Thursday, June 2, 2011

Lelaki Magnet? Payung Emas?



Haaa...rasa-rasa ramai dah tahu, abang S.Y (Saleh Yaacob) kita dah selamat pun memenuhi kuota ke 4 dia hujung minggu lepas. Amacam abang-abang di luar sana? Jeles dan kagum tak kamu? Ha..yang akak-akak pula? Amacam? Ada rasa macam takut tak kalau cik abang kamu bukak satu lagi kaunter? Ehem...

Apa-apa hal pun, sebenarnya bukan mudah juga ya bila membuka banyak empayar. Banyak perlu dijaga. Mana nak adil nya, mana nak kasih sayang nya, mana nak didik nya, mana nak tanggungjawapnya. Semua ini kewajipan. Bila kata kewajipan, maka boleh dikatakan tanggungan. Bila dah nama tanggungngan maka kita kena tahu tanggungjawap kita. Beban digalas adalah tanggungjawap. Tapi jangan kata isteri atau isteri-isteri kamu itu bebanan. Kamu yang memilih dia, maka makna kata lain, kamu sudah sedia maklum apa yang kamu bakal hadapi. (hehehe..aku imagien macam ada meeting of the month, lepas tuh ada minute of meeting, and then ada bentangan untuk bajet tahunan, family vacation nyer agenda..bla..bla...OK gak kalau sepakat muafakat gini..hahah!)

OK, siapa yang kepingin nak belajar ilmu pasang isteri sampai penuh kuota tanpa masalh di belakang tabir, elok kiranya lihat kata-kata S.Y tuh.




Amacam? boleh kamu praktik? (cantik wife dia - tapi video ni sebelom kahwen la...)

So..yang saya faham..S.Y ni kategori lelaki magnet. Perempuan yang tertarik dengan dia dengan rela. Dan dia juga mampu. Tiada halangan. Rezeki dia, kelebihan dia lah. So pergi menuntut dengan dia. Hahaha. Itu pon kalau kau boleh graduate dengan dia lah...Kekekeke..


Jangan fikir semua perempuan tertarik dengan kamu hanya dengan wang ringgit. Maka kamu poyo lah beriya kerja siang malam kumpul duet penuh 18 bangunan konon nanti awek-awek cantik terpikat,

Kalau duit kamu banyak macam itu pun, kalau perilaku kamu Masaya-Allah nak cakap...apa gerenti kamu untuk dia? Touch & Go? Sampai bila nak macam itu..ye tak?

Saya rasa, untuk ke tahap sekarang bukan lah mudah bagi Abang Jem (antara nama watak dia jadi DJ Sinar.Fm) kita ni. Dia perlu bersedia dari pelbagai segi. Segi ilmu.

Ya la...if isteri satu pun, if dia buat apa-apa yang tak elok, kamu sebagai suami yang tanggung sebab lalai nak didik atau jalan tanggungjawap. Ini kan pulak lebih dari satu? Boleh imagine tanggungjawap kau lagi besar? Belum kira lagi anak-anak yang dikurniakan sepanjang hidup bersama lagi. Didikan untuk setiap ahli keluarga semua bawah tanggungjawap kamu, ye tak?

Mewujudkan kerukunan di kalangan ahli keluarga juga perlu strategi. Kamu ada ke skill tuh?

Haa...itu baru cerita pasal pihak lelaki. Macam mana pula dengan sebelah pihak isteri/isteri-isteri?

Tentu sekali benteng sabar harus dikuatkan, benteng iman harus dipadukan, keredhaan adalah perlu. Dendam dan iri hati haruslah dijauh kan sekali. Kalau tak mula la syaitanirrojim nak menyelit. Kang tak pasal-pasal kau buat macam cerita Mentera Anjasmoro. Hish! Minyak guna-guna la ilmu hitam lah. Tak ada faedah. Baik kamu buat sesuatu yang dapat pahala dari dapat doa. Tak gitu?

Bukan mudah untuk hidup bermadu. Tapi ada jalan untuk melaluinya. Pulang lah ke hadith dan sunnah. Ha..jangan wife je yang pulang ke hadis dan sunnah serta Quran. Sang suami pun sama. Siap sedia semua..tak ke kaki kamu sebelah dah kat neraka. So kalau salah langkah? Haaaaaaa..jaga-jaga incek suami ye..

Tang anak-anak pula. Macam biasa. Tanggungjawap ibu bapa lah memberi pemahaman yang terbaik dengan situasi keluarga kamu itu.

OK...nampak nya poyo entry saya ini pasal poligami. Tapi apa yang menarik, buka lah minda kamu semua. Jangan pilih mana yang nak je, yang tak nak letak tepi. Once u commit, kamu kena buat semua tanggungjawap yang termaktub. Ini amanah Allah.

Payung emas buat isteri/ isteri-isteri.

Payung - tempat berlindung
(mampu kamu nak lindung?)
Emas - Kemewahan yang diberi. (mampu kamu nak beri?)



Di akhiri dengan cuci mata:

Kamu ado? :-P
(sila telek dekat-dekat untuk lihat value)

* gambar dirembat dari sumber seperti tertera di photo. Kredit untuk dia. Yeayy!Photo lain kau Google je la..takkan aku nak tempek lagi...hahahah..lain lah aku ada attend Majlis nya...

Chalohh!

No comments: