Auuummmmmmmmm....lari! Naga datang! Eh..tak payah lari pun tak mengapa. Sebab Naga tahun ini bukan naga ber-api tapi Naga Berair. 2012 tahun Naga berunsur air. Tadi Jackie Chan yang cakap dekat saya. Jadi saya angguk sahaja lah! :-P
OK. Ni hao ma? Wo hen hao....
Lai..lai..lai...lei angpowww!
OK, Office tutup seminggu! Macam tak biasa dia. Kata tokey Cina. Harus lah memfollow rentak dia kata nak tutup bila..nak buka bila kan? Kita kan patuh! :-P
Lepas itu, macam biasa lah...kalau musim-musim Raya Cina dikenali macam pemberian BONUS dari Boss. So, terima kasih la banyak-banyak dekat Boss yang memberi sedikit "habuan" bagi memenuhi hari-hari cuti kami. Hahahahah!
OK sempena "cuti-cuti", memang macam Naga la saya sikit-sikit. Ke hulu ke hilir. Mencari macam-macam yang tak pasti dan pasti. Sebenarnya more on masa-masa bersama keluarga. Memenuhi keperluan diri dan keluarga dan sedikit percutian laju-laju yang menjurus ke arah menziarahi saudara jauh.
Alhamdulillah beberapa misi adalah sukses!
Orang cakap, eh feng shui cakap (saya dengar-dengar je lah):
1) Tahun naga ni antara pilihan ibu-bapa untuk melahirkan anak. Di katakan bagus lah. so sesiapa yang berusaha, Good Luck! Oh..lupa, Tahniah to my BFF yang disahkan mengandung anak ke 2. Semoga kesihatan beliau baik-baik selalu. Aaamiinn...
Hi sweetie...we expecting you soon...
(image Google: saja with key word " I'm pregnant")
2) Dikatakan juga bahawasanya pada tahun ini, ekonomi meningkat dengan jayanya. So hope so lah kan. Ni dapa bonus ni kira OK la tuh dari tak naik langsung. Errr...tapi gaji tak tahu lah..belum tiba masa untuk review agaknya.
3) Dikatakan juga sektor hartanah antara yang terpaling banyak menjana pendapatan. Saya akui tentang itu sebab kebanyakan tempat mancanak-canak naik! Yang baru naik pun harga bukaan wow!
Tengok the price..Ini harga lelong 780k. Yang harga tak lelong mencecah 990K. Tengok lagi sekali sekarang jual 1Mil. Fuyyoohh!
OK lah. Macam tak tahu nak cerita apa. Lain-lain apa prediction tentang tahun ini, pergi baca sendiri la ye...Saya sudahi dengan...
Masuk-masuk office je terus dapat huluran...tocei..tocei...!
Nanti kejap-kejap lagi saya update yooo!
* nasib cuti seminggu. Kalau sebulan....can you imagine?
No comments:
Post a Comment