Friday, June 3, 2011

Oh Nora Elena...eh? Oh Abang Seth..Eh?

Seth kan romantik. Weh...sebab dia romantik ke sebab dia Aaron Aziz? Hahahaha

OK FINE.

Ni kan cerita jek. Ya lah...actually yang ber "oh oh oh" tuh merujuk kepada "eh...sweet nya watak ni". Bukan sebab nampak je muka Aaron Aziz terus rasa "oh oh oh" nak pengsan ke tumbang ke sebab terpesona.


TAPI..TAPI...TAPI...

Kira muka Aaron dalam memegang watak itu menambah kan kesedapan cerita. Ternganga tengok cerita tuh. Belum masuk kes cair dalam hati duduk imagine Cik Abang treat kite cam tuh.

Hahahahah!


Apa aku duduk gebang sorang-sorang ni? Untuk yang masih belum tahu atau dah tahu tapi tak berapa nak ambil port, meh saya bagi tau sikit.
Sekarang saya (sebenarnya ramai rakan-rakan saya, sampai status diorang pasal nih jekkk) dilanda sindrom tengok slot bersiri. Slot yang pukul 7-8 malam setiap Isnin hingga Khamis. Cerita dia.....tajuk dia....

~ NORA ELENA ~

Fuh! Siapa nak bikin nama anak perempuan dia macam ini? Ha...boleh lah juga (kalau mau lah).

Dibintangi oleh....

JENG JENG JENGG!

(Mana surprise dah. Kat awal entry dah sebut banyak kali nama Aaron Aziz. Tapi tak apa...kau tak tau lagi Heroin siapa kan?)


Tapi tak apa. Kita kasi can tempek muka cantik juga lah...


Perkenalkan...

Aaron Aziz a.k.a SETH TAN (yang tak setan)
(udah-udah lah, dah kahwin nih...Model iklan juga...)


Siti Saleha a.k.a NORA ELENA
(Ha..ini belum kawen lagi. Adik Sam Bunkface. Cantik kan dia? Dia ni start jadi model iklan dulu kot baru berlakun...sape tengok cerita Ustaz amirul, dia tahu lah siapa perempuan nih..Dia jugak berlakun dalam cerita Qabil & Habil)

Jom ah tunjuk gezet sikit-sikit...kasi teaser...




Amacam? Siapa terlepas boleh ah pergi U-tube sana tengok semua episod. Time tulis entry ni dah sampai episod 8 dah...
Lastly, FYI, actually cerita ni adaptasi dari novel "KASIH YANG SUCI". So sesiapa yang duduk cari novel yang entah berapa tahun umurnya ni, boleh la baca online gakk.


Boleh baca


uhuk!

Haaaaaaaa..tengok la betapanya baiknya novelnya dibacanya denganya penuhnya ketekunannya (apakah aya nya nya nya semua nih? Cikgu BM sure pangkah punya. Terus buat tanda soal lepas tuh put note "siapa ajar kamu macam nih? sila jumpa saya") hahahaha!

Kenapa agaknya saya boleh terbuat entry pasal siri cerita bersiri TV nih? Sebab suruh tengok "lelaki budiman"..kekeke..tuh jek..

Tapi serius aku cakap, kalau la semua wanita atas mukabumi dapat yang macam ini, bahagia hidup dia. eceh! (ye ke??)


Akhir kata layan la cerita ini untuk bagi tutorial kat kau orang jadi lelaki budiman + romantik macam mana. Khas untuk lelaki yang ganas kapak muka tak jambu yang insaf nak jadi lelaki prihatin ikhlas dari hati tanpa pura-pura (apakah nih?).

Tak perlu muka kau macam level Aaron Aziz baru nak jadi romantik-romantik ke budiman. Hahahahah

* link drama boleh layannnnn---- > Klik!

P/s:

Dalam cerita ini, boleh tak katakan Seth over-street Elena dari Eid? Atau sebenarnya orang cakap "Dah jodohhhh"... :-)


Bye...

No comments: