Monday, June 13, 2011

Cadangan: Bagaimana Menghabiskan Ahad Kamu Dengan Berkaliber?

Panjang nya tajuk...takpe lah...zasss jek!


Bangun pagi...
gosok gigi...
cuci muka...
Mandi-mandi...

Sidai kain...

lalalalallala

OK. Habis dah nyanyi.

Apa kamu boleh buat untuk menghabiskan sisa week end?

Mula-mula, lepas mandi, kau boleh siap-siap untuk pergi ke Bazarena Stadium setiap ahad yang dekat dengan Stadium Melawati yang selalu ada event tuh!
Apa boleh buat dekat sana? Sebab pagi-pagi kompem perut kau lapar. So harus kau pergi usha deretan makanan. Nak makan apa? Kau lihat saja, Dari nasi ayam ke laksa ke mi rebus, ke murtabak ayam.daging/kambing padat, sehingga roti bom hingga ke sup gearbox, kuih akok, kambing golek ayam golek, chicken wing, popiah dan karipap besar yang sedap dan segalanya. Nasi kerabu, nasi dagang semua. Apam dot-dot. Buah berangan bakar. Kerepek-kerepek. Fuh! Lapar pula perut aku bila menyebut makanan ni.


Antara yang selamat dibeli...Semua makanan - Nasi dagang, laksa, mihun sup, apam besar, murtabak ayam padat, surat khabar untuk tambah ilmu gossip :-P

Zoom satu barang: Kuew teow yang dibuat dari sayur bayam. Mee pun ada tau. Tanpa pengawet. tanpa kapur, tanpa asid borik..makan terus pun boleh (kata owner - An-Nur)

Dah kenyang kau boleh ronda-ronda line by line melihat segala barang. Dari baju-baju ke barang rumah hinggalah ke haiwan peliharaan. Majalah pun sama. tudung-tudung yang pelbagai fesyen tak payah beli online pun takpe dah. Macam-macam ah.


Kemudian, kau pergi tolong ibu kamu. Beli la tisu sekotak besar 60peket ke, susu Tea Pot Pilihan 2 katon ke, sayur campur sepuluh packet ke, ball ayam yang selalunya RM8.90 sepeket tiba-tiba offer jadi RM6.99. So kau boleh beli 15 peket sebab offer dia nak tamat beberapa hari lagi. Kemudian kau pergi TESCO ronda-ronda jumpa cili merah RM3.99 sekilo! Gila kejap sebab sekarang dekat pasar sekilo nak dekat RM8.00! Jadi histeria kejap call Mama nak berapa kilo. Bendi pun same! RM3.50 sekilo jek! Tempat lain nak Rm7 tau. Haihh! Tak boleh jadi! Melepas macam rugi jugak kan. Dia pesan beli apa-apa barang, kau beli saja lah tanpa ragu-ragu. Balik nanti boleh claim. Hahahaha..



Kemudian?

Kau masih tak tahu nak buat apa? Kau kontek kawan-kawan yang kau rasa free. Tiba-tiba tak free pulak, Kawan kau attend Kursus Kahwen. Aiseh! Patah hati. Ecececece!...Di mana kan ku cari ganti....lallalala...kawan nak kahwin dah rupanya...
Kamu pergi cari-cari mana peluang yang ada lah.

Apa?

Nak meronda shopping compleks malas? Maka kau cari lah aktiviti aman sikit. Contoh macam kau tengah drive, tiba-tiba, OK Aku cakap
TIBA-TIBA kau terbelok ke kedai perabut yang jualan sampai 70% - 80% diskaun nak habiskan stok. Jadi harga runtuh pula sebab nak pulang modal saja akibat kedai terbakar tapi barang selamat. (eh? aku cakap apa nih?)

Kemudian tersinggah kedai ikan. Macam OK juga bela ikan. Tapi ikan tak manja pandai lompat-lompat macam kucing. Kucing ada bulu pula tuh. Lepas itu kucing pandai goda kita supaya bagi makan dekat dia dengan bunyi Ya Allah! Apa punya comel kau nih wahai kucing?

Ikan-ikan....
Saya nak macam ni lagi...tompok kat hidung dan telinga. Pakai stokin.
(Dolly dalam kenangan...srot srottt!)

Lepas tuh kau pun sedar diri semula lalu kembali ke pangkal jalan. Balik rumah lagi baik. Tengok rumah semak samun. Kau pun rajin nak cabut-cabut rumput dengan kudrat kau tuh. Cabut-cabut lagak macam pesawah.

Oh rumput..tak boleh ke tercabut dan masuk plastik sampah sendiri?

Kemudian sebab kau cabut time tengah-tengah hari, maka keringat membasahi kau. Lalu kau pun sedar betapa gigihnya petani berbakti kepada tanah. Apa merepek ni?

Kau take a break kejap. Niat sambung petang-petang sikit. Nanti tanned kulit kau kang. Mandi-mandi, duduk tengok Melodi. (saja nak tambah ilmu artis-artis, kang aku ketinggalan zaman pulak - memang selalu tertinggal cerita).

Makan lah mihun sup kau tadi tuhhhh

Then tiba-tiba kau teringat kau jeles dengan kawan-kawan kau yang suka memasak kek-kek atau kuih-kuih. Jadi kau pun sebab tak tahu buat apa, buat-buat rajin setengah jam pergi buat kek.

Alat-alat buat kek simple yang dibeli secara semangat tapi disimpan sahaja. Harap expired lambat lagi. Boleh kerjakan bila mood ada...hahaha! Anyone?

OK, cara-cara buat kek..eceh!

Macam biasa lah, kau google resipi kek mentega ke ape kan...(aku buat kek mentega)

Niat hati nak nampak kek macam fuyyyoo sikit. So masuk kan oreo biskut. Tips: Ewwahh! tips kau! jangan lupa tak payah masuk cream oreo sebab dalam adunan kek kau tadi dah letak gula..(aku takut kek aku tak jadi akibat benda asing berlebihan)

Tak cukup dengan oreo...boleh letak almond flake sebagai suka-suka...

Siap? Letak dalam bekas...Sorry, kamera pudar sebelah akibat terkotor ape tah...

Nampak kasihan dengan rupa kek yang bakal ditatap? kau tabur la cinta-cinta (love-love) atas dia...amacam? Baru semangat sikit, kan? Cantik sikit kan? Teruja tak? Masuk oven...


Lepas siap kek, kau pun menghabiskan masa cuci lantai dapur yang kau keceh-kecah kan tadi. Tiba-tiba teringat ada Nona. Sambil tengok Nona sambil makan mihun sup Pasar Stadium.

Lantai oh lantai...


Layan Nona. Leka lalu kek kau.........tara!

Hangit kah?

Memang hangit atas dia...aduhaiiii....uwaaaa

Nampak tak oreo dia? Nasib rasa OK, tapi rupa...hmmm...

OK. Tak payah kecewa sangat dengan kek itu. Kemudian kau habiskan dengan kerja-kerja konon-konon rajin seperti ---> baca paper dan majalah-majalah...hahahaha...

Macam rajin baca...

Kelantan nangis sebab terkalah dengan Ganu. Itu la, kena hadiahkan gol dekat Ganu? Next time cuba lagi yo! Nasib tak bakar stadium. Kalau tak kerajaan denda RM50K. Eh? Kelantan siap dapat cuti umum tau sempena lawan Ganu. Tok Guru Nik Aziz nak rakyatnya pulang dengan selamat ke kampung halaman...

Kemudian kau rasa dah petang sangat dah. Redup dah. Kau pergi lah sambung niat murni kau nak cabut rumput balik.

Cabut cepat-cepat...

Fuuuuuuuuuhhh...lepas siap sebab buat laju-laju sebab dah nak masuk Maghrib. Kalau main dekat luar nanti kene sorok dengan hantu pula.

Sebab penat, kau boleh makan lagi. Makan laksa Pasar Stadium lagi. Kek? Boleh cari mangsa untuk habiskan ...hahahahah!

Laksa sedap juga tau...

Lepas Maghrib, boleh siap-siapkan diri pergi buat hal-hal berkaitan. Betapa kenyang perut mu. Oh!

Amacam? Boleh pakai tak cadangan ni?

* Ni kau bagi cadangan ke atau kau cerita apa kau buat untuk habis kan Ahad kau hari tuh?

No comments: