Wednesday, June 8, 2011

Minggu Cuti Sekolah Boleh Buat Apa?

Sekarang kan minggu budak-budak cuti sekolah. So jalanraya ada kelegaan sikit lah. Tahap kesesakan jalan kurang la sikit percentage dia. Keluar rumah ke tempat kerja laaaaagi lah lewat.

Hahahah


Dulu, kalau zaman saya, time cuti sekolah, saya duduk rumah jek. Jaga adik. Main-main dengan kawan tak ke mana. Itu dah hebat dah ---> Tak payah pergi sekolah.

Dulu-dulu juga, time adik kecil lagi (Abangah)...ada la juga kadang-kadang pergi ke pantai joint kawan-kawan abah punya plan bawak anak-anak bercuti. Ada juga pergi Zoo. Seingat saya, satu-satunya Zoo pernah saya masuk ialah Zoo Melaka & Taman Buaya. Time tuh saya tadika.

Time darjah 4 kan Sunway Lagoon suka bagi tiket percuma ke tiket harga diskaun sikit dekat budak-budak sekolah kan. So pergi lah anak-beranak dengan makcik pakcik saya. Teruja bukan main. Maklum lah tak pernah jejak. Berendam jek. Kalah badak aku rasa. Tapi sampai sudah, sampai sekarang aku tak pandai pun berenang. Kasihan :-(

Lepas tuh untung-untung, time cuti sekolah, Pakcik-makcik ada lah datang melawat sambil bercuti sebab dia Cikgu kan. So betandang la tumpang duduk rumah saya. So apa lagi? Sebab takde anak lagi, aku adik-beradik diheret dibawa berjalan. Mama - Abah time tuh busy mengusahakan kedai meniaga yang baru bermula. So sempat lah aku merasa masuk Bukit Cerakah time tuh. Sempat lah poyo bergambar dekat rumah 4-musim. Sempat la beberapa kali masuk Wetworld. Ambik kau!

Ada juga cuti sekolah kadang-kadang joint pergi rombongan sekolah. Sekali je kot aku rasa joint rombongan bercuti. Darjah 4. Pergi Cameron Highland. Tuh pun nasib boleh pergi sebab time tuh Mok Cik jadi cikgu sandaran dan cikgu pengiring kat SK Subang. Kalau tak jangan mimpi mama-abah nak bagi aku pergi. Huhuhuhhu...AT LEAST, Ada lah juga saya pergi lawatan sikit-sikit.

Zaman sekarang? Budak-budak lagi best kalau holiday. Pergi KLCC lah.Genting la...Summer Camp la...Bukit Merah Lake Town Resort lah, Lost of Tambun lah...Bandung lah, Singapore la, Disneyland lah...Macam-macam ah. Untung betul.

Tak kurang juga, sekarang banyak aktiviti santai yang tak merisaukan ibu-bapa. Ya la, dulu-dulu selalu jumpa kawan-kawan yang maknya surirumah sepenuh masa. Ayah saja kerja. Zaman sekarang, majoriti rasanya ibu-bapa adalah seorang yang bekerjaya. Maka, kalau cuti sekolah, kenalah ibu-bapa apply cuti untuk bawa anak-anak berjalan if nak elak sesak Sabtu-Ahad. Ada juga yang tahap busy gila sampai nak ambil cuti pun tak sempat. Kasihan anak-anak kalau macam itu. Ye tak?

So!

Saya nak bagi idea sepuluh sen dua lah kan.

Apa kata...hantar anak-anak belajar something? Jeles tau saya. Zaman sekarang macam-macam ada. Anda boleh hantar anak-anak perempuan anda pergi workshop. Bukan workshop repair kereta ke helikopter ke tapi workshop buat coklat! Yummy! Coklat comel-comel. Kan best tuh?

Contoh comel-comel cam nih:


Tak ke comel namanya ni? Mesti kamu tersenyum tengok anak perempuan kamu pandai buat benda-benda macam ini. kan?

Sebenarnya salah seorang rakan sekolah saya dulu membuat perniagaan berasaskan coklat. So, untuk musim citi sekolah ni, dia ada buka bengkel ajar budak-budak untuk musim cuti ini. So? Apa lagi, meh la daftar:


Lollichocs making workshop for kids

tarikh: 11/6/2011
masa: 9.30pg - 11.30pg
Tempat: 35-1, Jalan Pulau Lumut P U10/p, Alam Budiman sect U10 shah alam
bayaran: RM50

promosi cuti sekolah.. :D
berminat; call 019 6629457 (Aliya/Eqin)
email:lovelychocolata@gmail.com


Jangan kecewa jika anda terlambat baca entry ini, sebab anda boleh menghubungi Puan Aliya dan set kan tarikhnya. Insya-allah. Jadi, kalau akak-akak ni ada yang jadi geng Puteri UMNO nak anjur aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak kawasan sekitar ke...ape ke yang sekitar Shah Alam ke Lembah Kelang ke...meh le jemput beliau. :-). Ok ape?

OK..ok...

Sekarang saya faham. Ada mak-mak jeles ye tengok anak dia je boleh pergi bengkel belajar ye? Tapi dia tak boleh ye? Don't worry...don't worry...untuk mak-mak, mesti ada yang vouge2 sikit untuk di ajar. Puan Aliya boleh tolong ajar asas-asas buat coklat comel-comel juga dekat kamu. (nak coklat seksi-seksi...pergi buat bentuk bibir ke ape...amacam? hahaha)

OK..rupanya bapak-bapak abang-abang pon jeles. Boleh juga joint kami-kami perempuan-perempuan ni. Hebat tak hebat la kamu. Orang laki pandai buat coklat. Kalah Abang Seth. Dia pandai beli fresh flower jek.. :-P

Antara hasil kerja Puan Aliya adalah seperti berikut. Eceh! Keluar ayat skema pulak!



Kan comel-comel coklat nih? Sesuai la untuk door gift ke, cukur jambul gift k,e bertunang ke, suka-suka ke, nak meniaga ke, hadiah birthday kat GF ke..buat juadah hari raya ke...ape ke kan? Nak pujuk isteri ke...pujuk suami ke...nak melamar ke cakap "Will U Marry Me?" ke...ewwahhh!

Contoh peserta kelas (semua ni kawan sekolah atau khususnya kawan sekelas den time SMT Klang):

Tengok la..punya la tekun. Identiti dirahsiakan atas permintaan empunya diri. Muka pun aku cover sikit.. :-P

Boleh bawa anak juga...kan merapatkan hubungan ibu-anak tu?

Antara Hasil...boleh bawa pulang U...so boleh la bangga riang tunjuk kamu dah pandai buat coklat comel. Comot biasa la...kata belajarr

Muka kepuasan...

Tak larat rasonyo den nak tempek hasil Puan Aliya a.k.a Eqin ni. Kang blog den orang salah angkat buat bisness cakelat. Padahal den mane pandai..den pandai order jek..hahahah

Weh...bouquet of chocolate flower pong ade nyahhhh!


Nak tempah-tempah pun boleh. Usha web: EQIN

Jommm!

* Photo -photo adalah dirembat dari tokei coklat...TQ
* support kawan-kawan...aku suke tengok orang buat business nih..chaiyokk!

2 comments:

M.A.M.A said...

wahhh...yg dirahsiakan identity tu hasni ek? amoi tu terang2 aku kenal..hahaha.
best ar klas ni. jom nozie. bebile kite g nak?? aku nk bwk ank aku, koknye kecik lg...abes sepah je nnti. kite yg tua2 ni la pi belajar nak??

Azira...Nozie...Kechik said...

hahaha...sape lagi...tngok pon tahu. saja sakat dia. main edit2 gambar dia.

Jom sue! aku sebenarnya nk joint kelas skali ngan hasni tapi ada hal..

then aku igt coming cuti skolah baru joint sbb ada sorang kwn kami pon nk joint gak. Dia cikgu.

Kau bole gak ajak kwn2 opis kau...kontek jek eqin tuhh...bole set any date insyallah. dia fulltime tuhhh