Friday, June 24, 2011

Ada Pencetus, Semangat Pun Berkobar-kobar.


Betul.

Eh? Apa yang betul nya Nozie?


Aku cakap, memang betul kadangkala kita perlu "pencetus", baru kita bersemangat. Contoh? Semangat memasak. Hahaha!

Aku tak tipu. Kau ingat senang ke kalau orang yang bukan hobinya memasak tapi tiba-tiba dia semangat beli barang masuk dapur bagai? Siap usha resipi dekat internet..

Tapi kalau setakat "pencetus" suam-suam...tak apa jugak...ini yang selalu tempek hasil kerja tangan yang halus membaking cake dalam FB tuh yang tak tahan. Tengok glowing-glowing melting-melting macam saliva sendiri menjejeh...tak ke jeles?

Tuh la orang cakap pencetus semangat. Dia bukan lah sikap yang sama wujud time dulu-dulu bila surirumah nampak jiran dia beli emas sampai pangkal lengan, dia pun sibuk nak juga beli emas sampai pinggang. Nak lebih!

Bukan macam perasaan bila akak hujung kampung duduk renovate rumah sebesar-besar tanah, kau pun sibuk nak renovate challenge kebesaran rumah dia.

Bukan jugak, bila tiba-tiba kau siram pokok bunga tiba-tiba nampak lori Court Mammoth lalu depan rumah kemudian kau terhendap-hendap busy body tengok rumah mana yang beli perabut baru kemudian tiba-tiba kau jadi peramah pergi melawat jiran. Padahal kau dah lama pun tak jenguk. Tapi sebab kau nak tengok mahal ke tak perabut, kau buat la mesra. Kemudian balik bodek suami beli perabut lagi mahal lagi cun dari jiran tadi.

Bukan semangat begitu. Kalau begitu nama dia - IRIHATI. Not a good attitude kalau begitu. Betul?

Saya suka tau tengok kawan-kawan semangat mencuba sesuatu terutama sekali memasak. Memasak kek dan segala pencuci mulut. Sumpah kagum aku tengok. Terer gila memasak rasanya walau hakikat rupa hodoh je kek tuh! Kagum dengan ketekunan.

Selain semangat rakan-rakan keliling, insan-insan tersayang pon boleh kira jadi pencetus semangat. Contoh: Anak-anak ke, adik-adik ke, suami ke, boyriend ke...bakal suami ke...kekekekek! betol tak?

So! Sebab semangat la jua gua secara tak semena-mena membeli oven demi merealisasikan impian gua jadi ibu yang pandai/tahu buat kek untuk anak-anak. Hahahah! Gua pernah cerita hal itu di sini. Kejadian itu merupakan titik tolak semangat tak semangatnya aku nak mencuba sebab kebosanan. Tulus dari hati. Hangit pun rasa seronok sebab tak sangka boleh buat juga!

Apa yang bagus apabila kau bosan tapi ada semangat? Jadi macam ni. Buat 2-3 jenis benda kemudian bagi orang makan. Sebab kau tukang buat da tak rasa nak makan dah. Rasa sikit jek!

Panaskan oven 190 darjah...

Ini apa?


Gaul dengan mentega roti tuh. Patut cair kan mentega, tapi I ni stok sempoi, I tenyeh-tengeh je roti tuh...janji rata


Dalam bekas lain, letak susu segar dalam kotak, pecag telur 2-3 biji, ikot agak-agak hati. Kacau...letak gula dengan esen vanila. Bahan ni agak-agak sesedap rasa je. Gula jgn la banyak benau..kang manes...


Letak la apa barang kau orang nak letak dalam ni. Ni eden lotak almond flakes dengan choc chip jek...Kismis pon boleh! ikot kamu la nak telan apa...



Apo kau tunggu lagi? Kau tuang sajalah. Letak tepi dalam menet kasi meresap adunan tadi dengan roti. Masuk oven, bakar lah 25-35menet.

Setel! Ini la puding roti koboi...hahahaha!

Ni plak kek mentega. Kamu cari aje resepi ye. Banyak. Ikut standard2 je. Ni den gatal buek perisa durian...hahahah!

Tak sampai 2 jam, kamu dah dapat 2-3 jenis dah sambil tengok TV sambil tunggu bau hangit! hahahah


Oh! Kamu la bau hangit tadi ye?'

Aku bukan apa. Nak cadang la kat adik-adik, kot semangat masak kek, beli la hand mixer seketol. Jangan jadi macam makcik ni dik Non. Sebab selalu lupa beli, maka berhempas pulas la memukul adunan pakai sudu sup la..pakai whisk lah...

Kang jadi cam ni, kamu tensen. (Nampak sangat whisk ni harga tak sampai rm4..hahaha!). Habis tertanggal...kene berhenti masuk kan balik dawai-dawai dia..haih!

Sebab kan rumah ni bahan-bahan dan peralatan limited, ini je la den buat mengisi waktu senggang...

Nasib baik adik laki aku mari. Aku paksa bawak balik! huhuhhu! Aku? Kemas-kemas siap pergi Kelana Jaya.

* sekian jumpa lagi dalam rancangan "Memasak Koboi"..

2 comments:

aina said...

sgt lawakla entry ko nih nozie.... aku gelak2 x hengat kt opis nih.. haahhahhahahhaha.. anyhow... aku kagum ngn kesungguhan ko membakar segala nih... rajin yaaa amat!!!

Azira...Nozie...Kechik said...

heheh..thanks baca Aina. Tapi OK weh...cuba2 lah saja-saja. Kau jangan makan sangat, nanti gemok...kau bagi je org lain makan...

Once kau buat, PUASH hati...hahaha