Friday, February 17, 2012

Aku dan Baju Konvokesyen


Dan-dan nak sebut pasal konvokasi. Konvokesyen. Convocation.  Padahal benda tuh dah jadi almost 10year ago. Eh betul ke? Oh..aku graduasi pada 2004.


2004 dalam ingatan. DKA. PSA (mind U, buka PAS eh...). Sekarang tak PSA dah sekarang upgrade jadi PSSAAS (Premier) dah. Fuhhh. Fanjang lidah menyebut!

Nampak baju kami itu? Comel-comel belaka. Sekarang 3-4 kali ganda comel! Hahahaha!

 Ye. Zaman itu semua perempuan kena buat busana (ewwah busana bagai, bukan main kau lagi ye?) yang bertema putih semata. Ya, putih suci murni tulus. Nampak sinar cahaya menenangkan hati gitu. Lelaki harus dengan baju hitam. Formal. So tak baju Melayu, pakai coat bagai lah kan?

So?

Apa je yang bebas sikit? Kasut sahaja. Tapi kasut hitam. 

Sewaktu konvokesyen jubah harus lah dibagi kemudian pulang. Tidak dilupa dengan tudung yang beserta lingkaran atas kepala itu pun diberi. Memang seragam habis lah kami! Lingkaran yang siap jahit dengan kain tudung. Ala awning tudung trend sekarang la. Tapi dia panjang dan lebar macam pembaris!

Waktu itu, saya buat baju kurung sahaja. Time buat baju putih duduk fikir kenapa lah pihak tempat belajar tak bagi buat bebas janji formal sahaja. Kan boleh melawa bagai? Konon-konon aku nak melawa. Warna warni happening ke. Ha ah..Melawa la sangat aku nih.Set putih-putih time tuh orang suka la buat baju tunang ke nikah kan? Tapi zaman sekarang, warna merah menyala untuk nikah pong bolesss!

Tapi OK lah ada guideline, kang ada student yang datang dihari bahagia dengan gaya vouge super-duper kalah macam orang nak terima darjah kebesaran membawa pangkat Dato ke Tan Sri ke pula kan?

Tapi, sebenarnya dalam warna putih-putih pun pelajar perempuan still datang dengan vouge-nya juga! Siap berkebaya, kebarung. Baju moden juga.

Aku pula kan lurus skema kadang. Bila kata putih, aku buat semua putih sampaikan sulam-sulam pun aku bantai putih-putih silver je. Nasib aku ni "tak lurus sangat buat sulam". Kalau betul-betul lurus beli baju sekolah je lah. Hahahah.

 Sulam simple-simple di tangan dan hujung kaki baju

Dihari kejadian saya tengok atas sebab nak menyerikan warna putih bagi nampak kelainan antara beribu, maka gadis-gadis comel ketika itu pun membuat sulaman yang contra jelas nyata warna dari putih. Benang merah? pink? biru? emas? hitam? Macam-macam lah. Manik-manik? isk..macam-macam lah. ada sikit lagi memang nak iras baju nikah pun ada you!

Putih pula ada banyak putih. Ada putih melepak. Ada putih biru. Ada putih cream. Saya pon tak skema pakai putih asli, jadi saya pilih lah off-white. Theee hee hee!

Apa-apa pun we all happy youu!

Ni malam pragraduan...boleh pula kami nyanyi lagu "standing in the eyes of the world"! Hahaha

Siap ada pakai baju bangsawan ke hulubalang ke pendekar semua pun ada. Gara-gara nak menang pakaian terbaik...

And today, tahun 2012 aku pakai baju ini sekali lagi. But of course my dear, bukan dengan kain dan baju putihnya. Makcik tukar la jadi lain sikit. Kalau satu badan warna putih orang tengok saya berjalan sana sini kang dia kata buang tebiat ke apa. Hatta walau hari ini hari Jumaat yang mulia elok berwarna bersih, tapi saya...errr...malu la..

 Tudung hitam putih tahi cicak! (berani la kau snap gambar sendiri. Budak-budak laki semua pergi solat Jumaat!)
* muka syok sendiri macam tunggu pelempang jek! isk.

Kain batik sahaja..beli dekat pasar Jln TAR kot? Laaaaaaaama gila time survey beli kasut nak konvo. Fuhh..kasut konvo pun nak main survey2 ke? :-P

Ni tadi pun bukan main En Dzul dengan En Din duduk bahankan saya dengan baju ini.  Cuba aku pakai putih dari atas sampai bawah? Lagi hebat duduk membahan. Freddy pun mesti masuk punya sekali!

Saya ni comot sikit. Baru pagi tadi tapau nasi lemak dah terselet lengan baju dengan sambal. Pagi-pagi tak start kerja dah kena. Belum apa-apa lagi. T_______T

Lagipun lepas kerja kan saya nak tolong ibu-bapa kerja? Nanti tahu-tahu kalau pakai satu badan putih suci, balik-balik warna lain pulak! Macam mana? Kan?


OK. Aku blues..Memang suka ingat kenangan.

Bye!

No comments: