Friday, June 24, 2011

Rezeki di Mana-mana...

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang mulia semua. Marilah kita saling mendoakan semoga kita terselamat dari sesuatu yang menjauhkan kita dari Allah. Insya-Allah, iman terjaga. Aaamiiin.

Kita mulakan hari dengan senaman Jepun kita.. (eh...rindu saya zaman sekolah, siap senaman bagai, kamu ade?)

OK, habis merepek sebaris dua.

Rezeki. Bila kita cakap tentang itu, apa yang kamu fikir? Duit? Kebahagian? Nasib? Cinta? Jodoh? Atok menang motorrrrrrrrrr??

OK, semuanya. Rezeki yang kita nak cakap kat sini pasal rezeki mencari wang untuk meneruskan kehidupan. Dengan kata lain - bekerja lalu memperolehi bayaran. Tak kira lah bekerja secara sendiri atau bekerja di bawah kuasa orang lain.

Untuk yang bekerja, tentu kamu tersenyum gembira bila memperolehi gaji/ bayaran. Elok duit panas-panas masuk account kamu atau sampai tapak tangan kamu, mula la otak ligat nak fikir buat apa. Selesaikan apa, mula lah plan nak habiskan ke mana.

Ada antara kita, bila terima gaji, gembira 18 macam. Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Kadang sampai tak tahu apa nak buat. Punya lah banyak gaji kau. Tapi sayang, ada lupa nak buat saving sebab fikir masih muda dan akan sihat foerevr till the end of time. Chewwahh!

Tak kurang juga yang terima gaji dengan hati sakit kecewa atau tak puas hati. Mungkin merasakan bayaran tak berbaloi dengan kerja, rasa ditindas atau gaji yang diperolehi tak mampu menghilangkan bebanan kamu yang menangung hutang sana sini.

Sampai nak belanja awek keropok udang RM 2.50 pun berkira! Sampai nak beli boxer pun fikir banyak kali.

Macam-macam hal. Walau apa keadaan kita, kita kadang-kadang lupa juga nak bersyukur dengan rezeki. Sekurang-kurangnya ada wang juga kan? Kita lupa masih ramai orang yang kurang bernasib dari kita. Kita perlu ingat, JANGAN JADI HAMBA DUIT.

Walau wang itu perlu, tolong JANGAN JADI HAMBA. Nanti kau akan bertukar sebagai raksasa Gordon yang tiada belas kasihan. Yang akan membina diri kau sampai lupa nak melutut, menyujud bumi. Akan menukar kau dari orang yang aku kenali kepada yang aku tak kenal langsung. Seram tak?

Kalau kamu masih orang yang sama, Alhamdulillah.

Selain dari itu, dalam kerja, kalau lah boleh, jangan lah merungut banyak, dikhuatiri jadi tak ikhlas dihati. Bila tak ikhlas, rezeki pun pandai nak merajuk juga, liat berat je nak masuk poket kamu. Saya faham antara kalangan kita terasa terbeban dengan kerja, cuma yang mampu saya katakan, bersabar dan hadapi dengan tenang. Insya-Allah. Tetapi, apabila kamu tidak tahan, carilah peluang lain yang kamu rasa mampu menjanjikan apa kemahuan kamu dalam kerjaya.

Antara simptom-simptom kamu MUNGKIN perlu uba angin:

1) Bila kamu mula merungut banyak-banyak. Macam merungut lagi banyak dari hasil kerja kamu buat!

2) Bila kamu tiada hati lagi. Kamu di office, tapi hati kamu di Disneyland jadi badut.

3) Bila suara hati cakap "It's time to change"

4) Bila sampai offer yang lagi baik.

5) Bila merasakan diri kau takkan bekembang-kembang dari segi pemikiran dan skill.

6) Bila kau perasan life kau 85% hanya melihat kerja-kerja office tanpa kau melihat orang-orang kiri kanan kau. Progress kerja- Jalan. Tapi progress personal life kau - Statik!.

7) Bila kau perasan kau tak ada satu pun hobi yang kau boleh buat. Sampai koman-koman Perdana Menteri yang baru siapa nama pun kau tak tau, makaaaa...haruslah kau tukar.

8) Bila kau ditakdirkan dapat seru "Jom kerja sini".

Apa-apa pun, hal ini adalah ikut pada keadaan kau orang lah. Ada yang tukar kerja sebab environment, ada sebab duit , ada sebab tak tahan politik kotor. Ada yang bertukar kerja dalam keadaan "bersih". But aku percaya, sebab paling common - "Better Offer".

Mungkin juga, ada antara kita seperti "takut" mahu "melompat". Belum "lompat" dah fikir macam-macam hal. Semua ni perlu berani dan kesediaan. Perlu kira segala segi. Perlu bersedia apa yang mendatang. So, if ditakdirkan hati kamu terbuka untuk bertukar angin, kamu perlu menerima semua itu. Keputusan kamu bekerja di situ kan, kamu yang buat? Sama la juga kaedahnya dengan bila kau buat keputusan berhenti.

Percayalah, rezeki ada di mana-mana. Cuma nasib kamu tiada siapa tahu melainkan kau berani mencuba. Kalau kecundang, jangan kecewa. Bangun lah dan terus bergerak. Jangan nak buang masa habiskan masa, memaki-hamun, mengungkit semua. Kau pergi depan terus!

Ada orang cakap:

"Sekurang-kurangnya, elok kerja dari tak kerja"
"Tak apa lah gaji kecil. Elok dari tak bergaji"
"Nasib kompeni bayar gaji, dari tak bayar?"

Tepuk dada tanya diri kamu.

Sempat lagi makan-makan walau time itu agak peak dengan projek...Terima kasih semua

Licin...- songlap dari blog ex-officemate

Sedikit penghargaan. Terima kasih

Bulatnya dia...haiihh!

Terima kasih semua...Setelah 5 1/2 tahun di sini, saya perlu berubah demi komitmen lain...Sangat miss dan suka kerja di sini, tapi hidup kena terus...

And now....

May 2011, genap setahun saya di sini pula. Alhamdulillah. Saya dapat apa yang saya cari - Masa untuk diri dan keluarga. Bukan maksud saya tempat lama tidak seronok, tapi atas dasar komitmen untuk diri sendiri, ibu bapa dan pasangan (fuyyoohh!)...aku peru mengubah haluan to have a better life style. Insya-Allah.

Siapa nak tengok office baru saya? Meh saya bawa kamu jalan-jalan. Nak?

Jom!

Kita ke 1st Floor terus lah. Den tak snap tingkat bawah yang ado : Bilik, Surau, Pantry, Toilet dan Store serta pastinya ruang menunggu janji..eceh!

Sila tanggal selipar dan kasut anda..eceh!

Sawadikap....kekekeke!

Part design access ni yang mula-mula tarik perhatain saya time blur-blur datang interview...

Yang akhirnya jadi workstation saya...Teka mana satu tempat saya? ;-P

Meja apakah ini? Sampah kah? Errr..Meja diskusi lah!

Deretan catalog-catalog untuk keperluan kerja...

Tempat sidai kain..eh...bukan...Deretan pelan-pelan sebagai references....


Terima kasih Allah di atas setiap rezeki mu...

* Alhamdullah...ada rezeki di sini... :-)..walau tak kaya-raya melimpah ruah, tapi ia mencukupi...
* Kau takkan tahu apa yang menunggu kau hinggalah kau mula melangkah dan meneroka...
* Jangan terkejut bila suasana baru kau tidak seperti kau bayangkan...ITU PASTI...


No comments: