Tuesday, June 28, 2011

Bagaimana Lah Anak Kita, Baby?

" Baby, Baby, agak-agak U lah kan, macam mana agaknaya anak kita nanti?"

- Kata Balkis kepada Farid pada suatu hari sewaktu pertemuan sorok-sorok kerana mahu cover line dari hubungan sebenar yang tercipta antara mereka dihidu oleh Anna (isteri pertama) yang garang dan kuat cemburu.

p/s: Balkis dan Farid tuh watak cerita
ANNISSA. Siapa tak tengok, rugi dia. Eceh! Tapi dialog, aku sukhati buat...boleh? hahahah

- OFF -

OK..jangan lah blah dulu. Kasi la can saya merepek se-pam dua kan...OK, serius sekarang K..


Agak-agak kamu lah, macam mana anak-anak kamu? Yang ada sekarang? Yang bakal ada nanti?

Saya sudah lama perasan, saya rasa zaman Ben-10, Atashinchi, Chibi Maruko Chan, Shin Chan, Naruto etc sekarang-sekarang, saya rasa nak jumpa ibu-bapa yang mendidik anak-anak dengan cara memukul tidak keterlaluan sudah tiada lagi. Jangan kata pukul la, cubit atau marah anak-anak supaya menjaga perilaku pun susah. Ramai yang memilih untuk TIDAK memukul anak-anak sebagai cara mendidik. LANGSUNG TAK. Tidak langsung menegah dan melarang. Tapi tak tahu lah kalau dekat rumah anak-anak kena balun tapi depan orang ramai ibu-bapa cool macam angel sebab malu orang usha kau and then fikir kau macam Bapak Godzilla ke apa tah. Balik rumah...SIAPP!!

I wonder why. Adakah ini kasih sayang sebenar? Atau ibu-bapa tiada masa untuk menelek perihal dan perilaku anak-anak, atau apakah? Atau adakah ibu-bapa sekarang mempraktikkan dasar "Tak Apa" dalam mendidik anak-anak?.

Secara peribadi, walau saya belum lagi menjadi seorang ibu, saya merasakan perlunya ketegasan dalam mendidik anak sejak dari awal lagi. Melentur buluh biar dari rebung nya orang cakap. Jangan nak tunggu anak dah macam kayu balak baru sibuk nak bentuk-bentuk kan. Anak-anak dah tepu dengan cara kau sejak kecil lagi.

Maksud ketegasan di sini bukan kau suruh anak kau pumping ke lompat katak ke angkat berat semua itu. Itu tidak perlu. (tak tahu lah kalau kau prefer membesarkan anak ala tentera - sengih pun kene cubit..susah jugak! Stress anak kau!). Bukan balun pakai besi panas tu. Itu namanya mendera. Sangat lah bukan ciri-ciri ibu-bapa yang baik kalau kamu mendera anak-anak. Kalau dera kucing pun tak baik. Tahu?

Biar anak-anak kamu menangis sekarang sebab "TAK BOLEH" dan "JANGAN" kamu. Percayalah anak-anak akan absorb apa yang kamu terapkan asalkan betul caranya. Insya-Allah. Perilaku kamu juga mempengaruhi anak-anak juga, tahu? Anak-anak waktu membesar mempunyai otak yang sangat aktif dan senang tangkap apa yang didengar, dilihat, dibuat. So...sediakan lah diri apabila mendidik anak-anak.

Fuhhh..chewwahh! Macam penceramah saja saya ni. Padahal tak bertauliah. Hanya mahu cakap seposen-dua dari apa yang terlintas difikiran.

Saya nak share sesuatu.

Sudah banyak kali sebenarnya, saya lihat budak-budak yang behave lain macam. Saya tak kisah kalau anak-anak kecil membuat sepah, lari main kejar-kejar masuk bawah meja kedai. Saya tak kisah. Sebab itu perilaku normal budak-budak baru nak "belajar". Kan ada certain budak, jarang keluar rumah, asyik terperuk je kan. So bila keluar, dia punya excited lain macam. Faham-faham sajalah zaman sekarang anak-anak kecil banyak membesar di nursery. {tak apa...nak buat macam mana, kita cari rezeki kan? ;-) }

OK, apa aku nak cerita nih?

Macam ni, saya terkejut tau pada suatu hari tuh, ada lah customer anak ada lah dalam 5 orang kot. Yang sulung dah besar lah. Tak payah jaga dah. Tetapi kelihatan adik-adiknya jarak umur macam jauh-jauh.

Biasa la, bila kamu datang ke sesebuah kedai diwaktu puncak, kadang-kadang kamu lambat di entertain. I mean, bukan tidak dilayan sampai 10 minit tercongok ternganga macam dugong terdampar tepi laut tak ada orang peduli. Cuma kurang dari 5 minit menunggu gitu saja.

Terkejut tau saya, time on the way ke meja customer tuh, anak dia bole cakap macam ni:

"Wei nate! cepat sikit lah. Orang nak makan ni. Lapar. Dah la bayar..lambat betul nate nih"

* nate = binatang

Siot gila aku dengar. Dalam hati aku cakap "tak padan kecik budak ni, panggil orang macam ni. Mana belajar". Rasa macam "Weh..kau mai sini, aku nak piat sikit...kenapa tak pandai sopan nih?". Ha macam tuh la..

Dia cakap macam itu depan ibu-bapa dia tau. Aku tengok muka steady je mak bapak. Jangan kata cegil mata sikit apa dekat anak. Tak ada pun nak tegur "Apa cakap macam tuh? Nak kena ke??" (Sambil buat muka garang-garang bagi anak kecut perut menyorok bawah meja). Ini tak ada langsung! Hishh!

Saya faham budak-budak. Tapi saya macam tak boleh faham macam mana ibu bapa biarkan saja anak dia buat apa saja sampai orang lain tengok rasa annoying.

Kalau time saya kecik-kecik, jangan harap lah nak over excited. Ingat lagi, time pergi fun-fair aku terkinja-kinja nak itu ini, sekali aku kene "prappppp" (cubet)..diam aku. Dah bole behave comel-comel dah (konon comel). Tak ada nak marah lawan-lawan berbalas tinggi suara dengan Abah. --------> Abah saya memang garang, Mama memang opposite habis...Fuhhhh...

Ingat lagi satu hal. Aku kan budak. Tak pernah tengok banjir. Over excited duduk seronok main-main air siap rendam-rendam konon macam feeling Sunway Lagoon (time saya mana ada Lagoon-lagoon nih). Lepas tu Abah sound cakap suruh duduk diam-diam. Banjir. Nak kemas barang. Aku buat idakkkkkk jek. Duduk syok-syok lompat-lompat baring-baring, tiba-tiba keneacubit dengan Abah. Kena cubit dekat paha. Sakitnya...WOWW!. Rasa nak nangis, tapi kontrol. Esok hari tengok ada lebam bentuk "love". Hahahah...Esok tunjuk dekat Mama sambil gelak-gelak kelakar sebab paha ada "love biru".

Ha...itu baru aku ligat sikit dah kena cubit. Zaman sekarang?? Anak-anak panjat meja baling-baling cawan pun Mak-pak steady je. Pelik la tengok...hishhh! Anak-anak nak apa-apa, semua bagi, semua kasi. Haihh..susah hati saya...

Adakah waktu saya, saya juga begitu nanti?

Saya tahu ibu bapa sangat sayang akan anak-anak mereka. Jaga seperti menatang minyak SHELL yang penuh. (Minyak petrol kan mahal! hahaha).

Saya faham naluri ibu-bapa yang macam kalau orang busy hal anak dia, dia rasa sentap! Orang sebut lain macam sikit mata dah macam berapi hati menggelegak kebas macam nak cakap "Weh! Kau apahal cakap pasal anak aku? Aku tau la jaga anak aku". Boleh bertumbuk mak-pak kalau gini, ye tak?

Aku jamin, mungkin ada ibu-bapa macam berkecil hati apabila ada orang complain anak mereka berperangai yang kurang comel. Itu lah dia. Hakikat. Kalau saya pun mungkin memberi reaksi begitu. Entah lah. Tak tahu....

So...agak-agak macam mana anak saya nanti? Adakah bermuka angel di depan saya, tetapi bertukat menjadi Devil di belakang saya? Ada kah saya mampu menjaga dan mendidik anak-anak sepeti yang sepatutnya - tahu menghormati orang, memiliki sifat terpuji dan pastinya bukan seorang yang bongkak dan takde nilai-nilai sensitif.

Saya takut.


OK. Bye!


2 comments:

Ako Retna said...

betul! betul!
zaman skrg ni mak pak terlalu memanjakan anak-anak..
sebab tu bdk2 skrg ni pandai dah kurang dek ajar dr kecik lagi..

ishh.. tau x nak salahkan siapa,
mak salahkan cikgu,
cikgu salahkan mak...

Sendiri mau ingat la kan..
Sayangkan anak pun, berpada2 la..
takkan sampai anak kurang ajar ngan org tua pun mak pak dok diam je..

aisskk.. bukan ke pelajaran sivik ni bermula dari rumah?

So pikir2 la sendiri kan...

Azira...Nozie...Kechik said...

uiyo kak! semangat tuh...

Itu lahairan. Dulu kalau kite kene rotan ke penampar nagn cikgu, diammm je tak cakap apa. Siap waktu rehat boleh main sep sep tiang dah lupa...

skang ni tengok, siap mak pak bawak lawyer saman cekgu sebab cakap anak diorang baik kat umah. Dia tak tau...certain bdk..kat umah sanga pasif..tp kat skolah..samsengg!

apa-apa hal..sesibuk mane...saye tetap stuju, peribadi anak2 mula dari umah..dari ibu bapa - tak kira la ibu bapa slalu outstation ke...apa ke...