Thursday, June 16, 2011

Kahwin Awal @ Lambat?

Serius je bunyi entry.

Tapi memang betol wa cakap lu. Antara detik-detik kemuncak seorang wanita adalah apabila dia menjadi "Ibu". Tak kira la ibu kepada anak-anak dari rahim nya atau yang diambil sebagai anak angkat. Itu semua ketentuan Allah.

Macam mana boleh nak cerita pasal ini? Bukan sebab saya rasa saya ni macam dah tua sangat. Bukan juga sebab macam desperado nak kawen juga. Semua bukan. Tek kena-mengena pun.

Cuma...saya sebenarnya saya sangat suka bile dengar rakan-rakan yang menjejaki jinjang pelamin. Feel dia macam "Eh...dah nak kahwin rupanya". And then part yang saya excited bila nak dapat baby. Ya Allah. Macam terbayang-bayang betapa gembiranya hati empunya diri. Saya yang tak apa-apa ni pun happy, apatah lagi yang sedang menunggu kelahiran. Ye tak?

Pada sudut pandangan peribadi saya, saya merasakan wanita-wanita yang berkahwin awal adalah beruntung. Tetapi TERLALU awal adalah macam kurang sikit untung dia. Sikit je la. If jenis tak kisah, tak ada apa yang rugi pun.

Maksud saya "Awal" itu apabila seseorang menjejaki umur 22 tahun. Orang cakap baru nak naik. Tapi saya tahu, umur-umur begitu boleh dikategorikan sebagai "dah ready dah".

Umur yang awal sudah tentu di bawah 22 tahun. Tapi 20 -21 tahun agak acceptable bagi saya (50-50). Yang 20tahun ke bawah Sebab saya rasa wanita tersebut tidak sempat untuk melihat dunia luar dengan puas atau belajar tentang sesuatu memandangkan baru tammat sekolah. Apalah sangat yang boleh dapat setakat duduk berkumpul dengan rakan dan mungkin membincangkan hal-hal remeh. Atau kebudak-budakan. Mungkin?

Saya merasakan macam seseorang telah "terlompat" ke satu fasa lain tanpa melalui fasa sepatutnya. Tiba-tiba terlompat ke fasa komitmen. Komitmen sudah tentu tak boleh dibuat main.

Hey! Waktu muda adalah waktu menikmati dan menghayati. Waktu mengikut fesyen-fesyen U know? Waktu bergaya sakan tanpa fikir nak beli susu anak ke pampers ke ape tah...

Kakak office saya dulu kata, dia sometime time dulu-dulu agak sedih sikit bila kahwin awal. Banyak benda dia tak boleh nak buat bila berkahwin. Pakai baju pun bila dah kahwin, ada anak kena fikir sesuai ke tak...kena ke tak baju itu dengan dia. Kalau tak kahwin...lain kisahnya. Kahwin ni bukan setakat seronok saja. Kena sedia semua segi. Kahwin jangan ingat manis sahaja, pahit pun ada. (kata dia lah yang umur 10 tahun tua dari saya...ewwahh!).

Saya lebih setuju, sebaik sahaja tamat persekolahan, saya menggalakkan seseorang sekurang-kurangnya bekerja jika tidak berpeluang sambung belajar. Pergi lah melihat dunia luar hatta tempat kerja kau cuma 30 langkah dari pintu rumah kau. Kenapa? Sebab di situ kau akan bergaul dengan dunia luar. Boleh faham dunia luar. Dunia realiti yang mungkin kau tak tahu time kau sekolah dulu. Belajar berkomunikasi. Belajar memberi respon secara manusia ke manusia. Belajar memahami kemahuan seseorang (contoh: customer). Belajar bersabar menghadapi sesuatu masalah dan bagaimana mengatasinya. Tapi orang tua-tua cakap "Dah tak belajar, dari biar buat bukan-bukan, baik kahwen kan aje". Macam mana tuh?

Dengan terbukanya mata di dunia luar juga mampu mengikis sikap kebudak-budakan atau sikap terlalu bergantung. Pada saya, seseorang perlu belajar bagaimana mengawal kemarahan terhadap orang luar, bagaimana meyakinkan kan orang. Pendek kata bagaimana nak kawal emosi. Penting tu.

Selain itu, tidak rugi rasanya jika kamu belajar berusaha untuk mendapat sesuatu. Kamu akan belajar sifat tekun, tak mudah putus asa, prihatin, dan tahu untuk mengasingkan yang mana kerja yang mana peribadi.

Saya setuju perlu diajar untuk tidak "manja sangat". Sebab? Itu lah kekuatan yang diperlu apabila menghadapi kehidupan.

Bukan nya apa bila mahu sesuatu, semuanya tersusun tersembul depan mata tanpa usaha. Apabila jadi apa-apa, terus mengadu kemudian ada orang back-up. Ada orang setel kan. Kamu takkan belajar. Jadi saya rasa tak rugi kalau sekurang-kurangnya belajar apa itu tanggungjawap. Even kalau kamu lahir dalam keluarga yang berharta pun, sikit-sikit pun kamu kena belajar juga, kan? :-) . Saya faham hal itu. Sebab cara pembesaran dan didikan yang kita terima adalah berlainan walau asas mungkin sama.

Mencari pengalaman luar juga melatih kita membina ketahanan diri juga sebenarnya. Tahan diri, tahan iman, tahan nafsu. Tahan godaan contohnya. Tidak lah ada antaranya bile kahwin duduk rumah diam-diam, jaga anak sampai lupa jaga diri. Then pada suatu hari yang ditakdirkan, kamu mahu bekerja bila anak dah besar sikit, kemudian suami kamu restu tiba-tiba kamu macam culture shock sebab tak sangka kamu anak 3 ah tapi macam tak kahwin lagi lalu orang mengorat kamu pun dah erm...dah apa eh? dah goyang. Itu baru hal goyang. Kalau tumpas? Macam mana? Kang terjadi hubungan terlarang, kan susah?

Contoh lain yang sibuk dalam surat khabar heboh pasal hal bencana FACEBOOK. Main FB, tup tup terjumpa kekasih lama. Mula la terbuai kenangan silam kemudian cinta bertaut ttk pasal-pasal. Dapat pula lelaki yang gatal-gatal nak ngorat padahal dah tahu isteri orang . Adjust-adjust dapat pulak. Tak ke naya?

Semua ni jadi sebab apa? Sebab kamu "goyang" tak tahan angin tiup dah ttertumpas. Hehehehe

Anyway, kahwin awal atau lambat bukanlah antara penyebab berlaku kecurangan. Terpulang kepada individu itu sendiri lah dalam mengawal tindak tanduknya dan kesedaran dirinya terhadap kewajipan dan tanggungjawap dia.

Kebaikan kahwin awal juga ialah, kamu boleh memiliki anak awal dan apabila anak-anak membesar, usia kamu masih belum kategori tua nak bersara ke apa. Kiranya kamu dalam keadaan sihat lagi. Insya-Allah. Kamu juga mungkin boleh menutup produktiviti penghasilan anak awal dan boleh jaga badan elok-elok. So tidak lah kamu serabai-serabai tak menang tangan nak jaga anak kecik lagi nak jaga badan lagi lah apa lah. Kan? Kamu jaga suami saja...ecececececeh!

Imagine kamu umur 40 anak dah umur 18 tahun? Wahhh...umur tak 45 dah menantu kamu agaknya. Hahahah!

(nenek saya dulu dpt menantu umur 39, mama saya kahwin umur 22, tapi dulukan orang memang kahwin awal gila...umur 14 tahun dah ada anak...hmm...kalau saya berhingus lag..tapi sayang...umur saya dah begini pun Ibu-bapa tak de pun terima menantu..hahhaha!i)

Berlainan dengan wanita yang berumahtangga lewat. Sebab lewat kahwin, jadi anak pun lewat, by the time dapat anak lets say umur dah 30-an then mestilah tak menang tangan nak jaga. Mana nak beranak, mana nak jaga nak sedia ada, mana nak cantik-cantik... (cuba imagine).

Umur dah nak 40 tahun, anak baru darjah 2 ke 3 tah...(agaknya lah)...

Pendapat saya, umur paling cun berumah tangga ialah 25-27 tahun. Comel sangat time tu. Memandangkan zaman sekarang budak-budak perempuan pun dah banyak yang berpendidikan tinggi di mana banyak masa telah digunakan untuk menuntut ilmu. Biasanya umur-umur begini, sudah bekerjaya tetap. Kiranya stabil juga lah. Cuma kena belajar skill jimat cermat. Maklom lah baru pandai pegang dueit, baru ada kredit card...gatal je tangan...hahaha..

Anyway...anywayy...untuk umur 27 tahun ke atas yang belum berkahwin, bukan lah kamu terlewat sebenarnya. Memandangkan kamu di zaman wanita pun berupaya mendapat pendidikan tinggi, bekerjaya bagus, maka tak hairan lah ada antara kita lebih mengejar komitmen dan karier. Bila sampai satu masa puas, baru terfikir untuk kahwin.

Kamu pernah dengar tak orang cakap yang bunyi lebih kurang macam ni:-

"Kita tak akan dapat kesemuanya yang kita mahu dalam satu masa. Tetapi Allah bagi kita secara perlahan-lahan. Sebab itu kita tengok, ada orang mungkin lebih berjaya dalam pekerjaaan, tapi belum ada nasib dalam jodoh. Ada pula orang yang bahagia didatangkan jodoh awal tapi mungkin dari segi kerja dia kurang bernasib baik. Dan perumpamaan lain yang sebagainya"

---> ke aku yang reka ni? eh..tak...tak....saya pernah baca, tapi dah lupa ayatnya. Hahahah!

Buat masa ini, rakan sebaya saya, anak paling ramai ialah 4 orang. Kebanyakan anak mahu masuk yang kedua dah. Apa pun, majoriti ialah baru menimang cahayamata. Tak kurang juga yang baru terima berita gembira. Yeayy!

Jadi, buat kamu yang kamu ingat dah tua tuh, jangan lah sedih hati sangat. Allah dah tentukan untuk kamu. Sama ada cepat atau lambat. Sama ada kamu sedar atau tidak sahaja. Mungkin yang belum berkahwin, sebenarnya kehidupan kamu adalah lebih baik dari jika kamu berkahwin. Mungkin orang yang berkahwin itu sebenarnya entah bahagia atau tidak, kamu tidak tahu juga kan? Betul?

Allah lagi tahu apa yang terbaik buat kamu. :-)

Lumrah alam, lumrah manusia ingin hidup berteman, berpasangan. Perasaan itu normal. Jangan segan.

So doa la banyak-banyak dipertemu jodoh, dipermudahkan hubungan dari Allah. Lambat atau cepat bukan isu. Jangan terlalu gelojoh kemudian salahkan takdir apabila berlaku sesuatu yang tak diingini. Dan jangan pula lupa besyukur dan menghargainya jika samu sudah ketemu..

Sebab? Manusia selalu begitu. Bila tiada diminta-minta. Bila sudah dapat tidak dihargai, malah lupa bersyukur...



Perkahwinan itu bukan bercerita tentang cinta sahaja. Tetapi juga tanggungjawap...
Image

* Tapi ada juga tidak mahu berkahwin. Contoh macam makcik kawan saya. umur sikit lagi nak 40tahun. Geng-geng dia dari sekolah dulu sampai sekarang kerja dekat-dekat, sama-sama seramai 4 orang pun tak kahwin lagi. Banyak pinangan masuk semua mereka tolak. Atas alasan? Tak mahu berpisah dengan kawan. Hmmmm

No comments: