidraulik, formula bendalir saya tiba-tiba ada perkataan "air oren". Perkataan ditulis di luar sedar. Tak tahu ape ke hal nya "air oren" yang timbul time tuh!. (Makna kata...kau imagine kau tengah mengantuk sambil menulis mata kau macam mana?). Habis kena gelak dengan kawan aku yang aku panggil "Mama".
Kes-kes rajin jumpa lecturer sebab konon-konon nak spot soalan exam. Macam-macam hal lah.
Kes kene sound dengan lecturer sebab kami tak sudah-sudah bercerita. Padahal duduk serumah. Cerita tak habis-habis. Fun btol.
Pasal time test amali Ukur Kejuruteraan, saya terkejut boleh kena sepak dekat punggung saya oleh lecturer yang mengajar. Tapi tak sakit pun. Sebab dia sepak macam acah-acah jek. Sebab saya skip step macam mana nak kawal alatan tuh. Step awal skali pulak tuh. Rasanya saya tak pandai bukak pengunci alat tuh (step awaaaaaaaal sekali). Ye la kan. Selalu budak laki buat semua, aku jadi tukang catit-catit jek. Padan muka kauuuuuuuuu Nozie... :-P.
Okeh...dah macam tersasar motif entry sempena Hari Guru dah.
Terima lah Cikgu-cikgu. Kalau nak balas confirm tak dapat bals satu-satu. Semoga tersenyum selalu...
SELAMAT HARI GURU 2011
- Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara -
- Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara -
* Tak kira kau siapa, kejayaan kau besar mana, duit kau banyak mana, kau pergi sekolah, Cikgu yang ajar kau. Tak kira kau genius tahap mana, kau still pergi menuntut untuk belajar...
No comments:
Post a Comment