Wednesday, June 8, 2011

Comel tak Pakcik?

Hahahaha!

Satu hari tuh kan, saya baru balik kerja terus datang kedai dengan poyonya konon nak kejar cerita bersiri saya "Nora Elena". Tapi tersalah pulak! Hari tuh hari Jumaat la wehh! Cerita tuh Isnin - Khamis jek. Ceh!!

Dari jauh nampak ada seorang pakcik duduk dekat Mama. Laaa...ingatkan siapa. Rupanya....

Abah.

Haih! Apo mimpi duduk berbotak-botak ni? Lama dah rasa abah tak botak dengan licinya. Nak kata nazar, rasanya tak. Tapi elok gak dia botak sikit. Bagi ringan kepala. Lagi pulak lately Abah tak berapa nak sihat sangat. Demam lah, tak sedap perut lah. So saya rasa botak senang sikit. Tak ada nak kisah serebeh selebet ke apa rambut tuh, ye tak?



Yang buat saya gelihati ialah - Abah nampak comel tahu? Sebab tak pernah dia botak siap dengan muka sebersih-bersih licin. Terer lah Macha tuh buat buat licin smeua muka-muka tuh.

Abah cakap

"Abah suruh dia botak kan kepala trim misai jek. Sekali dia pergi licin semua, siap telinga semua Annei tuh belek."

Hahahah! Tak cukup saya yang geli hati gelakkan Abah, saya snap dan MMS kat Yuyu. Ajak Yuyu gelakkan sekali. Abangah saya tak MMS sebab henpon dia harap jek canggih tapi tak bole view MMS. Ceh! :-P

Yuyu pun gelak! Apa punya comel lah senyum buat muka comel macam nih? Hahahah

Tengok! Muka suci. comel tak pakcik ni? Hahahaha!
Maklum lah dah tua, gigi pun banyak dah luruh. Tuh senyum tutup jek...

Last but not least. Saya tengok Abah macam ni, dah rasa macam muka saya dah. Orang cakap saya ikut muka Abah.

Sama tak? Abangah cakap "Abah ni pandai pulak buat muka comel time amik gambar"...




No comments: